Friday, April 18, 2003

Cerita Malam

+ Malam ni ada tayangan amal untuk Tabung kemanusiaan Mercy Malaysia anjuran Jabatan Akademik tempat aku cari rezeki nih. Aku jadi emcee, kerja biasalah tuh.

+ Malam semalam aku tengok VCD cerita hantu dari Korea "The Eye". nak kira lebih kurang The Sixth Sense jer whereby watak utama tu boleh nampak dead people. Cuma bezanya dalam The Eye, dia boleh nampak lepas pembedahan mata. Best juga cerita. Bolehlah aku anggap sebagai seram. takde pun muka2 roh atau hantu yang menakutkan macam dalam kebanyakan cerita seram Hollywood. Sound effect dia memang bagus.. banyak menolong menaikkan sense of thriller dalam citer nih. Abangpun kengkadang tutup mata tak tahan suspen.. benda yang patut appear belum appear pun lagik ehehehe.

+ Malam tadi aku cuma masak sambal sardin ngan goreng telur. Tapi sebab family abang tak pernah rasa sardin masak cara camtu, maka lakulah sambal sardin aku tuh. Resepinya puan2 sekelian ialah dengan menambahkan serai dan halia ke dalam sambal itu. Lain kali Lin masak lagik ek bang...

+ Malam esok aku akan berada dekat ngan emak. Esok nak balik Klang. Rindunya dengan emak dan Noni. Rindu ngan lempeng cicah sambal santan tempe yang selalu emak buat masa aku kecik2 dulu. Noni macam biasalah, tau jer aku nak balik.. sehari dua tiga kali telefon confirm, pesan coklat manjang. Kak Lin ingat... nanti Kak Lin belikan ler. Ahad nih hari sukan di sekolah Noni.. siap mintak aku hantar dan sorak masa dia berlari.. ehehhee segan aku nak bersorak tua2 nih. Angguk jerlah masa dia merengek mintak aku pergi.


Thursday, April 17, 2003

+ Aku biasa bagi orang pinjam barang aku, duit aku.... tapi kengkadang ada yang buat harta, ada yang buat2 tak tau..Camne nak settle tu?

Hangin satu badan
Aku biasa dengar orang tak cukup duit bila sampai tengah bulan, kalau dah berkeluarga aku faham juga, kalau banyak tanggungan tapi punca pendapatan cuma satu aku tetap faham. Tapi kalau orang yang mengadu tak de duit tu orang yang masih belum berkeluarga, yang tak perlu menganggung apa2 kecuali diri sendiri, yang gajinya sama banyak ngan aku mmg aku hangin satu badan. ( uiks.. naper laks aku yang hangin eheheh). Yang aku perhatikan mereka yang jenis nih, tak pandai berbelanja. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Bil telefon mencanak, kalau yang pompuan tuh biasanya maintainance tinggi ler... barang penjagaan muka dan badan mesti beratus habis.. belum nak kuar ngan member lagik, tengok wayang, beli pakaian branded etc etc bla bla bla.. the list goes on....abih camno nak cukup duit?

duit habis pada benda2 yang pada aku tak perlu, tak de kepentingan.. tapi itu pada aku, pada mereka yang dah memang biasa berbelanja camtu.. mungkin pentinglah kan.. Tu yang bila dah rasa nak kawin kena tangguh, kena tunggu sbb nak kumpul duit.. even worst pinjam bank. Anak dah berderet hutang tak habis bayar lagik.. Senario yang biasa sangat aku tengok.. So aku rasa perancangan perbelanjaan bulanan tu penting. Biarlah susah sikit, tak pakai benda berjenama pun tak per.. janji aku tak kesempitan duit.. kalau akau rasa nak makan sate tengah2 bulan, aku boleh jer drive gi makan sate.
Hamba Allah : " boleh tolong tak... nak pinjam duit sket lah.. cukup bulan aku bayar balik ler.."
Aku :" cukup bulan yang keberapa nak bayar balik?"
Hamba Allah : "tak nakbagi cakap jerlah.. tak payah ler perli"
Aku : dalam hati ( eh budak ni.. dia pulak marah aku...) "bukan perli, ingatkan jer.. aku pun banyak benda nak pakai duit"
hamba Allah : "tak perlah... aku tau aku sapa" (pergi membawa hati dan mulut canang kat orang lain pasal aku kedekut)

Camne aku tak hangin!!!!!


