Isnin aku lapor diri tak ler stamp punch card. Hari selasa tuh aku sampai ofis 8.05 pagi. Rilek jerlah aku. Bila stamp, dakwat merah yang keluar. Silap aku jugak. Ingatkan waktu pejabat kat sini sama ngan Putrajaya. Lawak pagi Selasa eheheh....
Petang Isnin tuh ke tempat kerja lama jumpa kengkawan, jumpa boss. Lama tak jumpa. Macam2 berita terkini ler aku dapat. Ada yang dah kerja tempat lain, lepas aku keluar. Bakal ibu pun ramai. Woohooo dah ada bas baru! Jumpa jugak students aku dulu. Mengadu seperenggan dua. Aku dengar jerlah..
Aku cadang nak tengok Sepet sebab tak sempat nak menonton di KL. Malangnya Sepet tak sampai Kuantan lagik. Malang sungguh. Aku belum tengok tapi bila baca review gejuis lain.. rasa tak payah tengok pun takpe. Jalan cerita dah tau. Constantine pun baru aku tengok. OKlah.
Malam tadi tengok Braveheart. First time aku tengok tahun 1996 rasanya. Kat rumah lecturer aku Mr. Martin. Masa tuh kat matrik lagik. Sampai sekarang aku masih admire cerita tuh... FREEEDOOOOOOMMMMMM....mmg best, cuma sebab tengok TV kot jadi banyakler scene yang dipotong.
Hari ni balik pukul 12.50. Kelako kan, lagi 10 minit jer pukul 1. 10 minit pun mau kira ka? Tapi adatler.... 10 minit sebelum waktu balik dah siap berkemas dah kebanyakan warga kerja kat sini. Dah 5 hari ni aku perhatikan, 10 minit lepas waktu pejabat, lengang dah ofis. Adalah satu dua pegawai yang stay back.
Hari ni nak ke Temerloh. maybe stay kat Seri Malaysia. banyak jer inn kat sana cuma keselesaan tuh kurang. Esok aku akan bekerja ngan sekretariat akak2 pink.
Semalam di Mall
Dia : Lama tak jumpa Angah... kerja kat mana sekarang?
Aku : Kat Pekan.
Dia : Mengajar jugak ke?
Aku : Tak.. kerja opis
Dia : Kerja apa?
Aku : Keje gomen dah.. tumpang opis Pej. Daerah.
Dia : Lah.... elok2 mengajar kerja gomen pulak pot pet pot pet pot pet (berlegar dalam isu gaji tak banyak, birokrasi dsb)
Aku : tak per ler.. saya dah puas pegang duit.
No comments:
Post a Comment