Friday, March 04, 2005

Lambat

Aku tak suka orang tunggu aku, dan aku juga tak suka tunggu orang. Jadi bila ada urusan dengan aku, atau ada benda yang melibatkan aku haraplah jangan lambat. Bila kita lambat secara tak langsung ada benda lain yang akan lambat jugak kan. Aku selalu percaya apa saja yang kita buat ada kesannya pada orang lain, ada impaknya pada sekeliling kita walaupun kecil. Kalau aku boleh buat kenapa orang lain tak boleh? jangan kata ada kekangan sebab lambat atau cepat ni banyak bergantung pada kita. Time management tu. Aku bagi contoh, kalau jenis bersiap lambat, silalah bangun awal supaya orang yang bersiap cepat nih tak menunggu. Kalau tau pukul 8.00 pagi tuh jalan sesak, keluar awal sikit.

Malam tadi aku balik lambat. Sampai rumah pukul 12.15 tengah malam. Tuntutan kerja nak buat camne. Sapa kata kerja kerajaan rilek? Masa aku kerja di Kuantan dulu paling lambat pukul 6 dah terpacak di rumah. Di sini lepas maghrib tak tentu lagi aku bangun dari kerusi tak berapa empuk aku. Sebab aku lambat buat kerja ke? Bukan... sebab aku nak siapkan kerja hari tuh supaya esok aku boleh start fresh dengan kepala kosong untuk buat kerja lain. But then, lain orang lain cara buat kerja kan. Aku kalau buat paper work ke, siapkan minit mesyuarat ke baik aku selesaikan semua kat opis. Kat rumah masa aku sepenuhnya untuk keluarga. Aku takkan sentuh kerja pejabat. Atau aku akan rasa aku tak berlaku adil pada family aku.

Aku selalu jadi yang terlambat kalau pasal gosip semasa. Tak amik pot pun eheh. Cuma kengkadang bila cerita dah basi baru aku tau. Lemau sungguh. Takper biar lambat benda2 lagha camnih.

Ada sesiapa yang tak pernah berhutang? Bohong kalau tak pernah! Biasa tak agensi yang beri hutang tuh telefon tanya bila nak bayar, pastu kita jawab nanti saya bayar, bila dapat gaji/saya takde masa nak ke bank/ and so son. pastu esok agensi tuh telefon lagi dan lagi dan lagi. Betul ler kita lambat kan, salah kita tapi kita tetap bayar kan. Tapi yang aku tak puas hati kalau agensi tu pulak yang lambat buat urusan. Cuba telefon, mampus la kena pass ke sana sini. Pastu pegawai cuti. Kalau kita memanjat opis jawapan apa kita dapat "dalam proses encik, bila dah siap kami telefon" kalau lambat aku boleh terima... tu bukan lambat. itu lembap. Sama jerlah benda ni berlaku kat mana-mana tempat pun.

Aku pernah lambat buat weekly checkup masa pregnant dulu. Wah! sungguh molek cara jururawat tuh menegur akan kelambatan aku. Lepas dia siap berceramah, aku amik kad dan blah terus. "Saya nak sambung check-up kat klinik swasta, bukan kerana facilities kat sini tak bagus, tapi sebab kakitangan tak bagus, saya rela bayar dan dilayan macam manusia berakal dan tahu malu daripada free tapi dilayan oleh orang kurang akal dan kurang malu.. " Biar dia tahu sikit tak semua boleh ditengking-tengking camtu. Aku kesian kat ibu-ibu yang takut nak menegur kakitangan camtuh.

Hari ni aku nak balik rumah, tak mahu lambat keluar ofis, takut lambat bertemu teruna aku. Ibu rindu...

No comments: