Misteri... nak percaya ke tak?
Nak percaya pun susah, tak percaya pun susah. Aku biasa dengar kisah pelik dan mistik yang berlaku. aku tau bukan manusia jer yang tinggal kat dunia ciptaan Allah ni dan aku juga tau selain manusia hanya jin dan syaitan sahaja yang ada. Jadi mana datangnya bunian, hantu jembalang yang diperkatakan orang selama nih. Dari segi lain pulak ada jer kes kes yang melibatkan makhluk halus yang aku sebut tadi, histerialah, orang bela toyol, hantu raya dan bermacam macam lagi untuk kepentingan sendiri. Jadi haruskah aku percaya atau tidak?
Kes jelmaan makhluk2 nih dirumah rumah usang, timbul kat gambar yang diambil misalnya mengejutkan banyak pihak. Sampai orang putih sanggup jalankan kajian paranormal. kat Malaysia ada ker? nak kata aku tak pernah alami..rasanya pernah. Duduk kat asrama biasalah menda-menda camni.Kena tindih, dengar suara, rasa angin, dan kengkadang nampak....naik bulu roma. So camne nak jelaskan tuh?
Baru-baru nih aku tau yang kawan sekerja aku minat ngan bidang nih. Dan baru aku tau bidang ni dipanggil Parapsychology. Aku pun tanya cam pegawai polis. Dan baru kau mendapat penjelasan saintifik mengenai fenomena nih... Dia kata manusia ada energy atau aura sendiri dan setiap kali dia lalu satu kawasan, dia akan tinggalkan kesan aura nih. jadi kalau laluan yang dia biasa lalu maknanya aura dia banyakler kat situ yang dah diabsorb oleh persekitarannya. kalau misalnya dia ni meninggal mengejut, auranya tetap berada disitu dan playback akan terhasil oleh kerana tempat nih tak dapat lagik aura dia. sbb tuh jelmaan yang biasanya appear buat benda yang sama. Kalau dia biasa naik tangga..kemungkinan jelmaan tadi akan naik tangga gaks ler dan biasanya dia akan muncul pada waktu yang sama setiap kali.
Suara-suara dirumah lama laks lagi ler simple. Bangunan lama kan dah agak usang jadik dengan pengembangan dan pengecutan akibat suhu siang dan malam...tambah pulak ngan angin tuh yang jadi suara tuh. Itu sebahagian penerangan secara saintifik yang aku dapat.
Namun begitu ada juga kejadian yang kita sebagaimanusia tak dapat nak terangkan. Semuanya hanya Allah yang maha mengetahui dan Dia yang berkuasa membuat apa yang dia kehendaki. Kata ustaz aku dulu mungkin cara tu boleh buat orang insaf. Contohnya kalau dia sibuk menurun nombor ekor, sekali Allah jelmakan menda-menda depan dia mungkin akibat takut dia akan insaf.
No comments:
Post a Comment