Wednesday, February 23, 2011

STATISTIK

Semalam aku menggodeh ruang belakang blog ni. Saja tengok2 statistik pengunjung, post mana yang popular, aliran trafik dan komen-komen masuk.

Ni nak cerita ni. Sangat menarik perhatian aku..

Dalam pada membelek2 ruang belakang tu, aku terperasan ada sederet komen dari cik anon untuk beberapa entry aku yang berlainan. Ada dalam 10 ke lebih la jugak. Komen2 ni dibuat pada tarikh yang sama. Ye la dah sederet kan..statistik komen plak kan ke ikut tarikh dipostkan komen tu. Bukan tarikh entry.

Tarikh itu ialah 25 Julai 2009. Mana boleh aku lupa tarikh ni. Hari aku kena DnC lepas keguguran 12 minggu usia kandungan.

Aku tau siapa pengkomen tu walaupun anonymous. Yup..semuanya yang menyakitkan hati aku. Stail2 provoke dan kondem aku.

Rajin cik anon ni menyelak blog aku. Aku rasa jugak cik anon ni sakit hati plan nak dating pada tarikh tersebut atau minggu tersebut kena kensel sebab pakwe dia ada urusan lain. Pastu meroyan dalam blog aku. Aku yang sakit dia plak yang meroyan. Eh sapa kacau idop sapa nih?

Oleh kerana doktor kata aku keguguran mungkin sbb aku stressed..aku nak salahkan cik anon ni! ishhh macam2 cik anon ni sms aku dalam bulan 6/2009 tu..

haa meh la komen lagi..senang aku nak guna Seksyen 376 ngan Seksyen 377 Undang-Undang Syariah. Bukti pun dah banyak ni..

11 comments:

Zana Jay. said...

go Angah go Angah go.....jangan bagi chance la kat orang yang suka porak perandakan hidup orang lain...Ingat, semua yang kita buat ada balasan tau...kalau tak kat akhirat, Dia bayar cash kat dooonia ni...tak takut ke cik Anon??

Ummi said...

go angah go, akak tukang jadi pom-pom girl kat belakang, tak ingat lansung balasan Allah, dah tu sampai hati pulak nak sakitkan hati sesama kaum sejenis pulak tu

Angah said...

zana
aku tunggu je..doakan aku ye..

ummi
bila hati dah gelap itu la jadinya..

oren said...

Ha, amacam cik anon??? ada berani kah??

**tepuk belakang angah..*

Sitikucing said...

Salam Angah,
Saya pembaca blog ni..kanun ni untuk apa ye? Macam mana angah boleh sekuat ini? Ada petua....
Kdg kdg macam terasa sangat nak keluar dr "sangkar" tapi hati selalu berbolak balik....Boleh ke? Mampu ke?....Apa jawapan kepada semua ni?...

Terima kasih Angah sebab menunjukkan jati diri wanita yang kuat, serba serbi boleh...memang superwoman......Nak tiru, tapi rasanya sangat sangat ketinggalan..

Thanks

Angah said...

Siti Kucing
Seksyen tu boleh digunakan untuk mendakwa mana2 individu yang menghalang sepasang suami isteri dari hidup selayaknya sebagai suami isteri. Individu tu boleh jadi siapa sahaja. Hukuman kalau sabit kesalahan penjara 2 tahun dan denda.

Angah pun tak sekuat mana pada mulanya. InsyaAllah dengan sokongan keluarga / rakan2 dan mohon apa yang terbaik untuk kita dan anak dari Allah.

Yang penting kena redha bahawa semua ni dugaan dalam hidup. Allah tak uji kita dalam hal lain, Dia uji dalam hal sebegini pula kan.

Kadang2 menagis juga. Tapi itukan normal. Kita juga manusia biasa ada hati dan perasaan kan..cuma tanamkan dalam diri, kalau dia tinggalkan kita, bukan kita yang rugi tapi dia..untuk selamanya..

Jijie Armidza said...

yesss....go angah go!!! chaiyok...chaiyok....

Dinas Aldi said...

ini dia sudah tambah lagi sorang pom pom girl okeh!

go Angah go!

yUyU hAkUsHo said...

huh....cik anon tu mmg xde hati n perasaan klu dia ada confirm dia xsanggup nk wat...what u do u will get back somedays...itulah dia hukum karma....'''mencik ngn pompuan xsedar diri mcm ni'''

bola2api said...

kahkahkah
lawan tetap lawan!

Arena said...

ohooo like hat one aaa.. baru aku tau.. good to know..aku amek pompom join sekali the cheer..