Semalam, aku tengah buat kerja dalam kedinginan opis. Staf aku masuk mengadu ada public tengah meracau kat kaunter. Siap la segala maki hamun bagai. Tak puas hati dan nak jumpa pengarah(?), tapi tak mau masuk dalam bilik aku sebab bukan taraf dia nak masuk jumpa aku. Aku yang kena keluar menghadap dia. What the tuuutttt!!!!
Kes yang senang, staf kaunter aku tak boleh proses permohonan dia sebab borang tak lengkap. Ada benda2 yang mamat sengal ni kena setelkan dulu sebelum daftarkan nama dia atas geran.
Lepas dengar penjelasan staf aku, dan aku ni kan manusia yang berhemah maka dengan senyum dibibir aku pun pergi la mengadap manusia yang taraf pengarah seperti dakwaannya tuh. Huh! dia punya bahasa amatlaaaa cantikkkk macam setan! Buat malu orang melayu beragama islam sungguh!
Apa masalahnya encik?
Ni la kerja kerajaan lembap semua tak tau makan gaji buta dah kerja sendiri pun tak tau buat.
Apa masalahnya encik?
Borang saya ni kenapa tak boleh daftar?
(Aku pun semak la dokumen dia)
Borang perakuan jualan encik ni kena hantar ke Jabatan Penilaian Harta dulu untuk stamping, baru boleh daftar, rasanya staf saya dah bagitau tadi kan. (masih tahan sabar nih)
Apasal takde sapa bagitau, ni la kerja gomen, menyusahkan orang, tau tak saya ni level apa? bukan taraf saya nak buat semua tu..
Ok..encik suruh la orang bawahan encik buat kat Shah Alam ya..
Kenapa orang pejabat ni tak boleh buatkan?
Sebab bukan kerja orang pejabat ni. Tuan tanah kena buat.
Ha itula dah cakap.. gaji nak.. kerja taknak..ha berapa saya kena bayar. Mesti tak tau la tu.
Memang saya tak tau encik. Itu bidang tugas Jabatan Penilaian Harta.
Abis ni TNB dah potong bekalan kat rumah tu camne nak sambung balik?
Saya rasa baik encik tanya TNB, ada nombor hotline kat belakang bil tu.
Kenapa ko ni ha satu benda aku tanya pun ko tak tau, dah la masuk 9 lebih kuar opis 4 suku, kena aku bagi rasuah baru nak buat kerja ke (masa ni aku dah spara mendidih dah huh!)
Encik.. kalau encik pergi Jabatan Imigresen dan buat pertanyaan pasal cukai tanah agak2 pegawai sana boleh jawab ke? Mcm ni la, mari ke pejabat saya, kita cakap elok2. Level pengarah ni orang terpelajar dan orang terpelajar tak cakap macam ni..
(muka manusia sengal tu dah berubah dah)
Hei.. bukan taraf aku la nak masuk pejabat tu..
(aku dah mendidih!!!)
Saya setuju tu encik, memang bukan taraf encik nak masuk pejabat saya, yang biasa masuk pejabat saya taraf exco, dato' -dato' area daerah ni, taraf ketua polis negara, bekas KSU, Menteri, CEO companies... so memang bukan taraf saya ni la nak layan encik..saya setuju ngan encik..
(gelak-gelak public lain kat kaunter tu)
Mamat tu terus amik dokumen dia dan blah camtu jer...
SENGAL!!! Sabar aku pun ada hadnya.
15 comments:
hahaha.. kelakau, kelakau..
hahhahaha...aku suka ko ajar orgt baghal mcmni...
perghhh....tabikkkk
berhati-hati yer
aD
ha'ah kelakau seram
Nonie
Kengkadang kena ajar sket..sabar aku pun ada had.
Effi
huhuhu... bila hati dah panas kan
Anon
saya berani kerana benar.
salam..saya sokong tindakan angah!
ummi sokong 100%
sambil baca sambil imagine :)
padan muka, sombong sangat :)
ibuqaisara
tima kaseyyyy...
Ummi
masa tu angah buat muka sardin jer ehehe
hehehe
setuju sangat! mmg mcm tu je nak ajar orang yang berlagak atau lebih dikenali sbg BODOH SOMBONG! padan muka dia.. ;)
g00d job..
boleh dapat anugerah pkhdmatan cmerlang nih..
hehee...aku ske ar cara ko ngajo balik org pangkat "pengarah" tu...
padan muka dia...
kemamang
Hahaha.. mmg sengal
Yg paling aku impressed, kau siap hafal dialog tuh hahahaha
Ada cita2 nk bagi yusuf haslam skrip buat filem ker? Hehehehe
Take care angah..nsb baik kau exercise..jd takde la heart attack ngadap org2 camni
Rahimah
APC...Aminnnn
Tini
Kalau pengarah tak le perangai lagu tuh..
Aini
Hahahaha buduhs.. aku kan photograpic memory..Abg Usop Selam? buleh ke bayo aku juta2? hahahaha
bagus juga orang tu kena bahasa dengan ko..
aku baca pon sakit jiwa..
cayalah angah!!
Topeke
Motto aku senang jer.. kalau ko tak suka orang buat ko, jangan buat kat orang...
Bravo....bravoo..
Post a Comment