Tuesday, January 31, 2012

BERKEPAM!!

Memula sapu sawang dulu. Amekaw lebih 2 minggu takde post. Aku memang sibuk tahap gaban. Awal tahun ni kan, bila kerja bahagian pembangunan dan pemantauan projek ni camni la..awal tahun ngan akhir tahun memang sibuk. Meeting tak berkesudahan, pergi buat site visits mcm pegi kedai je, setel dokumen utk bayaran dsb..ada takde pun aku jenguk FB la kejap..tinggal jejak kat blog kengkawan sikit.

Banyak cerita ni..Hari tu masa cuti CNY, adik aku yang kat JB tu datang bercuti ngan family mertua dia. Adik aku yang kat Klang pun datang, siap boipren dia dari Penang join sekali. Meriah kan!  4 hari habiskan masa ngan family memang best. Buat barbeku bagai. Siap buat photoshoot kat Telok Chempedak haha..mak aku masa nak balik JB tu banjir la..lamaaaa dia peluk aku ngan cucu2 dia. Ye la..bila dah berumur ni sebak dia tu lain macam sikit kan.

Letak 1 ni pun ok lah kan...cantik plak aku dalam gambar ni walaupun gemok haha..take gemok2 aku pun tak pernah menyusahkan orang. Manusia lain je yang suka nyusahkan aku kan..menyemakkan kepala hotak aku..haih..

Ahad lepas aku masak spageti. Anak2 sedara rekues. Alololo kesian anak2 sedara aku kan..So masak la 3 bungkus terus ko! haaaa puas hati aku tengok adik2 ipar ngan anak2 sedara makan sampai licin. Aku suka masak2 panggil orang makan ni. Kengkadang tu aku buat kek ke, muffin ke, apa je la kudapan pastu aku bagi kat orang. Rasanya sebab aku suka proses tu. Rasa seronok je tengok menjadi. Mcm therapy jugak la kan..

Semalam adalah hari bodoh aku..Camni..Jumaat lepas dapat surat panggilan mesyuarat untuk hari ni. Aku terlepas pandang masa mesyuarat plak. Dah biasanya kan pukul 9 pagi. So semalam aku bawak la segala keperluan ingat nak bertolak terus sebelah petang ke Putrajaya. Siap packing utk Riefqi tidur di taska! Sekali tengok balik surat pukul 2.30 petang daaaa...so gelak2 la pengasuh bila aku call kata tak jadi. Hari ni pegi meeting balik hari je la. Esok pepagi buta nak ke Rompin plak. KENAPA AKU MASIH TAK KURUS?

Korang tengok tak ceramah/kuliyah Ustaz Don Daniyal pasal Anak aset Ibu bapa ke Syurga? Seriously aku menangis masa tengok tu. Memang betul2 menyentuh perasaan, rasa Ya Allah insafnya aku..Memang betul sangat apa yang dia cakap tu..Kita ajar anak macam2, tapi adakah dia yang akan uruskan jenazah kita nanti? Memang betul kan...anak 10 orang pun tak tentu boleh uruskan jenazah kita dari mandi, kapan sampai la ke liang lahad. Tetiba aku rasa nak tukar sekolah Arief..oh apakah! Jadi bertitik tolak daripada itu aku tambah satu lagi azam untuk tahun ini iaitu aku nak pastikan anak2 aku akan jadi aset untuk aku ke Syurga InsyaAllah..Aku pun kena belajar semula untuk pastikan aku dapat praktikkan begitu juga anak2 aku nanti.

Ok aku nak bertolak ke Putrajaya. Cerita banyak tapi nanti2 lah bila dah kurang sibuk.

Thursday, January 12, 2012

SEGAR

Tengah buat paper cadangan pembaikan projek dan tetiba otak tepu..jadi mari kita layan blog. Otak orang dah berumur mmg cepat tepu haha

2 hari ni hujan je manjang, sedap sungguh dok bawah selimut tebal sambil dipeluk dan memeluk. Malas nak bangun pegi kerja hokay..nak mandi pon malas. Tapi boleh ke nak bermalas malasan?

Anyway..bila musim hujan camni, harga ikan adalah melambung. Ikan kembung RM16 sekilo. Boleh dapat ayam sekor setengah. Tapi sebab tekak abang kan tekak Pantai Timur, maka beli la jugak. Masak singgang, masak lemak, buat sambal ikan dengan mangga muda, goreng bla bla bla..Puas hati tau walaupun mahal sebab ikan kat sini fresh. Beli kat Pasar Ikan Beserah. Ikan2 kat situ memang baru didaratkan.

