Ujung minggu ni ada gotong royong. Aku kena pergi buat tinjauan. Khamis depan ada Persembahan Wacana Diraja sempena Keputraan Sultan, aku dijemput pergi.. yang nih best sebab cuma duduk tengok jer. Errrr satu masalah, aku takde baju standard bawak pergi function camtuh. Moral value dari cerita di atas ialah... buat baju!
Kerja aku sekarang menuntut aku melawat banyak tempat. kat sini ada 14 mukim. Dalam seminggu aku kena lawat at least 3 daripadanya. Phewwww penat giler tapi aku enjoy sebab dapat berhubung secara langsung ngan orang. Sekarang baru aku faham masalah mereka secara telus. Mujurnya teruna aku dah besar, boleh ditinggalkan dengan ayahnya kalau aku ada function sebelah malam. Setakat sebulan disini dahbanyak function aku hadiri, ada yang best, ada yang hampeh, ada jugak yang jadikan platform untuk kepentingan sendiri. Aku datang , aku tengok, aku buat laporan.
Ofis aku baru nak set up networking. Bilik sendiri, ada juga privasi... kot aku mengantuk bole tido hahahaha. Cuma kat sini lampu koridor tutup cepat sangat. Kalau kat Putrajaya dulu aku punch out paling awal pun pukul 6.30 petang. kat sini pukul 5 dah tinggal aku sorang. Hmmmm lain tempat lain cara. makan pun mak aihhhh.... makan saja.
Satu peluang datang... aku nak belajar menembak. Esok lusa gi jumpa OCPD minta tarikh. jadi masa DPA nanti aku dah tau serba sedikit.
Kat sini dok ujan jer tapi bagus jugak sekurang2nya tak pening kepala memikir kebakaran hutan. Aku buat call ke BOMBA, dikhabarkan kawasan tuh masih dalam daerah Kuantan. Fuhh lega....
Asyik cerita kerja jer aku pun muak. Petang nih nak ke JAIP ada sedikit urusan kerja. KERJA LAGIK? I better shut my mouth up..
No comments:
Post a Comment