Friday, September 26, 2008

SALAM AIDILFITRI

Hari ni hari terakhir kerja. Aku akan bercuti seminggu. Hari Ahad balik Kuantan dan Raya Kedua balik Klang semula.

Pagi tadi ada perjumpaan antara Big Boss dan kaki tangan jabatan. Dapat kuih raya eheheh... Dalam pukul 12 tadi unit aku pulak buat small gathering. Adalah sumbangan sikit untuk staff aku sempena raya ni. Tak banyak mana pun cuma ingatan aku pada mereka saja.

Otak dah takde kat opis dah rasanya nih. Sibuk merencana nak packing apa, nak beraya camne, nak masak apa...

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

IKHLAS DARIPADA KAMI SEKELUARGA

- MAZ*LAN
- HAS*LINA
- MUHAM*MAD MIFDZAL ARIEF
- ADNEEN HU*MAIRA

Semoga berbahagia menyambut Hari Raya tahun ni. Dalam pada bergembira bersama family tu, ingat-ingat la saudara kita yang kurang berkemampuan. Bantulah mereka sekadar termampu...

Wednesday, September 24, 2008

IDEAS

Rasa sangat slownya minggu ni berlalu kan.. mood raya dah meluap2 kat opis aku nih. Semua dah bergantung dah, daripada lampu lip lap ke ketupat riben...menarik jugak.

2 hari berkursus Tatacara Perampasan Tanah... haaaa aku nak rampas tanah orang.. takut tak? Kalau takut sila la bayar cukai tanah yang dah bertahun-tahun tertunggak tu ek. Semalam separuh hari jek berkursus sebab adik aku telefon cakap Arief sakit kepala sampai guling2, tak nak sapa pun pegang dia sambil jerit2 nak ibu. memang dia ada slight fever..

Mujurnya urusetia kursus tu sama batch ngan aku, boleh la kautim. So balik la aku tengok anak. Bawak pegi klinik. Setel satu bab.

Alhamdulillah gaji ngan bonus dah masuk akaun. Boleh la dimulakan pembayaran segala neka tempahan baju dan kuih muih bagai. Aku pun cadang nak merembat sehelai dua tudung. Untuk emak mungkin sepasang sandal scholl.

Wokeh talking about ideas, we (adi and I) were in the middle of the course masa tetiba mentol otak dia menyala. Pernah tak kita terfikir kenapa kita buat atau orang buat sesuatu perkara, kenapa sesuatu perkara tu terjadi, kenapa kita ada priority kita yang menjurus pada satu-satu benda....

Contoh mudah, kenapa aku isi minyak she*ll dan bukan petro*nas? atau kenapa kita rela menempuh jem untuk beli popia kat PARAM A tapi bukan PARAM B.

So we decided to initiate a place for all of us to throw questions and ideas as to answer this question DO YOU KNOW WHY? we wont provide answers but more choices. Everything related to our lives macam financial management, time management, priority of life. You know how to make our lives better.... in whatever way that is..

Do you know why people easily shout at government's counter or officers but keep their mouth shut at bank's counter or officers?

Do you know why our cart is always full when we reach the cashier though we never intended to buy those items?

Do you know why all radio stations are different in names but not in programs?

By giving answers to these question (make sure the sampling is a adequate) we can actually offer some alternatives to improve not only ourselves but also other person or party involved.

Lets start with something simple

Do you know why majority of couples fight to balik kampung during raya?

Thursday, September 18, 2008

Hmmmm

Diam tak diam dah 18 hari berpuasa kan. Kejap sungguh masa berlalu sekarang ni. Aku baru dapat berbuka beberapa kali jek ngan suami. Takper... aku bersyukur.

Semalam Selangor cuti. Tetiba teringin nak makan ketupat. Aku dengan gigihnya menganyam ketupat 10 biji. Pukul 11 pagi rebus. Petangnya buat sambal kacang dengan sardin masak kicap. Dah setel semua dalam pukul 6 petang, aku start motor tak idup2 last2 naik basikal jer beli kuih pau untuk anak teruna aku.

Berbuka dengan soya cincau dan ketupat. Aku dah lama giler tak minum ais, tapi semalam cuaca panas yang amat. AKu pun melantak la soya cincau berais tuh. Bantai bergelas-gelas la. Padahnya tanggung sendiri! Sakit kepala tak hengat. Anak2 aku pun mak ngan adik aku tolong tengokkan. Aku tergolek dah dalam gelap melayan sakit. Tobat aku... lepas ni tak minum ais dah..

PERSIAPAN RAYA

Untuk anak2 dah setel rasanya. Tak tau lah kalau terbeli gak lepas nih kan. Kuih raya dah aku tempah beberapa jenis untuk rumah emak. Rasanya nak tempah kek buah kat elin. Nak bawak separuh ke Kuantan jugak.

Untuk aku cuma sepasang kurung saja. Cadang nak pegi tempah kasut kat PKNS tapi sah tak dan siap. Jadi pakai saja la yang mana ada. Kalau abang nak belikan pun bagus ehehehe

Alhamdulillah adik aku yang kat Johor tu beraya kat sini. Balik pun awal. Boleh la aku balik Kuantan dengan hati lapang sebab ada ganti aku kat rumah tuh nanti kan.