Last week beli ikan kembung sekilo, selar besar tu sekilo, kerisi 6 ekor, ikan barat (sebut loghat kelantan sket) dan habis RM60. Balik rumah aku masak singgang ikan kembung, goreng ikan kerisi ( jgn buang sisik,belah belakang, rendam air garam) pastu buat sambal ikan ngan mangga muda tu. Abang tambah 2 kali! Untung dapat aku jadi bini kan..pandai masak! *sila muntah hijau*
Tengok punya segar ikan, mata jernih, badan kilat.
Biasanya sampai je rumah terus aku siang semua, bahagikan ikut portion sekali masak dan frozen kan. yang mana cadang nak goreng tu terus aku lumur garam kunyit. Nanti nak goreng defrost dalam microwave, campak dalam kuali. Jimat masa kan..dan rasanya masih sangat ok.

Tu yang kalau aku balik Klang tu aku jarang nak membeli ikan..bukan la sombong tapi tekak tak berapa nak lalu derr..

SUSU OH SUSU

Ni cerita Riefqi plak lah...kat taska sekarang ni cuma minum 2 botol je tapi dah up ke 4oz. Cikgu kata bagi 3oz dia mcm tak cukup tapi nak panaskan 2 botol terus dia tak habis. So cikgu ambil dari botol yang lain topup.. kesian pulak kat sikgu..jadi aku buat la 2 botol 4oz bawak bekal. Kalau tak cukup nanti dia telefon lah. Agaknya dah besar, dah banyak makan, dah banyak main. Pastu dak riefqi ni asal masuk kereta menyusu, asal menyusu masuk kereta.

Cikgu cakap dia tidur sampai pukul 10 camtu, bangun minum sebotol, pastu main, makan tghri pastu tidur. Bangun tidur lagi sebotol dan makan lagik. Petang aku amik dah. Selalunya ada cikgu panaskan susu sblh petang tapi asyik tak habis sebab dah nampak aku. Jadi baik tak payah membazir. Umur 1 tahun lebih ni susu cuma sebagai pelengkap je, jadi aku tak risau orang kata minum sikit sangat ke hapa. Sebab balik je memang selang sejam la menyusu. Selalunya aku yang offer sebab rasa nenen dah penuh. Berat dowh bawak haha..malam2 pun dalam 3 kali dia bangun menyusu.

Jadi hasil tuaian kat opis adalah surplus, masuk freezer buat stok lah. Sekarang ni 3 kali perah aku boleh dpat purata 20oz. Memang banyak berlebih kan, tapi takpe. Dah banyak kali jadi stok ini la penyelamat waktu2 kritikal mcm masa period. Sebab aku ni kalau period susu adalah merudum sket. Oh..aku dah period buat pertama kalinya pada bulan lepas. Maknanya kena la berhati2 semasa aktiviti..eh..

Oh dia lebih suka chilled EBM banding gan frozen, jadi aku memang bekalkan yang chilled saja.

MAKANAN ANAK

Aku dah tak masak bubur untuk Riefqi sebab gigi geraham dia dah ada 4 batang dan dia pun ingat diri sendiri dah big boy..nak makan family food. Maka dia sekarang makan nasi (nasib la satu family makan nasi lembut sket), aku cuma masak sup dia je. Biasanya aku buat sup sayur (kentang/karot/kobis bunga/brocoli etc) yang aku potong bite size, yang dia boleh pegang dan suap sendiri. Campur jugak ngan isi ikan / isi ayam / tofu telur etc) untuk aku suapkan. Jadi budak ni biasanya akan pegang sayur2 tu suap sendiri sambil aku suap nasi ngan kuahnya. Tau la budak besar ni kan cerdik nak suap sendiri. So the trick works.

Kengkadang aku bagi pasta ngan sup. Kengkadang angin rajin mariiiii aku buat la macaroni n cheese ke, spegeti ke, atau homemade chicken fingers ke, begedil ke...cuma begedil adalah dibakar.

As for kudapan plak, dia makan buah, roti, biskut dan favourite budak ni ialah tamar. Anak2 aku suka tamar. Jangan tak percaya, sebulan adalah 2 kilo!

Ada je yang cakap ala bakpe la susah2 masak bagi untuk baby ngan budak kecik ni, bagi je nestum / makanan kita tu kan senang. Ye memang susah sikit tapi aku kan mak dia. Dah tanggungjawab aku la buat semua ni kan. Bukan tak boleh bagi nestum masa dia baby tapi aku nak anak aku makan natural food, yang aku sediakan sendiri. Dah besar camni aku masih masakkan lauk lain sebab aku tak letak garam dalam makanan dia. Aku cuma letak bilis kisar. dan sup tu aku guna stok ayam/bilis yang aku sediakan sendiri. Kesian kat dia..buah pinggang belum mampu nak proses semua tu.

