Thursday, December 02, 2010

SOLO WITH KIDS

Ala macam tak biasa duduk ngan anak2 je kan. Padahal for the past 5 years memang aku duduk ngan anak2 je pun. Ni dah duduk sekali bila kena tinggal macam pelik pulak haha..

Abang pergi Taiwan seminggu ikut Lawatan Kerja Jawatankuasa Pelancongan Negeri Pahang. 7hb ni baru balik. Aku lepak ngan anak2 je la kat rumah, tak jadi masalah la sebab masih dalam maternity leave. Agaknya kalau aku dah start kerja camne ya.. I wonder camne Oren ngan 4 kanak2 ribena setiap hari.. u earn my respect la sis.



Hari kedua ni ok la..ambil setiap kesempatan untuk setel kerja yang mana ada. Tapi jangan tak tau..aku sempat buat chocolate chips cookies tau haaa...sila beri standing ovation ye haha..abang bawak bekas dlm gambar ni bekal ke Taiwan. . berbaloi buat sendiri ni. Dijamin rasa, harga dan kebersihan. seronok tengok anak2 makan, pastu minta buat lagi.

Pejam celik pejam celik dah dekat 2 bulan aku cuti. 14hb disember ni aku start kerja. Ni tengah gigih buat stok susu Riefqi. Dia pulak menyusu cara borong jadi stok tak la mewah. Aku simpan 3-4 oz sebotol.

Kenduri Aqiqah Sabtu lepas went well alhamdulillah. Aku sekalikan dengan housewarming. Cuaca pun elok. Tetamu pun tak putus2 hadir. Makanan semua cukup..itu yang penting. ramai kengkawan dan jiran tetangga je, ye la sedara mara aku mana la ada kat sini, sedara mara abg plak majoriti kat kelantan. Aku happy sangat sbb adik beradik, pakcik, makcik, sepupu aku datang bermalam.

Another good news. Aku lulus exam yang aku amik bulan 7 lepas. yang aku pegi 2 minggu tu. Alhamdulillah!!!

Aku happy dengan kehidupan aku bersama anak2, aku bersyukur dengan semua kurniaan Allah pada aku . Tahun ni banyak sungguh yang Allah beri pada aku, dapat naik pangkat, pindah Kuantan, duduk rumah sendiri, dapat baby, lulus exam..aku kena ingat dan bersyukur dengan semua ini, bukan gundah gulana dengan 1 dugaan yang Allah beri pada aku. Mudah sangat aku lupa kan..MasyaAllah.

Semua ni pinjaman kan..kalau Allah nak tarik, sekelip mata pun dia boleh tarik. Aku kena sedar hakikat tu. Jadi aku akan terus berdoa pada Allah untuk beri apa yang terbaik untuk aku dan anak2. Aku kena ingat Allah beri apa yang aku perlu, bukan apa yang aku nak..

3 comments:

Dinas Aldi said...

Alhamdulillah! tahniah sebab lulus Angah. ada lebih kurang 2 minggu lagi masa dgn anak2 sblm mula bertugas.
cookies tu nampak sodap!

oren said...

yer..

aku ingat lagi, last year was awesome..aku preggy, pastu beli keta yg bulehmuat anak2, bersalinkan awatif tanpa byk masalah, pastu pindah masuk rumah baru..smeua tu betul2 menggembirakan..apa sgtlah ngan masalah hati yg asik tup-tap nih..

beb, hari2 aku tak seindah org lain..byk gak masa opis yg aku 'curi' semata2 kelangsungan hari2..kadang masuk lmbat sbb kena patah balik ke rumah utk sidai kain/CD, amik masa gi beli brg dapo yg kehabisan (sbb lupa beli masa weekend)..belum lagi berulang alik opis-taksa-klinik-taska bila ada anak2 yg tak sihat..

apapun, aku belajar utk terima hakikat, inilah tanggungjawab aku..

Hambali ® said...

alhamdulillah