Thursday, October 21, 2010

MUHAMMAD NADZHAN RIEFQI

Terima kasih atas semua ucapan hari lahir dan ucapan tahniah atas kelahiran anak ketiga aku minggu lepas. Dah seminggu baru nak update katanya. Malas pun ya haha..

Ok la.. mcm biasa kena tulis kronologi kelahiran putera aku ni kan. Riefqi lahir 15hb pukul 2.34 pagi jumaat. Berat direkod 3.58kg dan 51cm tinggi.

Aku amik cuti masa birthday aku 14hb tuh. Petang tu aku rasa sikit contraction dalam selang 20 minit dan ada tanda sikit. So pegi la spital memandangkan aku pun dah overdue kan. Doktor cek jalan dah buka 3cm so masuk wad lah. Yang magiknya masuk wad jek contraction terus takde sampai la tengah malam. Langsung takde!

12.30 mlm lebih kurang baru ada contraction balik. So harapan nak kongsi birthdate ngan baby tidak la kesampaian kan. By 1.30am dah makin intense, aku tekan loceng panggil nurse. Cek jalan dah 6cm. So masuk la labour room. Cerita dalam labour room yang biasa-biasa je. Ye la.. sakit dan tahan sakit sementara nak tunggu right time utk push.

Few minutes lepas doktor pecahkan air ketuban, baby riefqi pun lihat dunia dengan sekali push alhamdulillah. No episiotomy this time. Sangat bersyukur. Lepas first contact, uri keluar, jahit sket sbb ada tear dan breastfeeding, aku pun masuk balik wad dalam pukul 4 pagi camtu.

Aku puji pengendalian kat labour room ngan wad bersalin kat HTAA ni. Sangat efisien dan patient friendly. Sokongan untuk ibu dalam labour room sangat bagus..tak la terbiar sorang2 menahan sakit nak bersalin kan. Pastu coaching utk push pun takde la mcm sukaneka haha..

Tengahari jumaat tu aku dah dibenarkan keluar pun. Siap sorong sampai kereta ok..2 thumbs up! Sapa kata hospital gomen tak kompeten patut cuba dulu la..dedulu mungkin la..sekarang ni dah beza.

So itu la cerita kelahiran baby riefqi. Aku bersyukur sebab kelahirannya dipermudahkan Allah. Dalam seminggu ni pun takde la dia meragam sangat. Berjaga malam tu biasa cuma takde la buat konsert. Pusat pun dah tanggal semalam. Cuma ada sikit jaundis la..

Gambar ada cuma belum load. Nanti la aku upload untuk tayangan umum ya.. sekali lagi terima kasih atas ucapan tahniah yangtak henti2 masuk inbox/sms dsb. Doa akujuga macam kalian, agar kelahiran Nadzhan Riefqi akan menjadi jambatan kasih dalam keluarga kecil aku ni.

11 comments:

Puteri Satu said...

alahai dah bersalin ye... tahniah dari akak... alhamdulillah cukup dipermudahkan tuhan.. syukur...

bola2api said...

tahniah n alhamdulillah...

kau mmg tere bab mengarang nama.. haha

Ummi said...

tahniah :)

sedap nama :)

Anonymous said...

tahniah angah!!!! 2 boy satu girl! Meriah!! Semoga hepi & ceria sentiasa dalam tempoh berpantang nih. Jangan sedih-sedih k :)

Pnut said...

terbelit lidah nak sebut nama ni....

sempoiiii cayalah...

Dinas Aldi said...

alhamdulillah semuanya selamat! sedap nama dia. semoga menjadi anak yg soleh.

Zana Jay. said...

i'm happy for u...dok tunggu2 gambar baby dari hang bgtau bersalin...Congrats yek!!!

Dreamerz said...

Tahniah sis. Alhamdulillah. baby and mommy are doing well.

oren said...

tunggu gambar riefqi..

selamat berpantang..be happy always taw..

adk said...

tahniah ....dua hero dah....
mantap nama bby...cukup makhraj...

Angah said...

Terima Kasih semua..love you guys!!!