Friday, March 11, 2005

Ikan pulang ke lubuk

Lama tak berupdate blog nih. Aku dikejar kesibukan berpindah. Alhamdulillah dapat jugak aku balik ke Pahang. 4/3/2005 dapat surat pertukaran berkuatkuasa serta merta, balik rumah terus mengemas barang2 dan angkut ke Klang. Ahad aku dah ada di Pahang dan Isnin tuh 7/3/2005 aku lapor diri pada boss baru. Aku akan kerja di Pekan. adalah setengah jam dari rumah. Tapi takpe, asalkan kami sekeluarga dapat tinggal sekali dah cukup. Cuma aku rasa tak efesien jer sebab cuma 2 bulan masuk ofis dah kena keluar semula utk DPA. Jadi 2 bulan nih aku cuma nak build up networking ngan pihak2 terlibat dengan kerja aku nanti.

Masuk nih dah 5 hari aku kat Kuantan nih, floating lagik huhuhuhu sementara ofis kat Pekan disiapkan. Masa untuk lepak setelah 2 bulan bertarung dengan paperwork, minutes, letters on tsunami. Dapat jugak call daripada ibu pejabat tanya itu ini. Ya lah... notis serta merta, petang Jumaat plak tu, mana sempat nak hand over kerja pada orang lain kan.

Ibu dan ayah dah ada kat lubuk, anak masih di luar lubuk. Teruna aku masih dengan neneknya di Klang. Rasa tak sesuai nak bawak dia balik last week sebab terkocoh-kocoh. Dia pun demam. Better tinggalkan dulu. Minggu depan ibu amik Arief ya. Teruna aku dah berjalan. Habis rata satu rumah dijelajahnya. Merangkak dah tak nak. Biar terjatuh kepala terhantuk lantai, bangun jugak menyambung langkah. Ayahnya dah berura-ura nak belikan basikal. Anak lelaki takpe ikut jejak ayahnya jadi pelumba basikal. Ibu dah letak syarat, education comes first, then only sports. Kalau anak perempuan ibu tak benarkan. Bukan sebab terlalu lasak tetapi terbuka aurat. Ikut ibu main hoki takpe.

Hujung minggu ni aku ke Tasik Chatin, Mentakab. Ada Pahang Trail Bike Challenge. Kalau dah muka aku memang kena buat result ler. Tahun ni jugak ada Sukan Remaja Pahang, preparation untuk ke SUKMA. As usual aku akan join Technical Team untuk lumba basikal. Seronok join co-curricular activity camni. All work and no play makes Angah a dull person. Ni lah cara aku nak apply knowledge dalam events management yang aku kumpul dulu. Ni jugaklah cara aku nak build network.

Iklan Penaja :

Tini, aku dah balik nih. Maka rancangan awal akan diteruskan. Aku nak jumpa ko untuk rancangan menghavockan kenduri ko nanti. Amacam? Nak tengok baju aku? hahahahahaha

No comments: