Thursday, April 14, 2005

Anak2 Istimewa

Baru balik dari menghadiri Wacana Diraja. Persembahan pelajar sekolah sekitar Kuantan dan Pekan yang diadaptasi dari filem-filem lama. Sangat menarik dengan kostum pelbagai dan bakat anak2 sekolah.

Satu persembahan yang buat aku rasa terharu dan sedikit sebak ialah persembahan Joget Pahang dari Sekolah Pendidikan Khas Kuantan. Mula persembahan biasa saja hingga pada pertengahan muzik diberhentikan. Aku ingat kesilapan teknikal namun setelah dipaparkan imej jurulatih tari memberi arahan dan pengumuman MC baru aku tau anak2 istimewa ini menari tanpa mendengar irama tarian mereka. Mereka menari hanya berpandukan arahan jurulatih dan kiraan langkah. Bayangkan mereka menari tanpa dapat menikmati lenggok lagu dan kemerduan suara penyanyi. Aku terharu dan sedikit sebak dengan semangat mereka. Tuanku Sultan pun aku lihat mengesat mata. Tepukan gemuruh khalayak pun tidak dapat mereka dengari. Tapi riak wajah mereka menceritakan segalanya.

Bagaimana pulak dengan kita yang dianugerahkan Allah pancaindera yang sempurna? Berapa ramai antara kita yang benar2 mensyukuri nikmat ini? selalunya kita ni take it for granted kan? Termasuk ler aku. Melihat anak2 ini aku terfikir sendiri

Minggu depan kena menghadiri perasmian Program Latihan Khidmat Negara sesi ke dua di sini. Malasnya rasa nak pergi cuma untuk duduk dan dengar amanat perasmi majlis. Tapi dah tugas ku turutkan jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh mendengar kan

Tuesday, April 12, 2005

Mana kunci kereta ku?

Aku beri teruna aku makan, untuk tarik perhatian dia, aku beri kunci kereta aku untuk dia main. Banyak dia makan. Aku suka. Esoknya bila abang tanya mana kunci kereta, aku tak dapat jawab. Teruna aku berjaya menghaibkan kunci kereta tuh sampai hari ni. Hari ketiga in counting. Puas aku selongkar semua tempat tak jumpa jugak. Abang siap buat reward RM 5 pada anak2 sedara yang berjaya jumpa. Huhuhuhu kalaulah tak jumpa teruk ler nak buat yang baru. RM 1K lebih nak menempah di Itali sinun memandangkan yang ilang tuh master key. Kunci tuh ada kod untuk activate sistem kereta. Kunci lagik satu cuma boleh bukak pintu tapi takleh start keter. Aku gi kerja nih pun ihsan pak mertua pinjamkan pajero dia. rasa kerja ngan JKR jer ehehe...

Malam minggu lepas aku hadiri Pertandingan Karaoke Fiesta Media Idola. Tup2 bekas anak murid aku pun masuk sama. Kalau dulu ayu bertudung kini lebih "ayu" berskirt pendek. Aku tengok dan senyum jer.

Aku baca blog Mak Andeh dan aku betul2 tertarik ngan cerita dia pasal Johorean. Banyak betulnya dan banyak jugak persamaan dengan Selangor. Negeri tempat lahir aku. Perticularly part menyebut perkataan ends with -ar (besar, ular, biar dsb). memang akan jadi besor, ulor, bior. Tempat aku tinggal pun Kapor (Kapar) tapi -r tuh semer silent.

Telur pindang pun ada kat sini tapi personally aku tak suka makan. Rasa dia tak best. Kalau tak silap jangkamasa nak masak tuh sampai lebih 3 hari kalau nak betul2 rasa rempah ratus meresap masuk.

Adik aku tinggal kat JB. Bila dia balik rumah maka akan kedengaran ler -eek yang dikatakan tuh. Kebelakangan nih plak dia bawak balik 'tau takpe'. Semua perbualan akan diselangi dengan 'tau takpe' . "Ko nak ikut tak aku gi pasor kat Kapor?" Dia jawab "tau takpe" Kengkadang aku boleh terima penggunaannya tapi kengkadang aku rasa offended plak. Macam aku nih bodoh sangat benda camtuh pun nak tanya. Ntah... ini cuma personal feeling aku jer. tak berkaitan ngan orang lain.

Khamis nih nak hadiri Persembahan Wacana Diraja sempena Keputeraan Sultan. Baju dah ada. Kasut takde lagik. Takkan nak pergi ngan kasut kerja kan. "Tau Takpe"

Saturday, April 09, 2005

Malas

Kengkadang bila jam loceng aku menjerit waktu pagi aku tutup dan sambung tidur. Tetiba aku MALAS nak bangun pergi kerja.

Kengkadang aku MALAS nak mengemas bilik, walaupun mata aku sakit tengok panorama bilik aku sendiri.

