Thursday, May 29, 2008

Some thoughts

I've been thinking on few serious thoughts lately... things that happened or should have happened or should not happen that have impact on my life. Things which in one way or another changed me and the way I see things, the way I perceive things.
Someone... nooo.. almost everyone tells me that apa yang berlaku ada hikmahnya. It's up to us really to discover what is the hikmah right? the big question is HOW? I don't have the answer too.
A friend of mine, gave me a call, she had a problem. She was stuck, didn't know what to do, dialled my number and poured everything out.... well I listened but say nothing..
She came to my office just now... and we had a long conversation.. and she off she went home...seriously I didn't give her any advice..I just listened and asked her to to 1 thing, at least for now......
Accept and face the fact that it's already happen.. that the damage is already done. Without accepting that, she will remain in denial stage..by accepting the fact, she will regain her focus and rationalise, ultimately finding her ways to settle the problem.....the very concept of redha...
I pray for her strength...
Now a happy news... got a call from a dear friend of mine IV, she's expecting her third bundle of joy...maybe in February or March.. I'm happy for you dear muahhhssss... (she gave me her permission to announce the news)
So Kakak Alya and Abang Hadif.... selamat dapat adik!!!!
Now cerita kerja..... MB baru is coming tomorrow afternoon after Jumaat prayer... the office is busy preparing everything. I'm just gonna sit and relax... can or not?
Now family story.. plan for the weekend? Emak and my little sister will be going to JB, to my other sister's place. I'll be joli katak at Sunway Lagoon with dearest hubby and both my kanak2 ribena... since free tickets I've got still valid until July, and to make up last weekend tak jadi punya getaway... and just to pour out my happy feeling because abang decided not to join SUKMA in Terengganu.... that he'll be here the whole of next week...I am a happy woman in that sense....oh yes.. I'll be on leave on Monday....

Tuesday, May 27, 2008

Rambles..

Terima kasih atas ucapan via sms, blog, calls... aku aminkan semua doa kalian.. semoga berkekalan kebahagiaan dalam rumahtangga aku. Mana ada rumahtangga yang aman sentiasa kan, mesti ada sikit-sikit gaduh, salah faham, merajuk, tak puas hati dsb. Tapi itu semua asam garam yang buat kita lebih matang. Lidah pun tergigit....
Mana mudah nak capai ideal dalam perkahwinan kan.. ambil contoh mudah, umur aku masa kawen 25, abang 28.. jadi personality aku yang dah terbentuk selama 25 tahun tu pasti perlukan masa untuk faham personality abang yang dah dibentuk selama 28 tahun kan... sampai sekarang pun kengkadang aku rasa macam abang tu alien jek.. when things don't follow my way of course ehehehe...
Bila sesuatu benda berlaku, macam bebaru ni la, walaupun amatla menyakitkan hati, doa aku agar hati aku tetap dan tenang dalam melayari perkahwinan ni. Aku juga anggap benda yang berlaku tu sebagai alarm atau wake up call. Mungkin ada benda yang aku take for granted, mungkin ada benda yang sebagai isteri aku terkurang ke hapa.... aku bukan la a perfect wife but I'm trying my best to be one. Whatever it was... REMEMBER!!!!! I AM THE BOSS LADY!!!Macam entry aku yang lepas la... I CHOOSE TO BE HAPPY...
4 tahun tinggal berasingan, ramai tanya aku camne survive? Aku takde jawapan sebab mana da manual tinggal berasingan yang boleh dirujuk ye tak? Aku cuma live day by day, hadapi apa jugak yang mendatang. But I also think that 4 years is enough la... anak aku pun tahun depan start sekolah. Jadi aku pun dah menghantar surat ke Jabatan berkaitan untuk mintak tukar ke Pahang. Hopefully dapat... aku perlu doa kalian sekali lagi....
ANNIVERSARY CELEBRATION
The initial plan was a getaway, only 2 of us la....anak2 tinggal ngan nenek.. tapi kita hanya merancang kan.. Abang demam la plak, terpaksa la kensel itu plan dan kensel itu booking. Mujur la tak kena charge ke hapa... mujur hotel tu dalam daerah aku bertugas ni jugak ekekekeke
Jadi kami cuma lepak kat rumah je la, I'm being a wonderful wife had to nurse a sick husband. lenkali kita pegi wokeh...
SELINGAN.......
I MIGHT BE FAT.....BUT YOU ARE UGLY.....AND I'M ON DIET!
TAK FAHAM?
AKU MEMANG GEMUK.... TAPI KAU TU HODOH... AKU GEMUK BOLEH DIET KURUSKAN BADAN... KAU HODOH CAMTU JUGAK LA...

Friday, May 23, 2008

Hadiah untuk Hubby

Tadi pi meronggeng ngan officemate. Carik hadiah untuk abang plak. Aku bawak member aku sebab nak pinjam hidung dia. Hidung aku kekurangan deria bau. Aku selsema. Aku nak belikan abang perfume. Itu yang praktikal sebab perfume dia dah tinggal sikit sangat. Aku teringat minggu lepas lepas makan malam, tengah siap2 nak keluar plak... abang suruh aku amik air sket. Aku tanya la nak buat apa... jawapan dia.. jeng jeng jeng.....nak tambah kat dalam botol perfume ekekekekeke... there and then aku decided nak bagi perfume saja la sbg hadiah. Practical dan itu yang dia perlukan pun. Nak belikan jeans memang tak termampu poket ku huhuhu
Try beberapa jenama...konsep hubby aku ni dia akan gunakan perfume yang aku suka baunya.. sendiri pakai mana bau weh..... so sebelum ni aku 'pakaikan' dia Polo Romance dan Calvin Klein Truth. Bau yang amat 'delicious' bila dah bercampur peluh pada standard hidung aku la....

