Thursday, December 09, 2010

90 HARI

Semalam bloghopped pastu masuk blog mama aqilah. Baca entry pasal cuti bersalin 90 hari tu siap denga pekeliling lagik. nak jadi rezeki aku agaknya ngam2 je pekeliling tu berkuatkuasa hari aku bersalin. 15 Oktober 2010. Jadi aku la agaknya antara pegawai terawal dalam perkhidmatan yang manfaatkan cuti 90 hari tu.

Aku terus call opis minta kepastian dari HR department. Jadi aku akan sambung cuti dan mula kerja tahun depan. alhamdulillah. Takde la rasa sedih sangat nak tinggalkan Riefqi kat taska. 3 bulan tu ok la kan..2 bulan rasa macam kecik sangat.

Tadi bungkusan cloth diapers sampai. Aku beli dengan Oren. Dah agak lama jugak bermain dalam kepala ni nak berCD, pastu baca pulak blog mak mak budak yang guna CD. Lepas baca blog Oren pasal penjimatan yang WOW! tu, maka aku pun nak cuba juga. Kalau sebulan boleh jimat RM100 untuk diapers 2 org anak pada aku itu dah sangat banyak. RM100 tu boleh tambah simpanan atau buat belanja benda lain. Arief pun dah masuk sekolah kan.

Baru beli 4 keping je, nak cuba pakaikan pada Riefqi dan Adneen. Beli yang One Size tu senang kan. So kalau serasi maka akan beli lagi stok CD.

Huh! sebulan lagi duduk kat rumah..syiok!

3 comments:

Dinas Aldi said...

Haaa memang tepat pada masanya! lega jugak kan boleh sambung maternity leave, boleh spend time dgn baby & abang kakak dia lagi :D

oren said...

jeles aaahhhh dpt cuti 90 hari tu..

kalo aku, mmg manfaatkan time utk simpan stok byk2..

aku dh update cara basuh, cara handle CD kat nurseri..sila lah baca ek..

papehal pasal CD, sms aku..aku tolong takat termampu..

again, thanks sebab sudi beli ngan aku..

Arena said...

Wow dapat cuti 90 days.. phewwitt...