Masa sekolah kalau aku rasa tertekan aku akan bawak tikar, bentang bawah pokok jambu susu belakang rumah, lepak kat situ sambil tengok daun, tengok pokok, tengok tanah, tengok semut sampai aku rasa ok. Biasanya kalau emak nampak aku duduk sensorang kat bawah pokok tu, dia fahamlah anak daranya ni ada sikit krisis dalaman.
Masa kat U, kalau aku rasa tertekan, aku balik rumah atau lepak kat bus stop sambil tengok orang lalu lalang. Tengok cara orang berjalan, berpakaian, bercakap, make-up. Ini semua beri aku hiburan percuma.
Bila dah kerja, masa aku kerja di Kuantan dulu aku lepaskan tekanan hidup ni dengan berjalan kat pantai -how lame ! somehow dengan tengok ombak, pasir dan horizon aku rasa lapang. Bila dah berblog, ini jugak salah satu cara aku lepas tekanan.
Lepas kahwin aku lepas tekanan dengan lepak belakang bengkel abang, duduk kat jeti tu sorang2. Kalau aku tak ajak abang tuh maknanya isteri dia nih ada sikit bengong. Seronok duduk kat situ dengan angin sepoi2 bahasa, tengok scenery Sungai Kuantan.
Lepas dapat baby, aku lepas tekanan dengan tengok muka teruna aku masa aku nurse dia, masa dia tidur. Very calm in his deep sleep. Hilang segala serabut otak. Abang komplen dia kurang laku berbanding dulu hahahaha.
Sekarang ni duduk sorang2 kat sini, aku lepaskan tekanan dengan memandu. Aku akan memandu ikut suka kemana-mana jer. Usually aku end-up balik Klang jumpa anak. Walaupun aku tau keesokannya aku harus bangun awal dan memandu balik ke sini.
No comments:
Post a Comment