Terpulang la pada masing2. Nak bagi apa pun kat anak. Cuma boleh tak hormat pilihan aku sebagaimana aku tak pernah persoal pilihan orang lain dalam membesarkan anak.

Anak2 yang besar tu bawa bekal ke sekolah / tadika. As simple as sandwich / sosej roll / muffin / nugget..kalau rajin sket nasi goreng. Biasanya malas hahaha..Biasanya aku sediakan as requested a night before lah.

Bila tengok anak seronok makan, membesar dengan sihat hasil susu ibu dan masakan ibu..rasa puas sangat. Korang tak seronok ke tengok baby camni? Aku mesti la seronok dah anak aku! kaannnnn

Wednesday, January 11, 2012

CERITA MUFFIN LAGI

Yup..cerita muffin lagik. Ada potential customer tanya kalau2 aku buat cup cakes. Buat masa ni aku tak buat la..renyah sangat nak main ngan butter cream bagai. Anak2 aku kan kecik2, aku pulak bukannya duduk kat rumah je. Setakat ni aku buat whole cake pun topping ganache ngan creamcheese frosting jek. Lagipun tangan aku tak berseni nak buat segala neka atas cupcakes tu. Setakat pipe buttercream mcm aiskrim cone mcdonald tu boleh la hahaha

Mini Choc Chips Muffin ngan Mini Blueberry Muffin. Yang ni untuk makan2 kat kenduri. Sekali ngap habis jadi takde la bazir kan..Yang blueberry muffin tu aku incorporate je jem blueberry dalam adunan. Kalau pakai yang biasa tu aku pipe kat atas dia. Yang ni satu singgit jek


Chocolate Cheese Muffin. Favourite anak2 jugak. Guna cheddar cheese je pun. Yang ni order goodies birthday. Sebab letak cheese harga mahal sket lah..

Aku dalam proses buat website yang dot.com.

Huih..dah macam nak serius je kan..tapi most often than not, big business mula dengan minat, kecil-kecilan. Lepas tu baru berkembang kan. Minat tu penting, baru ada jiwa nak buat.

Kak Dinas tanya camne aku ada masa buat semua ni. Tak ambil banyak masa pun sebab tu aku concentrate muffin je sebab prosesnya sangat mudah. Dalam 2 jam aku boleh buat 100 biji siap dengan kemas dapur setel semua..

Aha..aku bake pakai microwave jugak tau..biasanya bila ada tetamu yg datang short notice lah. Mcm muffin ni 3 menet je masak dah..kalau choc moist tu 10 menet je.  Kalau nak guna microwave, adunan kena cair sikit, so kena tambah sukatan cecair lah. So kalau korang call aku kata "Angah..stgh jam lagi aku sampai.." dengan bestnya aku akan buat kek or muffin dan masih hangat bila korang sampai rumah aku.

nanti la buat entry pasal kegunaan microwave..biasanya kita2 ni guna untuk reheating je betul tak? aku dah guna utk memacam dah..masa jimat!

Tuesday, January 10, 2012

I HATE MYSELF FOR LOVING YOU

LOVE MAKES YOU DO CRAZY THINGS..UNTHINKABLE THINGS..

I WISH I COULD DO THINGS TOO...

TO GET EVEN

*just an evil thought*




Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, January 09, 2012

SEHARIAN KAT OPIS

Ok semalam, seharian aku dalam opis. Fuhhh..lagi penat rasanya. Penat otak! Peruntukan untuk Program Ameniti Sosial RM15 juta. Kena bahagi untuk 14 Parlimen. Minggu lepas dah mintak senarai cadangan ikut skop projek dari Pejabat Daerah dan hari ni coordinate ngan Pejabat Pejabat Pembangunan Negeri untuk senarai muktamad ikut keutamaan. Alhamdulillah setel jugak..dan dah selamat email ke HQ untuk kelulusan. Makngah legaaaaa sangattttt..

Hari ni pun seharian kat opis gak. Nak siapkan 3 paper siasatan dan penilaian projek. Harap dapat siap sebab esok aku nak pergi Temerloh ngan Bera tengok progres projek gerai dan bengkel.

Mujur lawatan Timbalan Ketua Setiusaha Kementerian sabtu ni ditangguhkan..yeay! Boleh gomol abang Riefqi macam selalu-selalu.

Ok tarik napas....hembus napas...jom cerita benda best!

Kan aku buat muffin dan kek secara kecil kecilan. Oh bila nak buat skala besar mcm Jojoe? Ye jom doakan aku boleh buat bisnes besar besar. Boleh aku berenti kerja cepat sikit.

