Wednesday, September 03, 2008

Puasa

Sudah 3 hari berpuasa kan..

Puas a first day yang best Isnin lepas sebab abang ada sekali. Menu yang simple juga. Aku cuma masak kari daging, ayam goreng berempah, ulam lettuce dan sambal belacan. Kuih popia dan kuih lopes. Yang tak boleh tinggal of course tau foo fa yang special beli kat Taman Tun.

Semalam cuma sup ayam dan paprik sotong ngan ayam goreng. Kuih plak, aku buat keria jer. Berbuka ngan emak dan adik aku je. Kanak2 ribena dah kenyang so lepak depan TV tengok Astro Ceria. Mujur Anak bujang aku dah boleh diharap tengok-tengokkan adiknya.

Hari ni cadang nak masak sup ikan merah plak. Ada udang dalam peti ais tu boleh masak masam manis saja. Cendawan pun ada boleh goreng tepung.

Tahun ke-empat berpuasa sendiri tanpa suami di sisi *emo la plak* Tapi tahun ni at least boleh berbuka dan bersahur ngan abang hujung minggu. Aku bersyukur. Aku rasa paling emosional masa puasa tahun 2006 la. Masa tu masih di Putrajaya, menyewa ngan kengkawan. Arief kat Klang ngan emak, aku pregnat 3 bulan rasanya, abang plak kat Kuantan. Perghhhh sedih giler buka puasa 2 orang jek. Dah la kena masak sendiri sebab tak boleh nak makan makanan beli. Dengan morning sicknes segala. Tapi itu semua pengalaman yang sangat berharga untuk aku. Yang mengajar aku erti tabah dan pengorbanan.

Tahun ni punya azam haaaaaa nak turunkan 4kg sepanjang bulan puasa ni. Elin dah email cara pengambilan Herbalife sepanjang puasa. Aku pun dah start program training basikal yang abang buat. So hopefully boleh la tercapai target. Sambil kita beribadah apa salahnya gunakan peluang berpuasa untuk turunkan berat kan.

On training tuh ooohhhh.. aku kena kayuh atas trainer at least 15 minit sampai 1/2 jam setiap hari. Nampak sekejap kan tapi Ya Allah hazabnya nak ngabiskan tuh sebab retention pada trainer tuh agak tinggi jugak. Kena kayuh gear ringan plak tuh. Tapi takper.. kalau nak fit kena la berkorban sikit kan. Nanti aku tepek gambar beskal atas trainer tuh.

Anak sulung aku punya semangat nak puasa. Tapi puasa makan jer... buleh? susu laju jek. Pelan2 la kan. Kesian jugak tengok dia beriya2 tak nak makan. Aku ikutkan jer. Ramai tanya aku camne nak breastfeeding masa puasa. Esok ke lusa aku buat entry pasal tu. Tapi based on my experience la ek...

No comments: