+ Hari Jumaat ni aku balik Klang. Hari Ahad sampai Rabu depan aku akan melepak di Hotel Impiana, Kuala Lumpur untuk marking paper final. Ingat nak ajak geng jurnal central makan2.. nak juga kenal kengkawan baru.
+ Jabatan aku minggu ni buat tayangan amal untuk kutip derma MERCY Humanitarian Fund. hasil jualan tiket terus disalurkan ke sana. Usaha yang sedikit untuk meringankan beban saudara kita yang menderita.
+ Semalam abang gi memancing tengah laut. Hasil tangkapan mmg best. Ada ikan sembilang, ikan pari, ikan apa entah lagi yang aku tak kenal spisisnya. Ingat nak masak gulai tempoyak. Aku belajar memancing guna mata apollo. mmg best. Sekali dapat banyaklah sbb mata kail nya tu berangkai. Ada sesiapa minat memancing?
+ Aku sebenarnya tak sabar nak tunggu bulan depan.. bulan yang istimewa buat aku dan abang.. I love you abang, thank you for being you and being mine.
No comments:
Post a Comment