Thursday, January 05, 2012

ALAHAI RIEFQI

Hari ni adalah hari pertama masuk kerja dalam tahun baru.

Meh kongsi cerita kelakar. Mati2 aku ingat sekolah mula 3hb! Mujur anak sedara aku cakap "Tak la Mok Yang..mula 4hb la..tak caya tengok kalender ni..." alahai..tu la konfiden sangat kan. Jadinya aku pun tepon boss tambah lagi cuti sehari. Takpe..cuti aku ada 41 hari tahun ni.

Abang Arief dah darjah 2. Steady je masuk kelas. Tahun lepas aku tak dapat hantar dia, tahun ni tetap gagah nak menghantar anak sampai muka pintu kelas, Walaupun terpaksa mendukung Riefqi si bambam yang sedap tidur.

Kakak Adneen dah masuk Tadika 5 tahun kat school yang sama. Semalam ok hari ni ko, nangis sebab dia mengantuk. Tu la sapa suruh tidur lewat. nak terkeluar anak tekak suruh tidur..ek cik kak ni takdenya nak tidur..memacam alasan dia.

Eh nak cerita pasal Riefqi lah. Budak ni dah setahun 3 bulan. Masih fully breastfeed alhamdulillah. Lagi 9 bulan je untuk grad. Yang aku nak cerita, dia selsema dan batuk. Agak teruk juga la pada aku. Ye la ibu ni memang manjang risau padahal takde apa2 pun kan. So petang Selasa tu bawak pi klinik dan kena nebulizer. Lepas tu buat percussion kat dia (tepuk belakang badan, kiri kanan dan depan kiri kanan, bagi keluar kahak) So kerja bergayut jek la kat ibu. Aku masak, sidai baju pun dukung si bambam nih.

Semalam second session. Nampak dah cergas balik dah. Lega rasa ibu nih bila nampak anak ceria semula. Mulut pun dah bising balik.

Tapi benda ni tak boleh elak la..sebab dia duduk nursery kan, jadi senang nak dapat jangkitan. Nak buat camne ye tak..takde pilihan lain. nak amik maid rasa tak perlu lagi. Nak hantar baby sitter pun aku lagi yakin hantar nursery. Cuma buat la yang terbaik untuk dia. Mujur jugak dia ni BF, jadi tak la crancky sangat. Agak2 dia nak start crancky tu, bagi  je la susu gantung..setel haha..dengan aku sekali tertidur..

Pagi ni dah ok..hantar la nursery dengan ubat dan pesanan sebakul. Masih tidur masa aku letak kat bouncer. Ni cikgu tak call ni maknanya dia ok lah ye. InsyaAllah. 

Oh gigi dia ada 12 batang. 8 sebelah depan dengan 4 geraham. Dah taknak makan nasi lembik. Makan nasi family yang aku buat lembut la sikit. Masih suka makan sup ikan merah ngan sayur karot/kentang. Dan sangatttt suka tau fu fa..ye membesarlah sebagai johan..

tension kena nebulizer, sampai bukak baju sebab nangis berpeluh2

 Budak bambam semalam ni..tak boleh renggang sekejap pun.

Oh nak share jugak, ujung minggu lepas aku masak sup gearbox. Nak tau? gearbox itu adalah dari lembu korban. Gila lama dalam freezer kan. tapi sebab dalam Deep Freezer, maka rasanya masih lagi sedap, manis daging tu masih ada. Aku guna resepi sup kat dalam buku "Resepi Sup" memang marveles. Abang pun cakap sedap. Buat sambal kicap sket..malam tu aku bawak ke rumah adik ipar aku. Makan ramai-ramai. Anak2 sedara pun cakap sedap maknanya memang sedap la kan..

Sup Gearbox versi Angah.
Esok nak pegi Muadzam Shah, ada meeting pastu nak pegi Kg. Meripoh, Keratong. Nak tengok jalan ngan bekalan air luar bandar.

Sabtu nak bangun lambat..boleh?

7 comments:

Jojoe said...

aku sabtu exam..kena bgn pagi masak nasik lauk dulu.. pastu pegi kolej.. pastu gi keje mebi smpai petang...

aku pun baru gak aritu ms gearbox.. dah la x penah makan.. setonggkol je dlm piuk hehe tapi habis gak cuma x reti sgt nak sedut2 tu..

ko masak mmg sedap ngah..wpun x penah rasa lagi.. tp dah bole meniaga tu dgn repeat orders mmg bole on latu.

Amy Z! said...

bambam nya Riefqi nih. haha.

duduk nurseri, kalau tak jangkit, mmg tak sah. alahai. sampai kena nab tu, sebak jugak la. kesian kat anak.

sabar je la~

Dinas Aldi said...

Si Bambam tu muka Angah sebijik diri la, hehe.

Tapi sedih lak tengok dia kena pakai neb tu..

Ummi said...

akak pun nak bangun lambat hari sabtu, tapi bolehkah?

macam nak sewel skrg ni, letih sungguh, oren sms akak tiga kali pun akak tak leh nak jawab

nufah pun kena neb last two week, semalam plak nufah dan damya vomit, tension akak, bawa jumpa doktor, dia cakap ok aje

semoga anak kita semua kembali sihat

oren said...

aku pon hari tu, ingatkan si mira sekolah 3 hb..rupanya 4 hb..tp mmg amik cuti, sbb the boys start hari selasa, 3hb..tu pon, bukan sekolah..lepas byr yuran, dah bleh balik..alahai..

wan nurul hezrina said...

ciannyer riefqi kena amek gas2=(semoga jauh2kan sakit tuuh ek..

nampak mengancam btul sup gearbox tuh..huhu..mesti layannn jer makan

Irfa said...

tu ari kecoh kata cuti sampai 3 hb.padahal yg cuti budak bukan mak budak.huhu..