Duit raya pun akan tukar not kecik2 minggu depan. Kan gaji dah awal sket. Aku kira mujur sebab boleh tukar kat kaunter Hasil sebelah nih jek. Tahun ni bajet tinggi sket sebab ada rezeki lebih alhamdulillah.

OTAK TERKENTUT

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ada individu yang terlalu pentingkan diri sendiri, sampai tak memikir kesan langsung perbuatannya pada orang lain. Pernah ke ada manusia yang kekal bahagia setelah membina bahagia atas kesusahan dan kesedihan orang lain?

Bila difikirkan semula.. aku dapat kesimpulan, sebab dia tak fikirla dia buat camtu kan. Kalau fikir tak jadi la pulak.

Tapi, Allah berikan kita akal untuk berfikir... maka kita kena gunakan akal tu....kalau taknak berfikir jangan jadi manusia....

hmmmmm...

Monday, September 15, 2008

Rencam Seminggu

Aku macam dah lemau nak mengupdate blog. Rasa hidup macam rutin sangat. Pegi keje, balik keje jek hari-hari...Hari ni rasa nak cerita jugak la sesikit...

Sebab bulan puasa kena la cerita pasal puasa kan. So hujung minggu lepas berbuka dengan meriah. Jumaat malam tu sebab aku balik lambat menyelesaikan sikit kerja kat opis makanya lauk tunjuk2 saja lah. Aku beli tomyam campur je. Kat rumah, emak goreng telur dadar dan aku buat kailan ikan masin sikit.

Sabtu aku sekeluarga berbuka kat Sunway Resort & Spa. Kawan belanja. Nak harap aku berbuka tempat camtu mungkin tak la kan ehehehe... mahal sangat, makannya bukan banyak sangat pun. Tapi aku kan baik... hormat undangan gitu. Baliknya tidur kat Kiara sebab keesokannya abang kena amik majikan dia kat KLIA balik dari umrah.

Semalam lagi best. Bukan sebab makanannya tapi sebab berbuka kat rumah dengan adik-beradik mak aku. Memang havoc seisi rumah la. Dalam pukul 6.45 petang tu buat tahlil ringkas sebelum berbuka. Lepas tu berterawih seisi keluarga. Sangat syahdu.... anak bujang aku pun baik amat babysit adiknya sambil tengok Astro Ceria. Aku beli lagi tomyam yang superb itu.

Malam ni aku berbuka kat opis. Majlis jabatan kena la hadir kan. Kesian plak kat mak aku kena tengok-tengokkan anak2 aku sampai malam.

Hmm... hari ni ada orang rekues aku pakai kebaya. Aku nak pakai kebaya? muahahahaha masih tebal la isi aku ni nak berkebaya. Nanti la tunggu isi nipis sikit lagi.

Minggu depan ada kursus 3 hari pasal perampasan tanah. Yey.. buleh la tambah lagi hari berkursus kan. Cuma hopefully takde kelas malam sebab aku malas nak tidur kat tempat kursus. Aku nak tidur kat rumah. Ala... hotel belakang pejabat aku nih jek. Datang kerja macam biasa pastu mintak driver hantar la kan. Participants daerah lain tak per la nak tidur kat situ pun ye tak...

Aku dah ada basikal baru. Yang harituh dah dicerai beraikan dan dah selamat dijual pun. Abang belikan Frame Titus Monolite.. meks sangat suker okeh....parts pun dah selamat dipasang. Lepas raya ni buleh la berkayuh ngan abang. Puasa ni aku bantai atas trainer jek..

Berat aku dah 66++kg setakat semalam. Harap2 target aku untuk dapat 65++kg raya ni tercapai dan seterusnya 60++kg hujung tahun ni tercapai. Aminnnnnn

Friday, September 12, 2008

TERIMA KASIH ABANG

Abang hadiahkan cincin ni akhir bulan Jun lepas. Sebab apa? Takde sebab apa2 pun. Sebab dia dapat payment kerja dia katanya. Aku cakap terima kasih. Dia pilih, dia bayar, aku cuma pakai saja.

Kenapa aku tepek gambar kat sini? Suka hati aku la...muahahahaha.. tak laaa saja jer dokumenkan benda2 kenangan pada aku.. nanti2 dah tua2 syok nak mengimbau kenangan tak gitu?

Monday, September 08, 2008

Penat!!!

Otak aku penat laaaaa.... 2 hari berkampung kat Balai Polis sebab kes penipuan tanah yang tandatangan aku dipalsukan tuh la. Tertekan aku macama ku plak yang salah huhuhu. Tapi take it positively la. Ini pengalaman berharga dalam kerjaya aku. Kalau kerja tempat lain tak tentu berdepan ngan situasi camni kan...

Puasa Hujung Minggu...

Hujung minggu yang best jugak sebab aku dapat memasak complete meal untuk family aku. Malam sabtu lepas abang pegi mancing kat kolam air masin kat Sungai Sembilang. Dekat Sahur baru balik. Dapat ikan kerapu 3kg ngan jenahak 2kg. Jadi menu aku untuk Hari sabtu lepas berkisar ngan ikan lah.

