Memula sapu sawang dulu. Amekaw lebih 2 minggu takde post. Aku memang sibuk tahap gaban. Awal tahun ni kan, bila kerja bahagian pembangunan dan pemantauan projek ni camni la..awal tahun ngan akhir tahun memang sibuk. Meeting tak berkesudahan, pergi buat site visits mcm pegi kedai je, setel dokumen utk bayaran dsb..ada takde pun aku jenguk FB la kejap..tinggal jejak kat blog kengkawan sikit.
Banyak cerita ni..Hari tu masa cuti CNY, adik aku yang kat JB tu datang bercuti ngan family mertua dia. Adik aku yang kat Klang pun datang, siap boipren dia dari Penang join sekali. Meriah kan! 4 hari habiskan masa ngan family memang best. Buat barbeku bagai. Siap buat photoshoot kat Telok Chempedak haha..mak aku masa nak balik JB tu banjir la..lamaaaa dia peluk aku ngan cucu2 dia. Ye la..bila dah berumur ni sebak dia tu lain macam sikit kan.
Letak 1 ni pun ok lah kan...cantik plak aku dalam gambar ni walaupun gemok haha..take gemok2 aku pun tak pernah menyusahkan orang. Manusia lain je yang suka nyusahkan aku kan..menyemakkan kepala hotak aku..haih..
Ahad lepas aku masak spageti. Anak2 sedara rekues. Alololo kesian anak2 sedara aku kan..So masak la 3 bungkus terus ko! haaaa puas hati aku tengok adik2 ipar ngan anak2 sedara makan sampai licin. Aku suka masak2 panggil orang makan ni. Kengkadang tu aku buat kek ke, muffin ke, apa je la kudapan pastu aku bagi kat orang. Rasanya sebab aku suka proses tu. Rasa seronok je tengok menjadi. Mcm therapy jugak la kan..
Semalam adalah hari bodoh aku..Camni..Jumaat lepas dapat surat panggilan mesyuarat untuk hari ni. Aku terlepas pandang masa mesyuarat plak. Dah biasanya kan pukul 9 pagi. So semalam aku bawak la segala keperluan ingat nak bertolak terus sebelah petang ke Putrajaya. Siap packing utk Riefqi tidur di taska! Sekali tengok balik surat pukul 2.30 petang daaaa...so gelak2 la pengasuh bila aku call kata tak jadi. Hari ni pegi meeting balik hari je la. Esok pepagi buta nak ke Rompin plak. KENAPA AKU MASIH TAK KURUS?
Korang tengok tak ceramah/kuliyah Ustaz Don Daniyal pasal Anak aset Ibu bapa ke Syurga? Seriously aku menangis masa tengok tu. Memang betul2 menyentuh perasaan, rasa Ya Allah insafnya aku..Memang betul sangat apa yang dia cakap tu..Kita ajar anak macam2, tapi adakah dia yang akan uruskan jenazah kita nanti? Memang betul kan...anak 10 orang pun tak tentu boleh uruskan jenazah kita dari mandi, kapan sampai la ke liang lahad. Tetiba aku rasa nak tukar sekolah Arief..oh apakah! Jadi bertitik tolak daripada itu aku tambah satu lagi azam untuk tahun ini iaitu aku nak pastikan anak2 aku akan jadi aset untuk aku ke Syurga InsyaAllah..Aku pun kena belajar semula untuk pastikan aku dapat praktikkan begitu juga anak2 aku nanti.
Ok aku nak bertolak ke Putrajaya. Cerita banyak tapi nanti2 lah bila dah kurang sibuk.
6 comments:
AKU PUN SAMA..BILA UMUR MAKIN MENIGKAT AKU TERFIKIR ANAK2 AKAN TERUS MEMBESAR..DAN SATU MASA NANTI KIT AKAN PERGI.ADAKAH MEREKA (ANAK LELAKI TERUTAMANYA.DAHLAH HERO 1 JE..ADAKAH DIA AKAN HANTAR AKU KE LIANG LAHAD)HARAP2 BEGITU
bestnya updated. aku tau ko bizi..
yay..at last ko apdet jugak..21 ribu kali aku jenguk blog ko tak hapdet..hahhaha..rajin kan aku...
angah..gemuk kurus yang penting kita happy...org sayang kita...kalu kurus jiwa merana nak watpe..tambah2 kalau berdiet itu bagai..tak dapat nak makan itu ini..hohooo...aku tak mampu ngah...aku suka makan..hahahh...
oh ho..aku buleh rekues nak makan2 dekat ko tak? 5hb ni dah nak kene admit spital..7hb dikerjakan... hmm...
eh terpanjang pulak komen...mcm blog haku plak..sori 2 lori yer tuan blog....
-ibu kemaman-
dari sehari ke sehari nak bukak link ustaz don tu... tapi risau plak bila org kata sure sedih... nonie ni dah start nangis payah nak stop... tahi lalat bawah mata huhuh.. kena tarik napas, amik feel line clear baru nak try tengok huhu
Lama tul tak hapdet, sibuk sungguh Angah. Konpem cun dalam gambar tu, serius :)
ha'ah kan..mcm aku, manjang tak sempat nak makan lps balik keja..tapi awat la tak kuruih2 gak..
dan yg penting, aku yg gemok, tak susahkan org lain..hahahahaha..i like ur statement...
Post a Comment