Monday, December 20, 2010

MEMACAM

Entry ini adalah cacamerba sebab lama tak update.

Riefqi
Ya baby Riefqi semakin tembam. Last week pi cucuk 2 bulan. Berat dia dah naik jd 6.2kg. patut la lenguh tangan bila dukung haha..alhamdulillah dia tak demam lepas cucuk tu. aku perasan kat Kuantan ni masih belum luas pengetahuan pasal baby wearing. Aku dukung Riefqi guna pouch sling, guna nursing cover dan pakaikan CD pada dia masa pi checkup. Dah macam information centre la plak menjawab soalan2 nurse dan ibu2 kat klinik pasal 3 benda ni. But I gladly answered lah. Ada yang cuba guna sling ngan nursing cover tu dan mereka suka. Kira aku buat iklan percuma la haha..sharing is caring katanya..

Sahabat
Ya Allah..aku sangat beruntung punya ramai sahabat yang sangat best! Aku pinjamkan medela harmony pada IV awal thn ni. Tapi sahabat ini bukan pulangkan yng aku pinjamkan tapi belikan aku yang baru..tak terkata aku dibuatnya selain ucapan terima kasih. Daun pulak bagi nursing cover. Gadget yang aku usung kesana sini sekarang. Makcik oren pulak cikgu CD aku skrg..kalau aku sebut satu persatu tak cukup 1 entry kang. Aku bersyukur, kan ini nikmat allah yang tak semua orang dapat kan..dikurniakan sahabat2 yang tetap ada waktu susah dan senang.

Seribu Kali Cinta
cerita kat Slot Akasia yang ciplak cerita 50 First Dates lakonan Dew Barrymore dan Adam sandler. Bila la industri nak maju kalau asik cedok idea orang. pastu bila timbul isu tiru derang akan jawab cuma buat inspirasi jek..Inspirasi celah mana tak tau kalau dah jalan cerita sama..

Balik Kampung
Esok aku balik kampung yeay! sementara cuti dan Arief tak sekolah lagi ni kan..seminggu beb!

Hasil tanaman
Kacang panjang dah keluarkan hasil. dah 2 kali aku masak. Oh aku tak bagitau kan, kacang yang mak mertua aku tanam tu warna maroon tau, bukan warna hijau. Rasanya sama jek.

Thursday, December 09, 2010

90 HARI

Semalam bloghopped pastu masuk blog mama aqilah. Baca entry pasal cuti bersalin 90 hari tu siap denga pekeliling lagik. nak jadi rezeki aku agaknya ngam2 je pekeliling tu berkuatkuasa hari aku bersalin. 15 Oktober 2010. Jadi aku la agaknya antara pegawai terawal dalam perkhidmatan yang manfaatkan cuti 90 hari tu.

Aku terus call opis minta kepastian dari HR department. Jadi aku akan sambung cuti dan mula kerja tahun depan. alhamdulillah. Takde la rasa sedih sangat nak tinggalkan Riefqi kat taska. 3 bulan tu ok la kan..2 bulan rasa macam kecik sangat.

Tadi bungkusan cloth diapers sampai. Aku beli dengan Oren. Dah agak lama jugak bermain dalam kepala ni nak berCD, pastu baca pulak blog mak mak budak yang guna CD. Lepas baca blog Oren pasal penjimatan yang WOW! tu, maka aku pun nak cuba juga. Kalau sebulan boleh jimat RM100 untuk diapers 2 org anak pada aku itu dah sangat banyak. RM100 tu boleh tambah simpanan atau buat belanja benda lain. Arief pun dah masuk sekolah kan.

Baru beli 4 keping je, nak cuba pakaikan pada Riefqi dan Adneen. Beli yang One Size tu senang kan. So kalau serasi maka akan beli lagi stok CD.

Huh! sebulan lagi duduk kat rumah..syiok!

Friday, December 03, 2010

BERBUDI PADA TANAH

Ya..aku sangat beruntung dapat beli rumah corner lot. banyak benda aku boleh buat. Buat masa ni mak mertua aku yang utalize tanah tu buat projek tanaman dia sepanjang dia duduk rumah aku masa aku dalam pantang.




Ni rupa laman rumah masa aku sign agreement 2 thn lepas.



Ni kat depan pintu dapur. Ada pokok ubi, pokok timun, yang hujung pagar tu pokok kacang panjang.


Ni sebahagian besar kawasan belakang. Penuh pokok jagung, ada sebaris pokok pisang, pastu pokok kacang panjang dah panjat pagar.

Untung aku kan..puas makan hasil nanti. Kerja aku petang2 sekarang ni merumput ngan menyiram la..menajak ngan membaja ummi buat.

sebelah tepi ngan depan rumah, ummi tanam pokok orkid sepanjang pagar. Wah..sure cantik bila berbunga nanti kan..untung menantu sorang nih hihi..

Thursday, December 02, 2010

SOLO WITH KIDS

Ala macam tak biasa duduk ngan anak2 je kan. Padahal for the past 5 years memang aku duduk ngan anak2 je pun. Ni dah duduk sekali bila kena tinggal macam pelik pulak haha..

Abang pergi Taiwan seminggu ikut Lawatan Kerja Jawatankuasa Pelancongan Negeri Pahang. 7hb ni baru balik. Aku lepak ngan anak2 je la kat rumah, tak jadi masalah la sebab masih dalam maternity leave. Agaknya kalau aku dah start kerja camne ya.. I wonder camne Oren ngan 4 kanak2 ribena setiap hari.. u earn my respect la sis.



Hari kedua ni ok la..ambil setiap kesempatan untuk setel kerja yang mana ada. Tapi jangan tak tau..aku sempat buat chocolate chips cookies tau haaa...sila beri standing ovation ye haha..abang bawak bekas dlm gambar ni bekal ke Taiwan. . berbaloi buat sendiri ni. Dijamin rasa, harga dan kebersihan. seronok tengok anak2 makan, pastu minta buat lagi.

Pejam celik pejam celik dah dekat 2 bulan aku cuti. 14hb disember ni aku start kerja. Ni tengah gigih buat stok susu Riefqi. Dia pulak menyusu cara borong jadi stok tak la mewah. Aku simpan 3-4 oz sebotol.

Kenduri Aqiqah Sabtu lepas went well alhamdulillah. Aku sekalikan dengan housewarming. Cuaca pun elok. Tetamu pun tak putus2 hadir. Makanan semua cukup..itu yang penting. ramai kengkawan dan jiran tetangga je, ye la sedara mara aku mana la ada kat sini, sedara mara abg plak majoriti kat kelantan. Aku happy sangat sbb adik beradik, pakcik, makcik, sepupu aku datang bermalam.

Another good news. Aku lulus exam yang aku amik bulan 7 lepas. yang aku pegi 2 minggu tu. Alhamdulillah!!!

Aku happy dengan kehidupan aku bersama anak2, aku bersyukur dengan semua kurniaan Allah pada aku . Tahun ni banyak sungguh yang Allah beri pada aku, dapat naik pangkat, pindah Kuantan, duduk rumah sendiri, dapat baby, lulus exam..aku kena ingat dan bersyukur dengan semua ini, bukan gundah gulana dengan 1 dugaan yang Allah beri pada aku. Mudah sangat aku lupa kan..MasyaAllah.

Semua ni pinjaman kan..kalau Allah nak tarik, sekelip mata pun dia boleh tarik. Aku kena sedar hakikat tu. Jadi aku akan terus berdoa pada Allah untuk beri apa yang terbaik untuk aku dan anak2. Aku kena ingat Allah beri apa yang aku perlu, bukan apa yang aku nak..