Wednesday, January 11, 2012

CERITA MUFFIN LAGI

Yup..cerita muffin lagik. Ada potential customer tanya kalau2 aku buat cup cakes. Buat masa ni aku tak buat la..renyah sangat nak main ngan butter cream bagai. Anak2 aku kan kecik2, aku pulak bukannya duduk kat rumah je. Setakat ni aku buat whole cake pun topping ganache ngan creamcheese frosting jek. Lagipun tangan aku tak berseni nak buat segala neka atas cupcakes tu. Setakat pipe buttercream mcm aiskrim cone mcdonald tu boleh la hahaha

Mini Choc Chips Muffin ngan Mini Blueberry Muffin. Yang ni untuk makan2 kat kenduri. Sekali ngap habis jadi takde la bazir kan..Yang blueberry muffin tu aku incorporate je jem blueberry dalam adunan. Kalau pakai yang biasa tu aku pipe kat atas dia. Yang ni satu singgit jek


Chocolate Cheese Muffin. Favourite anak2 jugak. Guna cheddar cheese je pun. Yang ni order goodies birthday. Sebab letak cheese harga mahal sket lah..

Aku dalam proses buat website yang dot.com.

Huih..dah macam nak serius je kan..tapi most often than not, big business mula dengan minat, kecil-kecilan. Lepas tu baru berkembang kan. Minat tu penting, baru ada jiwa nak buat.

Kak Dinas tanya camne aku ada masa buat semua ni. Tak ambil banyak masa pun sebab tu aku concentrate muffin je sebab prosesnya sangat mudah. Dalam 2 jam aku boleh buat 100 biji siap dengan kemas dapur setel semua..

Aha..aku bake pakai microwave jugak tau..biasanya bila ada tetamu yg datang short notice lah. Mcm muffin ni 3 menet je masak dah..kalau choc moist tu 10 menet je.  Kalau nak guna microwave, adunan kena cair sikit, so kena tambah sukatan cecair lah. So kalau korang call aku kata "Angah..stgh jam lagi aku sampai.." dengan bestnya aku akan buat kek or muffin dan masih hangat bila korang sampai rumah aku.

nanti la buat entry pasal kegunaan microwave..biasanya kita2 ni guna untuk reheating je betul tak? aku dah guna utk memacam dah..masa jimat!

6 comments:

oren said...

waahh..sukerr...aku sokong ko nak bukak web dot com tuh..hiks..

nnti, kalo jadi la plan aku nak gi terengganu tuh, aku akan sms ko, n bagitahu, lg beberapa menet nak smpai..buleh ko bake kan muffin panas2 utk aku eh...

request, tak bleh blah..hahahaha..buatnya tak dpt dtg, penat jek berangan2 nih..

Dinas Aldi said...

Gitu rupanya, baru akak tau tak ambik masa lama..Jauh la pulak, kalau dok dekat, mau gak tepon cakap nak sampai lagi 10 menet, nak merasa muffin panaih tu, kihkih..

Carrie-Ma said...

wah terliur aku angah nengok gambarnya hehe

Jojoe said...

cayalah ngah!

Unknown said...

Angah!

Share recipes cakes or cupcakes yg boleh bake in microwave oven please!

Would love to try baking, for a start.

Nur Qaseh said...

bile nk cerita psal microwave lg...ni awk bake guna function convection ke gune function microwave utk panaskn makanan tu?harap dpt kingsi...nice info...nnt senang2 share la resipi buat muffin gune microwave=)