Monday, December 20, 2010

MEMACAM

Entry ini adalah cacamerba sebab lama tak update.

Riefqi
Ya baby Riefqi semakin tembam. Last week pi cucuk 2 bulan. Berat dia dah naik jd 6.2kg. patut la lenguh tangan bila dukung haha..alhamdulillah dia tak demam lepas cucuk tu. aku perasan kat Kuantan ni masih belum luas pengetahuan pasal baby wearing. Aku dukung Riefqi guna pouch sling, guna nursing cover dan pakaikan CD pada dia masa pi checkup. Dah macam information centre la plak menjawab soalan2 nurse dan ibu2 kat klinik pasal 3 benda ni. But I gladly answered lah. Ada yang cuba guna sling ngan nursing cover tu dan mereka suka. Kira aku buat iklan percuma la haha..sharing is caring katanya..

Sahabat
Ya Allah..aku sangat beruntung punya ramai sahabat yang sangat best! Aku pinjamkan medela harmony pada IV awal thn ni. Tapi sahabat ini bukan pulangkan yng aku pinjamkan tapi belikan aku yang baru..tak terkata aku dibuatnya selain ucapan terima kasih. Daun pulak bagi nursing cover. Gadget yang aku usung kesana sini sekarang. Makcik oren pulak cikgu CD aku skrg..kalau aku sebut satu persatu tak cukup 1 entry kang. Aku bersyukur, kan ini nikmat allah yang tak semua orang dapat kan..dikurniakan sahabat2 yang tetap ada waktu susah dan senang.

Seribu Kali Cinta
cerita kat Slot Akasia yang ciplak cerita 50 First Dates lakonan Dew Barrymore dan Adam sandler. Bila la industri nak maju kalau asik cedok idea orang. pastu bila timbul isu tiru derang akan jawab cuma buat inspirasi jek..Inspirasi celah mana tak tau kalau dah jalan cerita sama..

Balik Kampung
Esok aku balik kampung yeay! sementara cuti dan Arief tak sekolah lagi ni kan..seminggu beb!

Hasil tanaman
Kacang panjang dah keluarkan hasil. dah 2 kali aku masak. Oh aku tak bagitau kan, kacang yang mak mertua aku tanam tu warna maroon tau, bukan warna hijau. Rasanya sama jek.

4 comments:

oren said...

hg tak promote ka CD kat depa? hikhik..bg jek contact number aku..

masa bwk awatif g check-up pon, ramai yg interested nak tahu psl Cd..la nih aku dh juai, tapi heran, takdak sapa pun yg nak beli (nurse n ibu2 yg bwk anak check-up sama)..huhuhuhu..

Angah said...

oren
sempat gak promote hihi..tp majoriti nak tau benda apa je sbb x pnh tgk. malas nk cuci katanya huhu..

Irfa said...

cepat sungguh masa berlalu..baby pun dah 2 bulan rupanya..

aku dah stop mengepam :-(..dia cuma bf malam dan cuti sahaja

sedih gak rasa..salah aku pun tak berusaha lebih

izawani said...

Hehehe.... selamat bersambung pantang... sonot betul dapat cuti 3 bulan bergaji... uwaaaaaaaa.... jelesssssssss...