Tuesday, April 15, 2003

+ Esok pegawai Pengesah Luaran MLVK nak datang tempat aku.. nak pantau kualiti pengajaran dan tempat belajar. Maka aku kena menyibukkan diri menyiapkan fail subjek. Mujur semer tutorial dan latihan dah settle.

+ Hari ni juga ada perasmian pesta sukan kat tempat aku. Tak terlibat pun tapi aku akan promosikan tayangan amal Tabung Kemanusiaan MERCY ngan iza. student pun nampaknya interested nak tengok.. good for them.

+ Aku selalu memikir kalau aku marah ngan orang, patut ke aku luahkan kemarahan aku pada empunya diri atau aku lampiaskan kemarahan tu dengan cara lain. Masalah aku ialah aku cuma pandai pendam kemarahan tapi aku tak tergamak nak cakap ngan orang tu. Mungkin tak baik untuk aku kan.. tapi katalah aku face to face ngan orang tu, dia dapat tak terima teguran aku nanti.. aku takut aku yang burst :D. Abang selalu nasihat aku, jangan simpan dalam hati sebab sekali dia meletup teruklah.. ntahlah, aku akan cuba tapi aku tak tau bila akan berhasil.

Dalam pada memikir tuh aku jumpa ni dalam inbox email aku. Ada juga betulnya tapi ada juga yang sipi sipi.. biasalah..
Know your temper

LIBRA September 22 - October 22
Did someone say that you are the charmers of the zodiac? Well, it's true. Few have ever seen you ruffled or angry. You are very conscious of your image, and you believe that anger distorts your face and personality. You also think you are above things like anger. But wait before you get into self-congratulatory mood. Your family or those very close to you know you better. You have an unmatched temper amongst all the zodiac signs, and what makes it worse is your capacity to justify it




Monday, April 14, 2003

Misteri... nak percaya ke tak?

Nak percaya pun susah, tak percaya pun susah. Aku biasa dengar kisah pelik dan mistik yang berlaku. aku tau bukan manusia jer yang tinggal kat dunia ciptaan Allah ni dan aku juga tau selain manusia hanya jin dan syaitan sahaja yang ada. Jadi mana datangnya bunian, hantu jembalang yang diperkatakan orang selama nih. Dari segi lain pulak ada jer kes kes yang melibatkan makhluk halus yang aku sebut tadi, histerialah, orang bela toyol, hantu raya dan bermacam macam lagi untuk kepentingan sendiri. Jadi haruskah aku percaya atau tidak?

Kes jelmaan makhluk2 nih dirumah rumah usang, timbul kat gambar yang diambil misalnya mengejutkan banyak pihak. Sampai orang putih sanggup jalankan kajian paranormal. kat Malaysia ada ker? nak kata aku tak pernah alami..rasanya pernah. Duduk kat asrama biasalah menda-menda camni.Kena tindih, dengar suara, rasa angin, dan kengkadang nampak....naik bulu roma. So camne nak jelaskan tuh?

Baru-baru nih aku tau yang kawan sekerja aku minat ngan bidang nih. Dan baru aku tau bidang ni dipanggil Parapsychology. Aku pun tanya cam pegawai polis. Dan baru kau mendapat penjelasan saintifik mengenai fenomena nih... Dia kata manusia ada energy atau aura sendiri dan setiap kali dia lalu satu kawasan, dia akan tinggalkan kesan aura nih. jadi kalau laluan yang dia biasa lalu maknanya aura dia banyakler kat situ yang dah diabsorb oleh persekitarannya. kalau misalnya dia ni meninggal mengejut, auranya tetap berada disitu dan playback akan terhasil oleh kerana tempat nih tak dapat lagik aura dia. sbb tuh jelmaan yang biasanya appear buat benda yang sama. Kalau dia biasa naik tangga..kemungkinan jelmaan tadi akan naik tangga gaks ler dan biasanya dia akan muncul pada waktu yang sama setiap kali.

