Puasa Hujung Minggu...
Hujung minggu yang best jugak sebab aku dapat memasak complete meal untuk family aku. Malam sabtu lepas abang pegi mancing kat kolam air masin kat Sungai Sembilang. Dekat Sahur baru balik. Dapat ikan kerapu 3kg ngan jenahak 2kg. Jadi menu aku untuk Hari sabtu lepas berkisar ngan ikan lah.
Menu Sabtu :
Ikan Kerapu Stim
Sayur Pak Coi dengan sos tiram
Daging masam manis
Sotong goreng tepung
Semalam pulak decide nak masak stail kampung la. Abang pun dah request sambal belacan kan. Jadi aku pun intai apa yang ada kat dapur. Tak beli apa pun. Masak lebih sikit sebab kawan abang buka puasa kat rumah.
Menu Ahad
Masak lemak nenas ikan masin
Daging Goreng
Sotong padprik
Ketupat sotong
sambal belacan dan ulam
Seronok aku tengok semua makan. Ketupat sotong pun habis licin. Aku tak makan tapi sebab abang nak dan kat sini pun mana la nak jumpa kan, aku pun buat la. sapa2 nak resepi?
Itu yang aku masak. Tapi aku tak makan pun semua tuh. Aku cuit2 sikit jer untuk rasa. Aku masih tak makan nasi sepanjang puasa nih. Menu aku sebab nak turunkan berat camni
Sahur : Herbalife Shake + 1 liter air + 500ml teamix + tamar/buah
Buka : 1 liter air + buah/tamar/kuih/roti/bijirin + tau foo fa + 500ml teamix
supper : Herbalife shake
Daripada buka sampai nak tidur tu aku minum air kerap2, cuit2 sikit sayur ke, lauk ke. Aku tak makan nasi pun sejak first day puasa tuh. Alhamdulillah dah turun sekilo. Tak lapar pun masa siang dan susu aku pun setakat 8 hari ni tak terjejas lagi.
Beberapa gambar masa aku, abang ngan geng2 basikal dia makan2 kat Tanjung Lumpur Kuantan. Sangat sedap dan sangat murah. Masa ni diet aku ke laut la muahahahaha
Giler banyak makanan kan, tapi licin semua tuh sebab semua kebulur tahap dewa. memasing tinggal anak kat rumah. Kira weekend untuk mak pak saja lah...Pergi balik hari jer pun tolong member amik Naza Ria yang dia sewakan untuk program Air Force. Kira drebar la ehehehe.. tak kisah la kengkawan punya pasal. Dapat jalan free kan...tak singgah pun rumah abang. Sampai KL semula pukul 3 pagi.
No comments:
Post a Comment