Monday, July 30, 2012

KEPENATAN

Tajuk tak hengat hikhik

Cerita hujung minggu yang penat sebab kerja2 untuk rumah dah start. Bilik Arief dah siap cat. Tinggal cat siling. Hari ni cat bilik Adneen ngan bilik aku pulak. Sepanjang Sabtu ngan Ahad aku mengemas benda2 yang dah lama sangat dalam plastik hitam. Beli tong toyogo 5 bijik pastu start sorting barang2 dan labelkan sebelum campak dalam store. mana2 baju2 lama anak2 yang dah tak pakai tu ada yang elok aku nak dermakan, yang teruk tu buang je la.

Jumaat lepas berbuka rumah adik ipar. Beli je lauk sikit. Pastu Sabtu buka rumah adik ipar yang satu lagi. kali ni meriah sebab ayah mertua pun join sekali. Aku masak lemak udang dengan nenas, goreng ikan kerisi. Pot luck la kiranya. Wahhh rasa nak terbang bila ayah cakap masak lemak sedap. Bertambah dia makan. Malam tadi berbuka kat kedai. Makngah tak daya dah nak masak. But a bit dissapointing la.. dulu sedap makan kat situ. Tukar tukang masak gamaknya.

Perjalanan Menuju Kekurusan
Masuk minggu ketiga kan..so pagi tadi naik timbang lah. Bulan puasa ni aku akan naik timbang awal pagi gak ler. Kang naik masa nak buka tak aci plak kan. Started with 74kg.. pheww!! sekilo lebih berat dari mengandung 9 bulan hokay! no thanx to hormon haywire! pagi tadi timbang dan berat terkini ialah 71.7kg. Ok lah..maknanya average 1kg seminggu.

Oh..nak kongsi jugak disamping aku start ngan HL. Member aku kenalkan aku pada program V3SR. Program diet selama 7 minggu dengan gabungan supplement dan krim sapu. Memula aku keberatan utk cuba sebab dah start HL kan. Tapi disebabkan V3SR ni boleh diambil bersekali sebab takde percanggahan keperluan diet antara kedua2nya maka aku setuju lah untuk cuba. 7 minggu pun. Cuma ada pantang ais, ayam dan daging which is ok sebab memang aku lebih suka ikan. Aku dah start selasa minggu lepas.

Produknya ada 4 iaitu maharani, lactolite, krim bio ever dan mineral coffee..harga agak mahal *pitamm

Now.. ada beza ke?

Ok..dengan gabungan ni aku rasa aku hilang banyak inci berbanding dengan HL alone. Walaupun aku baru hilang 2kg saja.. tapi aku dah muat balik pakai blaus ms read aku yang saiz 14. A good start kan.. kulit aku pun makin supple..aa..rasa lembut lembap gitu..

So sekarang ni menu harian masa puasa ialah :

Sahur
Aloe
lactolite + maharani
HL Shake (3 F1 + 1 F3 + 2 mix cereal)
Tamar
Air

Iftar
Makan macam biasa..kurangkan nasi, lebihkan sayur, buah dan ikan
Air
kuih

Moreh
lactolite +maharani
Mineral coffee
Biskut/buah
Air

Sblm tidur
Aloe

Aku hentikan kejap pengambilan teamix sebab tengah ambil lactolite. fungsi sama je. Yang krim tu sapu kat 7 spots pagi ngan malam.

So tengok la keputusannya nanti camne. Kalau sekarang aku pakai baju siap saiz 44 atau 46 mana tau mas araya nanti boleh pakai 40 ke kann... Usaha tangga kejayaan!

9 comments:

LiLithFaiR said...

Besnyerrrr diettt pasni turn aku lakkk huhu

Dinas Aldi said...

Best of luck to you, Angah! Yg penting sihat kan :)

Irfa said...

teruskan usaha
mana tahu dapat pakai kebaya ketat raya ni.hehe

Ummi said...

wah bestnya angah :)

yang penting sihat :)

nonie said...

Lebih kurang sesaiz kita ni... Tapi, bila plak nonie nak start diet regime ni... Posa2 ni pun makan lalu je... Nasib baik ada tukang sedut lemak gak 2,3 jam, kalau tak harus macam di pam2... Anyway all the best!

izawani said...

Errr... akak nyer saiz 38. Nampaknya tak pepasal la aku akan kurus biarpun tak niat sangat pun nak kurus... makan skit jer...

Asalkan sihat, ok la kan ???

oren said...

berapa plak harga yg nak pitam tuh? hahahaha....

aku rasa, aku dh kurang mkn..time berbuka, kdg mkn kuih jek..sahur pon, nasik suku jek..tu pon kdg tak mkn..napa mcm tak berapa nak muat gak baju2 aku?

aku pakai size besar..suka saiz 50-52..saiz yg start ngn 40an nih, agak menakutkan utk disarungkan..

Angah said...

Fiya
Sila beranak dulu yer

Kak Dinas
Tu la kak nak sihat..rasa berat dah ni

Irga
Kebaya ketat? erkkk

Ummi
Dah penat bawak badan

Angah said...

Nonie
Angah ni ada tukang sedut pun x gak susut alahai

Izawani
38! wahhh harus ku kejarrrr

Oren
haih memang pitam.. aku plak kena pakai yg ngam saiz.. rasa gedobos sangat kalu besar2 especially part bahu tu