Suara-suara dirumah lama laks lagi ler simple. Bangunan lama kan dah agak usang jadik dengan pengembangan dan pengecutan akibat suhu siang dan malam...tambah pulak ngan angin tuh yang jadi suara tuh. Itu sebahagian penerangan secara saintifik yang aku dapat.

Namun begitu ada juga kejadian yang kita sebagaimanusia tak dapat nak terangkan. Semuanya hanya Allah yang maha mengetahui dan Dia yang berkuasa membuat apa yang dia kehendaki. Kata ustaz aku dulu mungkin cara tu boleh buat orang insaf. Contohnya kalau dia sibuk menurun nombor ekor, sekali Allah jelmakan menda-menda depan dia mungkin akibat takut dia akan insaf.
+ Hari Jumaat ni aku balik Klang. Hari Ahad sampai Rabu depan aku akan melepak di Hotel Impiana, Kuala Lumpur untuk marking paper final. Ingat nak ajak geng jurnal central makan2.. nak juga kenal kengkawan baru.

+ Jabatan aku minggu ni buat tayangan amal untuk kutip derma MERCY Humanitarian Fund. hasil jualan tiket terus disalurkan ke sana. Usaha yang sedikit untuk meringankan beban saudara kita yang menderita.

+ Semalam abang gi memancing tengah laut. Hasil tangkapan mmg best. Ada ikan sembilang, ikan pari, ikan apa entah lagi yang aku tak kenal spisisnya. Ingat nak masak gulai tempoyak. Aku belajar memancing guna mata apollo. mmg best. Sekali dapat banyaklah sbb mata kail nya tu berangkai. Ada sesiapa minat memancing?

+ Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu bulan depan.. bulan yang istimewa buat aku dan abang.. I love you abang, thank you for being you and being mine.


Monday, April 07, 2003

Setelah 4 hari aku bercuti, hari ni aku masuk kerja balik. Malam tadi sampai agak lewat dari Klang, jalan jam.. kat Karak ngan Temerloh ada road block pulak. Mujur aku menghala ke Kuantan, yang menghala ke Kl lagi teruk. Pagi ni bangun tidur dan bersiap ke tempat kerja dalam keadaan mamai. Penat tak habis lagik. Kelas pulak 8.30.. rasa nak amik mc jer :D. Member seopis aku dah selamat melahirkan kembar.. tapi ada sedikit masalah dengan salah seorang kembar tuh. Sorang 3.4 kilo tapi yang sorang tu sekilo lebih jer. Aku ingat nak tengok nanti. Angah doakan semua selamat yer kak Zana.. :)

Balik kampung kali ni aku rasa best sbb adik aku pun balik. Lama tak jumpa dia sebenarnya. Makin kurus pulak dia. Satu cabaran pada aku untuk turunkan berat badan.. dan semakin 'comel' aku nih ehhehe. Emak pun sihat alhamdulillah. Cuma aku tengok dia tak menang tangan mengurut orang. Tapi daripada dia duduk diam tak buat apa... biarlah dia mengurut. Noni makin sihat. Aku bagi coklat, sukanya dia mengunyah sambil tengok kartun. Tak perlah dik.. makanlah, rezeki Nonilah tu.

Aku dah marking paper student, tinggal sikit jer lagi. Yang ok tu oklah, yang k.o tuh k.o jugak. Tapi aku tak dapat lari daripada rasa terkilan tengok beberapa skrip jawapan student aku. Menjawab macam main2 jer. Ikut rasa mau aku cantas jer bebudak nih.. tapi aku kesian pulak kat mereka.. tapi kalau asyik kesian sampai bila mereka nak sedar? Kengkadang budak fail, pastu datang jumpa aku cakap aku kedekut markah. Tapi layakke mereka untuk aku beri markah tinggi? Entahlah... bila aku tengok anak bangsa aku main2 masa belajar... aku rasa sedih sangat. Mereka ke yang akan menjadi pemimpin masa depan? Memanglah kejayaan tuh tak semuanya datang dapipada pelajaran tinggi, tapi itu bekal juga. Aku selitkan juga sedikit sebanyak aspek kerohanian dalam kelas.. aku nak bantu mereka nampak jati diri, yang terima alhamdulillah, yang masih tak bukak pintu hati tu aku cuma boleh doakan jerlah.