Wednesday, March 04, 2009

ARIEF IS 5 YEARS OLD

Tengok anak sulung aku sekarang ni, tak sangka dia la baby aku yang dulunya ada gastropheagal reflux, bronchitis dan lactose intolerance. Yang dulunya alahai kecil la sangat, yang sekarang ni dah 26kg dan tinggi pun dah separas dada aku. Dah sekolah Tadika pun.

Sekarang tiap malam aku kena dengar dia mengeja. Takper... dengar pun galakan untuk dia belajar kan...temankan dia buat kerja sekolah.

Simple chores pun dia dah boleh buat. Masukkan baju dah dilipat dalam drawer, tolong jaga adik sementara ibu masak, lapkan basikal ibu, isikan air dalam botol sebelum ibu pergi kayuh, letak baju kotor dalam mesin basuh. Benda2 kecik la...upahnya cium jer (anak aku low maintainance ehehe)

5 tahun lepas aku lahirkan dia pada 29 Februari 2004. Doktor kata special budak ni sebab birthday 4 tahun sekali. Memang special sungguh anak aku ni. Alhamdulillah aku berjaya menyusukan dia sepenuhnya.

Tahun lepas memang buat birthday parti besar sikit. Tahun ni tak buat pun lagi. Cadangnya nak sekalikan dengan birthday adiknya hujung bulan 4. jimat belanja kan.

Tahun ni aku cuma tempah cupcakes dari Kak Pnut (ampun kak bikin ribut ehehe) untuk diberikan pada kengkawan Arief kat sekolah. Itupun mintak pakcik aku hantarkan sebab aku ada meeting tak boleh ponteng.

Minggu ni aku satu family balik Kuantan sebab Isnin tu kan cuti. Abang pun ada meeting ngan Perbadanan Putrajaya Jumaat ni, sedang elok la...Kebetulan pulak adik ipar aku nak buat birthday party anak dia, so aku tumpangkan sekali untuk Arief lah.

Takde apa yang lebih membahagiakan aku sebagai ibu...melihat anak aku membesar didepan mata. Aku banyak miss perkembangan Arief dari umur dia 10 bulan sampai 3 tahun, yang mengikuti tulisan aku dalam blog ni tentu dah faham kan.. Jadi sejak duduk sekali ni aku cuba catch up dengan dia...

Doa aku cuma Arief akan membesar menjadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu dan ayah di alam baqa', jadi abang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya. Itu lah hadiah terbaik yang dia boleh berikan pada ibu dan ayah...

Happy 5th birthday Arief. Ibu love you so much...

13 comments:

ibuVouge said...

angah.. cepatkan masa berlalu. nanti aunty iv masuk keja aunty cari hadiah ye arief..

teringat masa baru boleh jalan jatuh jatuh.. so sweet..

Untuk angah jugak tahniah sbb berjaya jadi ibu yang best selama 5 tahun ini

R28est said...

wahh..ibu mithali ;)

Anonymous said...

to arief...

happy bday to you..2x
happy bday to arief..

happy bday to you......

kejap jer masa berlalu..masa auntie jumpa dulu, arief kecik lagi..suka panjat2 org masa tu...tak sampai setahun lagi kan masa tu ngah? masa interv PTD tuh?

ibu damia kemaman

Anonymous said...

sihat lah arief..si mira, dah nak masuk 6 tahun (within 2 weeks), berat baru 14.5kg...grrrr....asal gi timbang, depa kata aku tak bagi mkn...yerlah tu...

Angah said...

IV
Tak perlu susah2.. ingatan pun dah cukup bermakna dah

Rahimah
Ahem...aminnn

Tini
Tima kasih auntie tini

Oren
Janji sihat sudaaahhhh

NONIE AZIZ said...

dah besar anak ko ngah...jab jab lagi...laaaa dah anakteruna anak ko ngah...hiks...hepi belated birthday Arief...

Jijie Armidza said...

Angah,
angah kenal Fajar ek......

Iza said...

Alhamdulillah! akak doakan semoga Arief terus membesar jadi anak yang soleh, sejuk mata memandang! Jadi contoh yang baik untuk adik dia.. :)

Anonymous said...

Happening nya idop kau.. Idop aku skang penuh dgn kejaaaaaaa.... Huhu

Happy belated birthday arief..jgn nakal2, nanti kena babap

Cho Zila said...

>> salam kenal angah..
>> selamat hari jadi untu arief.. semoga menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara..
>> bila baca angah miss perkembangan arief tu akak rasa cam akak ngan anak akak yang sulung tujer..

Angah said...

Nonie
Kejap jer masa berlalu kan.. nanti tetiba dah ada gepren anak aku hahaha

Karad
Kenal lama dah.. AlFatihah untuk arwah Amir Yusuf

Kak Iza
Aminnnnn

Angah said...

Aini
Buat2 nampak happening jek hahaha

Cho Zila
Salam kenal juga..nak buat camne, terpaksalah untuk kelangsungan hidup juga..

NeroEcha said...

Happy 5th birthday arief..