Kengkadang bila telefon berbunyi aku jadi MALAS nak angkat. Lepas tuh tak rasa bersalah pulak.

Kengkadang aku tau anak aku nak main, nak bermanja ngan aku tapi aku tetiba rasa MALAS nak melayan.

Ada malam2 tertentu aku rasa MALAS nak memasak. Sudahnya makan di luar.

Dapat kad jemputan hadiri majlis rasmi daerah. MALAS nak pergi walaupun itu tugas sebenarnya.

Kunci dah kat tangan, kereta dah kat garaj, tapi kaki aku MALAS nak melangkah masuk dalam kereta untuk pergi kerja.

Ada salesman datang rumah berhujah itu ini menarik perhatian aku untuk beli produk mereka. MALAS aku nak layan.

Aku tak update blog sebab aku MALAS jugak.

Kalau MALAS nih satu penyakit, agak2 ada tak ubat buat aku?

Thursday, April 07, 2005

Campur Aduk

Ujung minggu ni ada gotong royong. Aku kena pergi buat tinjauan. Khamis depan ada Persembahan Wacana Diraja sempena Keputraan Sultan, aku dijemput pergi.. yang nih best sebab cuma duduk tengok jer. Errrr satu masalah, aku takde baju standard bawak pergi function camtuh. Moral value dari cerita di atas ialah... buat baju!

Kerja aku sekarang menuntut aku melawat banyak tempat. kat sini ada 14 mukim. Dalam seminggu aku kena lawat at least 3 daripadanya. Phewwww penat giler tapi aku enjoy sebab dapat berhubung secara langsung ngan orang. Sekarang baru aku faham masalah mereka secara telus. Mujurnya teruna aku dah besar, boleh ditinggalkan dengan ayahnya kalau aku ada function sebelah malam. Setakat sebulan disini dahbanyak function aku hadiri, ada yang best, ada yang hampeh, ada jugak yang jadikan platform untuk kepentingan sendiri. Aku datang , aku tengok, aku buat laporan.

Ofis aku baru nak set up networking. Bilik sendiri, ada juga privasi... kot aku mengantuk bole tido hahahaha. Cuma kat sini lampu koridor tutup cepat sangat. Kalau kat Putrajaya dulu aku punch out paling awal pun pukul 6.30 petang. kat sini pukul 5 dah tinggal aku sorang. Hmmmm lain tempat lain cara. makan pun mak aihhhh.... makan saja.

Satu peluang datang... aku nak belajar menembak. Esok lusa gi jumpa OCPD minta tarikh. jadi masa DPA nanti aku dah tau serba sedikit.

Kat sini dok ujan jer tapi bagus jugak sekurang2nya tak pening kepala memikir kebakaran hutan. Aku buat call ke BOMBA, dikhabarkan kawasan tuh masih dalam daerah Kuantan. Fuhh lega....

Asyik cerita kerja jer aku pun muak. Petang nih nak ke JAIP ada sedikit urusan kerja. KERJA LAGIK? I better shut my mouth up..

Monday, April 04, 2005

Banyaknyer sawang!

Rasa dah berzaman tak mengupdate cam kawan aku nih jugak. Tapi aku takdelah halangan cam dia hahahah. Sejak dapat penempatan tetap aku masih tak berpeluang berramah mesra ngan internet. Baru nak set up kat opis baru.

Cerita kerja aku yang baru. Hmmm nampaknya resolusi mengecikkan pinggang slow in progress sebab kat sini asyik ler ada jamuan pepagi. Kuih muih memang tip top rasa dia. Staff pun best. Cuma yang tak best sbb aku kena ulang alik lebih 90 kilometer setaip hari. Bengkok aku beli minyak keter. Dalam usaha mendapatkan kuarters kat sini. Hopefully dapat.

Cerita teruna aku. Alhamdulillah dia dah start makan dengan jayanya. Aku buat pancake warna warni dan tekap ngan acuan kuih bagi dia makan. Tengok Ducth Lady 1 2 3 kat TV3. Mmg menolong aku handle teruna aku tuh. Dia dah berjalan betul. Merangkak takmo dah sekarang. Ok jugak, kurang aku memberus seluar dia kan... memula nak hantar dia ke mak Toknya mmg susah. Meraung pepagi masa aku tinggalkan. Sekarang dah ok. Aku ajak balik waktu petang buat dekkk jer, sibuk main ngan abang Shahmi. Pepetang aku selalu kayuh beskal ngan hubby dan teruna aku. Abang beli carrier kat Kelana Jaya baru nih. Cuma Arief cepat bosan dok saja dalam carrier tuh.

Dalam beberapa hari nih aku dibawah tekanan. Nak menyungut pun tak leh. Nak mangadu pun tak leh. Aku memendam rasa jer lah hmmmm