Aku beri teruna aku makan, untuk tarik perhatian dia, aku beri kunci kereta aku untuk dia main. Banyak dia makan. Aku suka. Esoknya bila abang tanya mana kunci kereta, aku tak dapat jawab. Teruna aku berjaya menghaibkan kunci kereta tuh sampai hari ni. Hari ketiga in counting. Puas aku selongkar semua tempat tak jumpa jugak. Abang siap buat reward RM 5 pada anak2 sedara yang berjaya jumpa. Huhuhuhu kalaulah tak jumpa teruk ler nak buat yang baru. RM 1K lebih nak menempah di Itali sinun memandangkan yang ilang tuh master key. Kunci tuh ada kod untuk activate sistem kereta. Kunci lagik satu cuma boleh bukak pintu tapi takleh start keter. Aku gi kerja nih pun ihsan pak mertua pinjamkan pajero dia. rasa kerja ngan JKR jer ehehe...
Malam minggu lepas aku hadiri Pertandingan Karaoke Fiesta Media Idola. Tup2 bekas anak murid aku pun masuk sama. Kalau dulu ayu bertudung kini lebih "ayu" berskirt pendek. Aku tengok dan senyum jer.
Aku baca blog Mak Andeh dan aku betul2 tertarik ngan cerita dia pasal Johorean. Banyak betulnya dan banyak jugak persamaan dengan Selangor. Negeri tempat lahir aku. Perticularly part menyebut perkataan ends with -ar (besar, ular, biar dsb). memang akan jadi besor, ulor, bior. Tempat aku tinggal pun Kapor (Kapar) tapi -r tuh semer silent.
Telur pindang pun ada kat sini tapi personally aku tak suka makan. Rasa dia tak best. Kalau tak silap jangkamasa nak masak tuh sampai lebih 3 hari kalau nak betul2 rasa rempah ratus meresap masuk.
Adik aku tinggal kat JB. Bila dia balik rumah maka akan kedengaran ler -eek yang dikatakan tuh. Kebelakangan nih plak dia bawak balik 'tau takpe'. Semua perbualan akan diselangi dengan 'tau takpe' . "Ko nak ikut tak aku gi pasor kat Kapor?" Dia jawab "tau takpe" Kengkadang aku boleh terima penggunaannya tapi kengkadang aku rasa offended plak. Macam aku nih bodoh sangat benda camtuh pun nak tanya. Ntah... ini cuma personal feeling aku jer. tak berkaitan ngan orang lain.
Khamis nih nak hadiri Persembahan Wacana Diraja sempena Keputeraan Sultan. Baju dah ada. Kasut takde lagik. Takkan nak pergi ngan kasut kerja kan. "Tau Takpe"
No comments:
Post a Comment