Baru balik dari menghadiri Wacana Diraja. Persembahan pelajar sekolah sekitar Kuantan dan Pekan yang diadaptasi dari filem-filem lama. Sangat menarik dengan kostum pelbagai dan bakat anak2 sekolah.
Satu persembahan yang buat aku rasa terharu dan sedikit sebak ialah persembahan Joget Pahang dari Sekolah Pendidikan Khas Kuantan. Mula persembahan biasa saja hingga pada pertengahan muzik diberhentikan. Aku ingat kesilapan teknikal namun setelah dipaparkan imej jurulatih tari memberi arahan dan pengumuman MC baru aku tau anak2 istimewa ini menari tanpa mendengar irama tarian mereka. Mereka menari hanya berpandukan arahan jurulatih dan kiraan langkah. Bayangkan mereka menari tanpa dapat menikmati lenggok lagu dan kemerduan suara penyanyi. Aku terharu dan sedikit sebak dengan semangat mereka. Tuanku Sultan pun aku lihat mengesat mata. Tepukan gemuruh khalayak pun tidak dapat mereka dengari. Tapi riak wajah mereka menceritakan segalanya.
Bagaimana pulak dengan kita yang dianugerahkan Allah pancaindera yang sempurna? Berapa ramai antara kita yang benar2 mensyukuri nikmat ini? selalunya kita ni take it for granted kan? Termasuk ler aku. Melihat anak2 ini aku terfikir sendiri
Minggu depan kena menghadiri perasmian Program Latihan Khidmat Negara sesi ke dua di sini. Malasnya rasa nak pergi cuma untuk duduk dan dengar amanat perasmi majlis. Tapi dah tugas ku turutkan jugak. Sekurang-kurangnya aku boleh mendengar kan
No comments:
Post a Comment