Menu Sabtu :

Ikan Kerapu Stim
Sayur Pak Coi dengan sos tiram
Daging masam manis
Sotong goreng tepung

Semalam pulak decide nak masak stail kampung la. Abang pun dah request sambal belacan kan. Jadi aku pun intai apa yang ada kat dapur. Tak beli apa pun. Masak lebih sikit sebab kawan abang buka puasa kat rumah.

Menu Ahad

Masak lemak nenas ikan masin
Daging Goreng
Sotong padprik
Ketupat sotong
sambal belacan dan ulam

Seronok aku tengok semua makan. Ketupat sotong pun habis licin. Aku tak makan tapi sebab abang nak dan kat sini pun mana la nak jumpa kan, aku pun buat la. sapa2 nak resepi?

Itu yang aku masak. Tapi aku tak makan pun semua tuh. Aku cuit2 sikit jer untuk rasa. Aku masih tak makan nasi sepanjang puasa nih. Menu aku sebab nak turunkan berat camni

Sahur : Herbalife Shake + 1 liter air + 500ml teamix + tamar/buah
Buka : 1 liter air + buah/tamar/kuih/roti/bijirin + tau foo fa + 500ml teamix
supper : Herbalife shake

Daripada buka sampai nak tidur tu aku minum air kerap2, cuit2 sikit sayur ke, lauk ke. Aku tak makan nasi pun sejak first day puasa tuh. Alhamdulillah dah turun sekilo. Tak lapar pun masa siang dan susu aku pun setakat 8 hari ni tak terjejas lagi.

Beberapa gambar masa aku, abang ngan geng2 basikal dia makan2 kat Tanjung Lumpur Kuantan. Sangat sedap dan sangat murah. Masa ni diet aku ke laut la muahahahaha

Giler banyak makanan kan, tapi licin semua tuh sebab semua kebulur tahap dewa. memasing tinggal anak kat rumah. Kira weekend untuk mak pak saja lah...Pergi balik hari jer pun tolong member amik Naza Ria yang dia sewakan untuk program Air Force. Kira drebar la ehehehe.. tak kisah la kengkawan punya pasal. Dapat jalan free kan...tak singgah pun rumah abang. Sampai KL semula pukul 3 pagi.

Wednesday, September 03, 2008

Puasa

Sudah 3 hari berpuasa kan..

Puas a first day yang best Isnin lepas sebab abang ada sekali. Menu yang simple juga. Aku cuma masak kari daging, ayam goreng berempah, ulam lettuce dan sambal belacan. Kuih popia dan kuih lopes. Yang tak boleh tinggal of course tau foo fa yang special beli kat Taman Tun.

Semalam cuma sup ayam dan paprik sotong ngan ayam goreng. Kuih plak, aku buat keria jer. Berbuka ngan emak dan adik aku je. Kanak2 ribena dah kenyang so lepak depan TV tengok Astro Ceria. Mujur Anak bujang aku dah boleh diharap tengok-tengokkan adiknya.

Hari ni cadang nak masak sup ikan merah plak. Ada udang dalam peti ais tu boleh masak masam manis saja. Cendawan pun ada boleh goreng tepung.

Tahun ke-empat berpuasa sendiri tanpa suami di sisi *emo la plak* Tapi tahun ni at least boleh berbuka dan bersahur ngan abang hujung minggu. Aku bersyukur. Aku rasa paling emosional masa puasa tahun 2006 la. Masa tu masih di Putrajaya, menyewa ngan kengkawan. Arief kat Klang ngan emak, aku pregnat 3 bulan rasanya, abang plak kat Kuantan. Perghhhh sedih giler buka puasa 2 orang jek. Dah la kena masak sendiri sebab tak boleh nak makan makanan beli. Dengan morning sicknes segala. Tapi itu semua pengalaman yang sangat berharga untuk aku. Yang mengajar aku erti tabah dan pengorbanan.

Tahun ni punya azam haaaaaa nak turunkan 4kg sepanjang bulan puasa ni. Elin dah email cara pengambilan Herbalife sepanjang puasa. Aku pun dah start program training basikal yang abang buat. So hopefully boleh la tercapai target. Sambil kita beribadah apa salahnya gunakan peluang berpuasa untuk turunkan berat kan.

On training tuh ooohhhh.. aku kena kayuh atas trainer at least 15 minit sampai 1/2 jam setiap hari. Nampak sekejap kan tapi Ya Allah hazabnya nak ngabiskan tuh sebab retention pada trainer tuh agak tinggi jugak. Kena kayuh gear ringan plak tuh. Tapi takper.. kalau nak fit kena la berkorban sikit kan. Nanti aku tepek gambar beskal atas trainer tuh.

Anak sulung aku punya semangat nak puasa. Tapi puasa makan jer... buleh? susu laju jek. Pelan2 la kan. Kesian jugak tengok dia beriya2 tak nak makan. Aku ikutkan jer. Ramai tanya aku camne nak breastfeeding masa puasa. Esok ke lusa aku buat entry pasal tu. Tapi based on my experience la ek...