Aku macam dah lemau nak mengupdate blog. Rasa hidup macam rutin sangat. Pegi keje, balik keje jek hari-hari...Hari ni rasa nak cerita jugak la sesikit...
Sebab bulan puasa kena la cerita pasal puasa kan. So hujung minggu lepas berbuka dengan meriah. Jumaat malam tu sebab aku balik lambat menyelesaikan sikit kerja kat opis makanya lauk tunjuk2 saja lah. Aku beli tomyam campur je. Kat rumah, emak goreng telur dadar dan aku buat kailan ikan masin sikit.
Sabtu aku sekeluarga berbuka kat Sunway Resort & Spa. Kawan belanja. Nak harap aku berbuka tempat camtu mungkin tak la kan ehehehe... mahal sangat, makannya bukan banyak sangat pun. Tapi aku kan baik... hormat undangan gitu. Baliknya tidur kat Kiara sebab keesokannya abang kena amik majikan dia kat KLIA balik dari umrah.
Semalam lagi best. Bukan sebab makanannya tapi sebab berbuka kat rumah dengan adik-beradik mak aku. Memang havoc seisi rumah la. Dalam pukul 6.45 petang tu buat tahlil ringkas sebelum berbuka. Lepas tu berterawih seisi keluarga. Sangat syahdu.... anak bujang aku pun baik amat babysit adiknya sambil tengok Astro Ceria. Aku beli lagi tomyam yang superb itu.
Malam ni aku berbuka kat opis. Majlis jabatan kena la hadir kan. Kesian plak kat mak aku kena tengok-tengokkan anak2 aku sampai malam.
Hmm... hari ni ada orang rekues aku pakai kebaya. Aku nak pakai kebaya? muahahahaha masih tebal la isi aku ni nak berkebaya. Nanti la tunggu isi nipis sikit lagi.
Minggu depan ada kursus 3 hari pasal perampasan tanah. Yey.. buleh la tambah lagi hari berkursus kan. Cuma hopefully takde kelas malam sebab aku malas nak tidur kat tempat kursus. Aku nak tidur kat rumah. Ala... hotel belakang pejabat aku nih jek. Datang kerja macam biasa pastu mintak driver hantar la kan. Participants daerah lain tak per la nak tidur kat situ pun ye tak...
Aku dah ada basikal baru. Yang harituh dah dicerai beraikan dan dah selamat dijual pun. Abang belikan Frame Titus Monolite.. meks sangat suker okeh....parts pun dah selamat dipasang. Lepas raya ni buleh la berkayuh ngan abang. Puasa ni aku bantai atas trainer jek..
Berat aku dah 66++kg setakat semalam. Harap2 target aku untuk dapat 65++kg raya ni tercapai dan seterusnya 60++kg hujung tahun ni tercapai. Aminnnnnn
No comments:
Post a Comment