So seminggu tu biasanya aku dapat la 1 ke 2 tempahan kek dan muffin. Sebulan aku boleh la generate income yang cukup untuk bayar kereta dan rolling modal. Aku nak carik oven industry. Sekarang ni 60L je. Hujung bulan ni kena buat 600 biji utk wedding goodies. Bayang la guna oven aku tu..12 kali masak ok! aku yang masak kang haaa...so bulan ni kena survey oven. Oh nak beli mixer besar jugak. Senang aku nak buat frosting skala besar.

Sila doakan bisnes aku jadi besar..aku boleh jadi senang sikit eh..

Ni Orange Choc Rice Muffin untk Kenduri Akikah dan Cukur Rambut, aku buat hari Sabtu lepas 100 bijik


Yang ni keseluruhan order lah..100 bijik oren, 100 bijik choc chips dan assorted mini muffins untuk makan masa kenduri. Aku tambah 3 jenis lagi, banana crumb, pandan ngan blueberry.

sapa nak order angkat kibod!

Thursday, January 05, 2012

ALAHAI RIEFQI

Hari ni adalah hari pertama masuk kerja dalam tahun baru.

Meh kongsi cerita kelakar. Mati2 aku ingat sekolah mula 3hb! Mujur anak sedara aku cakap "Tak la Mok Yang..mula 4hb la..tak caya tengok kalender ni..." alahai..tu la konfiden sangat kan. Jadinya aku pun tepon boss tambah lagi cuti sehari. Takpe..cuti aku ada 41 hari tahun ni.

Abang Arief dah darjah 2. Steady je masuk kelas. Tahun lepas aku tak dapat hantar dia, tahun ni tetap gagah nak menghantar anak sampai muka pintu kelas, Walaupun terpaksa mendukung Riefqi si bambam yang sedap tidur.

Kakak Adneen dah masuk Tadika 5 tahun kat school yang sama. Semalam ok hari ni ko, nangis sebab dia mengantuk. Tu la sapa suruh tidur lewat. nak terkeluar anak tekak suruh tidur..ek cik kak ni takdenya nak tidur..memacam alasan dia.

Eh nak cerita pasal Riefqi lah. Budak ni dah setahun 3 bulan. Masih fully breastfeed alhamdulillah. Lagi 9 bulan je untuk grad. Yang aku nak cerita, dia selsema dan batuk. Agak teruk juga la pada aku. Ye la ibu ni memang manjang risau padahal takde apa2 pun kan. So petang Selasa tu bawak pi klinik dan kena nebulizer. Lepas tu buat percussion kat dia (tepuk belakang badan, kiri kanan dan depan kiri kanan, bagi keluar kahak) So kerja bergayut jek la kat ibu. Aku masak, sidai baju pun dukung si bambam nih.

Semalam second session. Nampak dah cergas balik dah. Lega rasa ibu nih bila nampak anak ceria semula. Mulut pun dah bising balik.

Tapi benda ni tak boleh elak la..sebab dia duduk nursery kan, jadi senang nak dapat jangkitan. Nak buat camne ye tak..takde pilihan lain. nak amik maid rasa tak perlu lagi. Nak hantar baby sitter pun aku lagi yakin hantar nursery. Cuma buat la yang terbaik untuk dia. Mujur jugak dia ni BF, jadi tak la crancky sangat. Agak2 dia nak start crancky tu, bagi  je la susu gantung..setel haha..dengan aku sekali tertidur..

Pagi ni dah ok..hantar la nursery dengan ubat dan pesanan sebakul. Masih tidur masa aku letak kat bouncer. Ni cikgu tak call ni maknanya dia ok lah ye. InsyaAllah. 

Oh gigi dia ada 12 batang. 8 sebelah depan dengan 4 geraham. Dah taknak makan nasi lembik. Makan nasi family yang aku buat lembut la sikit. Masih suka makan sup ikan merah ngan sayur karot/kentang. Dan sangatttt suka tau fu fa..ye membesarlah sebagai johan..

tension kena nebulizer, sampai bukak baju sebab nangis berpeluh2

 Budak bambam semalam ni..tak boleh renggang sekejap pun.

Oh nak share jugak, ujung minggu lepas aku masak sup gearbox. Nak tau? gearbox itu adalah dari lembu korban. Gila lama dalam freezer kan. tapi sebab dalam Deep Freezer, maka rasanya masih lagi sedap, manis daging tu masih ada. Aku guna resepi sup kat dalam buku "Resepi Sup" memang marveles. Abang pun cakap sedap. Buat sambal kicap sket..malam tu aku bawak ke rumah adik ipar aku. Makan ramai-ramai. Anak2 sedara pun cakap sedap maknanya memang sedap la kan..

Sup Gearbox versi Angah.
Esok nak pegi Muadzam Shah, ada meeting pastu nak pegi Kg. Meripoh, Keratong. Nak tengok jalan ngan bekalan air luar bandar.

Sabtu nak bangun lambat..boleh?