Monday, July 30, 2012

KEPENATAN

Tajuk tak hengat hikhik

Cerita hujung minggu yang penat sebab kerja2 untuk rumah dah start. Bilik Arief dah siap cat. Tinggal cat siling. Hari ni cat bilik Adneen ngan bilik aku pulak. Sepanjang Sabtu ngan Ahad aku mengemas benda2 yang dah lama sangat dalam plastik hitam. Beli tong toyogo 5 bijik pastu start sorting barang2 dan labelkan sebelum campak dalam store. mana2 baju2 lama anak2 yang dah tak pakai tu ada yang elok aku nak dermakan, yang teruk tu buang je la.

Jumaat lepas berbuka rumah adik ipar. Beli je lauk sikit. Pastu Sabtu buka rumah adik ipar yang satu lagi. kali ni meriah sebab ayah mertua pun join sekali. Aku masak lemak udang dengan nenas, goreng ikan kerisi. Pot luck la kiranya. Wahhh rasa nak terbang bila ayah cakap masak lemak sedap. Bertambah dia makan. Malam tadi berbuka kat kedai. Makngah tak daya dah nak masak. But a bit dissapointing la.. dulu sedap makan kat situ. Tukar tukang masak gamaknya.

Perjalanan Menuju Kekurusan
Masuk minggu ketiga kan..so pagi tadi naik timbang lah. Bulan puasa ni aku akan naik timbang awal pagi gak ler. Kang naik masa nak buka tak aci plak kan. Started with 74kg.. pheww!! sekilo lebih berat dari mengandung 9 bulan hokay! no thanx to hormon haywire! pagi tadi timbang dan berat terkini ialah 71.7kg. Ok lah..maknanya average 1kg seminggu.

Oh..nak kongsi jugak disamping aku start ngan HL. Member aku kenalkan aku pada program V3SR. Program diet selama 7 minggu dengan gabungan supplement dan krim sapu. Memula aku keberatan utk cuba sebab dah start HL kan. Tapi disebabkan V3SR ni boleh diambil bersekali sebab takde percanggahan keperluan diet antara kedua2nya maka aku setuju lah untuk cuba. 7 minggu pun. Cuma ada pantang ais, ayam dan daging which is ok sebab memang aku lebih suka ikan. Aku dah start selasa minggu lepas.

Produknya ada 4 iaitu maharani, lactolite, krim bio ever dan mineral coffee..harga agak mahal *pitamm

Now.. ada beza ke?

Ok..dengan gabungan ni aku rasa aku hilang banyak inci berbanding dengan HL alone. Walaupun aku baru hilang 2kg saja.. tapi aku dah muat balik pakai blaus ms read aku yang saiz 14. A good start kan.. kulit aku pun makin supple..aa..rasa lembut lembap gitu..

So sekarang ni menu harian masa puasa ialah :

Sahur
Aloe
lactolite + maharani
HL Shake (3 F1 + 1 F3 + 2 mix cereal)
Tamar
Air

Iftar
Makan macam biasa..kurangkan nasi, lebihkan sayur, buah dan ikan
Air
kuih

Moreh
lactolite +maharani
Mineral coffee
Biskut/buah
Air

Sblm tidur
Aloe

Aku hentikan kejap pengambilan teamix sebab tengah ambil lactolite. fungsi sama je. Yang krim tu sapu kat 7 spots pagi ngan malam.

So tengok la keputusannya nanti camne. Kalau sekarang aku pakai baju siap saiz 44 atau 46 mana tau mas araya nanti boleh pakai 40 ke kann... Usaha tangga kejayaan!

Monday, July 23, 2012

RENCAM

Lama tak update. Cerita rutin hidup yang lemau. In point form lah...

Perjalanan Menuju Kekurusan
Aku dah dapat stok HL tu kan..so minggu lepas aku cuma replace dinner saja dengan shake. Sebab aku nak bagi badan tak terkejut. (sebenarnya sangat suka makan haha) Minggu ni baru full swing. So disebabkan bulan puasa kan..ini adalah jadual yang aku ikut (harap2nya lah)

Sahur
Shake + teamix + aloe + kurma + air masak

Berbuka
Shake + kurma + teamix+ air masak

Makan Malam (beberapa pilihan)
- ayam/ikan dan sayur + buah2 + teamix
- sandwich + buah2 + teamix
- sup sayur + buah2 + teamix

Sblm tidur
aloe + air + kurma

Ini cuba projected menu lah..tengok lah kadar keserasian dan kadar keboleh tahanan aku terhadap godaan makanan2 masa bulan puasa ni hahaha..

Anyway..dah turun sekilo. tepuk tangan!

Ramadhan 2012
Puasa pertama sabtu lepas..berbuka dengan famili aku kat Klang. Seronok sangat sebab pakcik aku (adik emak) satu famili datang berbuka kat umah. Semalam balik Kuantan. Berbuka kat rumah la masak sendiri. Bertekad untuk tak mengunjungi pasar ramadhan! Abang Arief kata nak puasa penuh. Bangun sahur pun senang tahun ni. Tapi aku tak la beri penekanan sangat sebab puasa belum wajib untuk dia. Kalau dia nak sahur pukul 7 sblm pegi sekolah pun takpe. Takde paksa2.. cuma galakan saja.

