Tuesday, June 29, 2010

DURIAN DAN ADNEEN

Musim durian dah mula. Sepanjang bulan ni dah 3 kali aku beli durian kat tepi jalan nak masuk kawasan perumahan aku. Memang terbaekkk sebab gerai tu memang depan dusun durian. Jadi everytime pun durian baru. So simpan sehari dua kat rumah pun masih sedap kan.

Aku plak jenis cerewet memilih durian. Mungkin ramai yang suka makan baka kacuk yang macam D24 la.. macam2 D lagi la, tapi aku suka durian kampung. Rasanya manis lemak dan tak memuakkan. Anak2 aku pun hantu durian haha.. memang berbaloi kalau beli.

Yang pelik kan, sebelum2 ni aku memang menyampah dengan durian kalau pregnant. Bau pun aku benci. Kali ni tak pulak. Aku sangat enjoy makan durian. Betul la kata orang, lain pregnant lain ragamnya.

Aku nak ajak abang beli durian Beserah plak. Warna isinya kehijauan, bukan kekuningan macam biasa tu. Susah nak dapat sebab sokmo sold out kat gerai2 depan dusun. Kena tunggu sebelum kedai bukak gamaknya.

ADNEEN HUMAIRA

Jarang aku cerita pasal anak dara aku ni. Dah 3 tahun lebih, mulut makin keletah. Balik taska ada je benda dia nak cerita. ABC ngan numbers 1-20 dah lepas. Doa2 harian pun ok. bagus jugak taska tu, boleh puji la pembelajaran awal yang diterap pada budak2. So makan malam Adneen la tukang baca doa makan, Arief baca doa lepas makan.

Malam tadi masa aku solat Isyak hidung ni dah mencium bau minyak baby Johnson yang semerbak. Haaaa sudah mesti ada budak main nih. Lepas solat elok je aku tengok Adneen lumur minyak tu kat kepala, kat kaki, kat tangan.

Ibu : Kakak buat apa letak minyak banyak2 tu?

Adneen : Kulit kakak ni kan kering kan..

Aku tak terkata apa dah.. bantai gelak je la..ni sure ikut jawapan ayah dia ni. Ahad lepas ayah dia balik dari kayuh, lepas mandi letak la losyen Nivea tu kat lengan ngan kaki sbb sunburn kan..dia tanya bakpe letak, ayah jawab sebab kulit kering.

Kesimpulannya jangan la cakap benda pelik2 depan anak sebab mereka ni akan absorb dan luahkan semula.

Masa aku baca Surah Maryam pun camtu la, dia duduk atas riba sambil mulut kumat kamit kengkonon baca jugak. Sampai ayat "Jannatu Adnin..." dia pun cakap "ibu baca nama kakak!" pastu menjerit kat ayah ngan abang dia "ibu ngaji baca nama kakak la"

alahai kakak...

4 comments:

Dinas Aldi said...

durian kg mmg lg best la dr durian kacuk macuk tu. yg kacuk tu isi tebal x tentu kalu, x sedap mana pun.

Hambali ® said...

betul ... apa saja anak2 ni nampak, dia akan ikut ...

pB said...

kak pB tak leh makan buah buahan sekarang nie


teringin sgt nak makan durian, tapi tak bolehhhhhhhhhhhh

Nik Ha said...

Angah, dr bgtau saya dulu dia tak bg mkn durian beria kalau pregnant, setakat rasa bolehla.panas katanya.ada patient dia bb tak gerak lps mkn durian byk, tp maybe lain orang lain effect kot.