Try jenama A - kuat sangat menusuk hidung
Try jenama B - lembut sangat plak
Try jemana C - macam bau toilet cleaner (ni kawan aku cakap)
Cium biji kopi
Try jenama D - macam sedap juga
Try jenama E - macam sedap juga
Cium biji kopi
Try semula jenama D dan E - D lagi sedap
Hidung aku nak surrender dah sebenarnya ekekekeke

Ini la hasilnya... harganya cuma 1/3 jer dari harga jam yang abang belikan. Nak belikan yang 100ml kang lambat sangat habis....

Untuk aku sebotol Kenzo Flowers. Cantikkan botol dia.. bau pun sweet jek... perfume aku yang abang beli masa Le Tour De Langkawi pun dah tinggal sikit sangat.

Bila nak bagi? Malam ni sebelum tidur. Motif? Lu pikir la sendiri......

Early Gift - 6th Wedding Anniversary

2 hari lagi genap 6 tahun aku bergelar isteri.. the Boss Lady eheheh... Oren pun kongsi tarikh yang sama ngan aku.. dia advanced sebab dah ada 3 cahayamata *Larriikkkkkk*

Abang bagi aku early gift sebab dia kata tak reti nak suprise.. buleh? aku boleh jek. Thanx abang for the gift. So tahun ni aku dapat jam yang personally dipilih oleh abang cap Solvi Titus yang berharga teeettttttt.... sebab jam aku yang abang bagi sebelum ni, masa birthday ke 27 dulu tali besi, kali ni tali kulit la plak...
Motif bagi malam jumaat? muahahahahhaah

Aku dah pakai hari ni pegi opis... abaikan tangan aku yang gumuks tuh..... aku suka nampak cantik... have to admit la abang memang got an eye for these things la...

Tapi dalam banyak banyak hadiah abang bagi pada isterinya ni, 2 orang kanak2 rebina ni la hadiah terhebat pernah diberikan pada aku. Inilah hadiah yang aku akan jaga sampai bila2....

Nak mantik2 punya entry minggu depan... now I want to show off my new watch ekekekekeke

Thursday, May 22, 2008

Rosak!!!

Semalam aku cuti sebab kereta aku rosak. I was on my way to the office, sedap2 dengar radio sepanjang perjalanan pagi yang tak sibuk (sebab aku keluar awal) Dah lepas Setia Alam.. dah masuk NKVE, dah nak sampai susur Shah Alam bila aku terperasan yang temperature kereta aku naik mencanak! I was like sh*t man! not here not now!. Aku berenti tepi hiway tuh, matikan enjin dan lepak kejap, tunggu enjin sejuk sebab aku nak cek air ngan minyak itam. Kalau enjin masih on boleh la bukak, ni dah off kang menyembur air radiator... kena muka.. habis muka aku yang lawa nih.
So aku tepon abang, sebab abang memang ada kat sini. Kat Kiara to be exact sebab dia ada renovation project untuk duplex condominium kat Jalan Ledang. Projek FIL sebenarnya, anak tukang jaga jek.
Well, I waited for a full half an hour and tried to start the engine but to no avail. Ini sudah sah ada masalah besar. Told him the problem and did what he instructed me to do. Tunggu lagi setengah jam, tengok air radiator ok, tengok minyak itam pun ok! Try start lagik pun tak boleh. Jadi aku duduk la menengung kat tepi highway tuh sensorang sambil diperhatikan oleh passers-by dekat sejam lebih sebelum abang datang to the rescue bersama apek tow truck.
Rupa-rupanya waterpump sudah tak function daaaaa... patutla overheat sebab air tak masuk enjin. Kesimpulannya gaji aku bulan ni akan digunakan untuk baiki kancil aku tuh. Banyak jasanya tuh.... dekat 3 tahun berulang alik Klang-Putrajaya. Errrrr mungkin aku akan gunakan Hikmat Cakar Harimau jurus 8 untuk buat abang bayar itu bil.... it might work kan?
Alang2 aku dah lambat nak masuk opis aku pun tepon Boss cakap cuti sebab nak settle kereta aku tuh, abang had to rush back to Jalan Ledang to monitor the work progress. Tau la kerja kat Condo tu cuma office hour jek, ujung minggu tak bleh kerja.
Hari ni aku gi kerja abang hantar. Blessing in disguise kan... kereta rosak boleh mantik2 ngan hubby. Sebabnya abang tidur kat Kiara (rumah yang owner condo tu sediakan) Tak le jauh nak berulang ke Jalan Ledang tu, lagipun pekerja abang import dari Kuantan. Kesian kat derang plak tak tau jalan. Sesat barat tak pasal. So mlm td tdo kat umah, lepas hantar wife kesayangan dia ni, dia amik plak bebudak tu kat Kiara dan pi kerja. Petang plak hantar bebudak tu ke Kiara dan amik aku, sampai la kancil aku siap dibaiki. Malam ku tidak sejuk lagi lalalalalala
Tadi meeting persediaan MB nak datang opis Jumaat depan. Aku angguk2 jer sambil makan asam hahahaha
On my previous entry.... I spoke to the person and the person understood well that I'm the Boss Lady!