House Renovation
Kat Klang aku sempat rembat stove and hood jenama Effegi. Offer dan aku dapat RM1,100 je. Warranty motor 10 tahun, warranty stove 2 tahun. I like! Bahan2 binaan pun dah sampai. Hari ni start la kerja. semua serentak termasuk water proofing, tukar menda2 patut kat tandas, tukar pintu letak kapur siling sikit bagi emsem, cat rumah jugak. Lepas dapur siap semua baru buat pagar dan tiling porch. Pagar depan aku tuka rke tepi dan buat pagar yang lebih besar..biar 2 kereta masuk ngam2 tak payah menyenget. bedentum bedentam aku habis dalam 80K. Takpe rumah sendiri. Nak buat biar puas hati!

Esok aku buat entry pasal penyusuan di bulan Ramadhan pulak. Nak kejar masa ni. Aku nak pegi HQ ada meeting esok. Buka puasa kat hotel ler mlm ni..nyampah!

Thursday, July 12, 2012

PERJALANAN MENUJU KEKURUSAN

Nampaknya perjalanan menuju kekurusan akan bermula awal sebab HL untuk bekalan 4 bulan dah sampai. Akan mula esok.

Sebab aku ni lactating mom jadi resepi HL aku adalah agak full. Takut aku yg terketar2 nanti.

So resepi aku camni. Utk breakfast ngan dinner.
150ml susu
3 scoops F1
1 scoop F3
2 scoops mix cereal or oats
*shake well pastu tambah air sejuk sampai jadi 500ml dan shake lagi.

Bangun tidur amik 10 drops aloe.
Breakfast ngan shake
Kudapan ngan buah
Lunch mcm biasa
Kudapan ngan buah
Dinner ngan shake
Minum teamix in between meals.
10 drops aloe sblm tidur.

Jom kita!

Nak beli HL ngan aku pun boleh. Tinggalkan email utk harga yg aku offer.


Sent from Samsung Galaxy Note

Monday, July 09, 2012

JOURNEY BEGINS

14:18
Minggu depan akan bermula fasa menurunkan berat badan. Doktor cakap masalah hormon aku dah makin ok. RIEFQI pun dah 21 bulan. Aku akan consume Herbalife mcm aku buat tahun 2008 dulu. Kalau dulu aku berjaya turunkan 20kg..tapi dibantu lara hati hahaha...kali ni kena target 20kg jugak lah kan..

Jumpa geng2 pengadil ckp aku gemok haih..takpe derang tak tau masalah aku. So target aku nak ilang 20kg sampai bulan 2 thn depan. Sblm Le Tour De Langkawi. Sebab aku nk aktif balik aktiviti pembasikalan.

Aritu aku ada ckp nak concieve. Since Plan tu kena postpone sampai bulan 2 at least.. maka boleh la labur duit sket utk kecikkan saiz pinggang ni..

Doakan la aku istiqamah. JANGAN HOT HOT CHICKEN SHIT.


Sent from Samsung Galaxy Note

14:53
Testing another application on note..


Sent from Samsung Galaxy Note

Wednesday, July 04, 2012

OPETS...TESTING NOTE




Sent from Yahoo! Mail on Android

WEDDING PICS

Saja nak tepek wedding pics adik ipar aku..ni yang snap2 sendiri je la..yang official blom siap..harap banyak la gambar ai yang gojes hihi..


Lepas nikah. Gemoknya aku huhuhu



Makan Beradab kat majlis sebelah pengantin perempuan. Aku, adik ipar dan mak mertua..


Ni majlis menyambut menantu, sebelah aku la..1 Julai. Very the pink kan..

Khemah tetamu..meletopss

Ni pak mertua aku..mcm Ustaz Azhar Idrus kan hihi..
Wedding yang simple but elegant. I like sangat.

Semalam lepas pegi lawat tapak program bekalan elektrik sempat la menyebok kat sekretariat basikal kat temerloh. Pastu balik terus lah..2 minggu tu...

Saya tinggalkan anda dengan sedikit quotes..

"REVENGE CAN BE BITTER SWEET BUT IF YOU SIT BACK AND WATCH KARMA CAN BE PURE ENTERTAINMENT"

So let me sit back and just watch...just watch..

Monday, July 02, 2012

SUKMA


Sukma dah nak start. Handle kids sensorang la 2 minggu ni. Blessing in disguise. Aku dah arrange jadual kerja supaya tak perlu bermalam. Meeting kat hq pun aku mintak dikecualikan. Boleh balik awal n lepak with kids. 

Tapi aku pun cerdik. Nak buat byk pemantauan sebelah2 Temerloh..boleh tengok race haha..

Oh..aku sambar oakley bottlerocket polarised black iridium lense untuk aku dan oakley split jacket polarised monochrome lense utk abg. Hadiah wedding anniversary yg tertangguh. Harga? 4 angka utk 2 pasang ni..oh pastu aku sambar plak oakley gascan utk feeling2 mak datin.

Kes mahkamah aritu sambung bulan 8. Hmm..letih laaa..tapi dah kerja kan. Hadap je la.

2 hari sebok ngan majlis kawen adik ipar. Alhamdulillah everything went well. Nnt aku tepek gambar lah. Dapat dah sorang lagi menantu pempuan.

Menjawab soklan2..aku ok jgn risau. Tu yg proceed plan renovate rumah tu. Legal move pun proceed gak. Nak bg cerita cepat habis. Lama sangat dah telenovela..penonton dah boring kihkihkih..



Sent from Samsung Galaxy Note