Friday, March 20, 2009

KAYUHAN AKU

Lama rasanya tak buat post pasal aktiviti pembasikalan aku kan.. so here goes nothing la..

Sekarang ni aku masih lagi berbasikal petang-petang lepas balik kerja. Biasanya aku boleh cover 15-20km on average. Kalau ada masa lebih aku buat la sampai 25km. Route aku pelbagaikan sebab most of the time aku kayuh sensorang. Kalau malas nak pergi jauh aku buat loop ride jer. Gearing aku masih kekalkan 33 : 19 dan average speed dalam 18-20km/h. Memang agak slow ehehehe tapi aku bukan nak wakil Malaysia pun kan.

Aku try guna gearing 33 : 21 (mata ke-enam keset dari bawah) tapi abang kata tak payah light sangat la. So stick to my gearing jer. Kalau aku kayuh in group then only aku tukar heavy sikit bergantung pada speed group. Biasanya turun 1 atau 2 mata jer when the rest of the group kayuh heavy giler... Itu la pentingnya cadence training. Aku boleh kayuh light dengan speed yang sama dengan group.

Ramai gak tanya aku apasal aku kayuh light all the time. I aim for endurance, boleh kayuh lama dengan constant speed dan tak cepat semput. Strength akan datang sendiri bila cadence cukup. Dan lagi satu kalau aku nak masuk hutan, tak la aku pewai cepat sangat sebab jantung dah kuat. Aku try maintain heart rate dalam 175-180 je.

KAYUH KE OFIS

Aku pun dah start projek kayuh ke pejabat setiap Jumaat. Nak kayuh sepenuhnya jauh sangat. Jadi aku kayuh separuh dan drive separuh.

Khamis pagi aku bawak basikal dan letak kat rumah abang aku. Balik kerja petang tu aku tinggalkan kereta kat rumah dia dan kayuh balik. Pagi Jumaat aku kayuh dari rumah ke rumah dia, mandi, siap2 dan drive ke opis. Petang balik aku kayuh balik dari rumah dia ke rumah aku. Sabtu aku kayuh ke rumah dia dan amik kereta. Jarak dari rumah aku ke rumah abang aku dalam 20km.

So dengan buat camtu aku dah dapat training 3 hari berturut2 dengan jarak lebih kurang 90-100km sebab hari Jumaat petang ngan Sabtu pagi tu up sikit distance. Bijak aku kan hahahaha...

APA AKU DAPAT?

Aku dapat penat dan aku makin gelap hahaha...aku tak jadi kurus pun. Tapi aku rasa badan aku makin toned dan aku makin fit. Seriously berat aku takde pun turun tapi I lose inches. They say muscle is heavier than fat ehehe..

Kawan pun makin ramai walaupun majoritinya lelaki.

Aku rasa lebih happy sebab masa aku berkayuh tu aku dapat be alone. A time for myself. Glemer weh orang pandang2 masa kayuh tu hahaha (dasar!)

Through pembasikalan jugak aku upgrade sket resume aku.. aku hadiri kursus dan peperiksaan kepengadilan lumba basikal and lagi 2 praktikal komisar sebelum dapat sijil penuh. Suka2 pun kena ada matlamat kan...

The best thing is that aku laki bini giler basikal. Kalau aku merengek nak baju baru belum tentu dapat. Tapi aku merengek nak cassete XTR lajuuu jer hubby beli..untung kan..dalam usaha memujuk /merabak poket hubby untuk groupset XTR plak... buleh?

Aku jugak dapat buktikan kerja, anak, urusan rumahtangga bukan penghalang untuk aku buat benda yang aku suka. Semua boleh jalan serentak cuma kena letak kepentingan yang berbeza la. Takde masa bukan alasan konkrit sebab aku pun perempuan bekerjaya juga. Dan suami aku tak tinggal sekali ngan aku which means I single handedly buat semua benda. Kawan baik aku IV knows how I handle my housechores eheh...

Petang ni plan nak buat loop ride jer. Malam nak packing baju sebab nak pergi Banting. Sepupu aku naik pelamin. Agak2 aku bawak basikal sekali boleh tak? hahahaha

9 comments:

ibuVouge said...

yes dear!
tak semestinya bekerjaya tak boleh buat apa kita suka. Yang penting time management

angah..kena merengek minta pancing la kat nik..ehehe

Anonymous said...

itang? Tak kisah..janji toned haha

Berat aku pun tak turun sgt..around 51-52kg.. Yg penting, tak semput..

bila agaknya kita blh bkayuh lg?

Ummi said...

kadang-kadang kita perlu jugak masa untuk diri sendiri,

buat apa yang kita suka, barulah best!

Anonymous said...

hahaha...

kalo gitu, aku pun rasanya takde alasan untuk tidak membuat apa yg aku suka..masalahnya hobi kami tak sama..aku suka ukur shopping complex, org tu plak suka memancing..

camana tu????

Angah said...

Ana
Time management yes! err.. tu kena merengek lebih sket tuh hahaha

Aini
betul betul betul.. jom kayuh kat PCM bulan nih... tapi ko jgn rempit la woi!

Ummibatrisyia
Ha'ah, satu cara untuk kita happykan diri, hadiahkan diri sendiri masa senggang untuk rilek.

Angah said...

Oren
Ko buat apa ko suka jer.. dia suka mancing biarkan. Amik cuti sehari, hantar anak ke nursery mcm biasa dan buat apa ko suka walaupun sekali sebulan. Enjoy sehari sebagai oren, unleash the inner oren for a day :)

Puteri Satu said...

salam dari akak....

ye betul....sesekali luangkan masa tuk diri sendiri...baru rasa fresh...baru kita bersemangat untuk memulakan hari esok...kan...

p/s - angah beli umah kat ner eh?

Angah said...

mamaAqilah

Ye betoiiiii..
Angah beli rumah kat Damansara...kuantan... damansara KL tak mampu...

azizan abd aziz said...

Selalunya ramai yang mencari alasan untuk tidak bersenam. Angah telah membuktikan sebaliknya. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan:-)