Thursday, February 04, 2010

BAJU JUMAAT

Semalam Arief merengek nak baju jumaat. Aku pelik gak, apa bendanya baju jumaat tu. Rupanya nak pakai baju melayu pegi sekolah hari Jumaat. Aku tak bawak balik sini la plak semua baju melayu dia. So petang ni kena meround bandar la cari baju jumaat anak bujang aku ni. Masa2 camni ada ke jual baju melayu ye?

Terima kasih atas ucapan tahniah yang aku terima sepanjang hari semalam via blog, sms, facebook, email. Berita cepat tersebar kan. Ada juga yang tegur aku kenapa announce awal2 sangat, nampak riak la katanya.

Jawapan aku mudah. Ini blog aku, ini catatan kehidupan aku. Aku tak rasa pun aku buat announcement. Aku punyai sahabat yang sangat supportive, jadi apa salahnya kalau aku kongsi kebahagiaan ini dengan mereka. Bukannya aku blasting sms bagitau satu dunia, atau tulis status "aku mengandung 5 minggu" kat facebook. Lepas aku keguguran bulan 7 thn lepas, salah ke kalau aku rasa sangat gembira dengan kehamilan aku kali ni?

Apa-apa lah.. aku dah penat layan manusia camni. Manusia yang menyusahkan kepala hotak aku, yang memporak perandakan hidup aku. Aku anggap je la mereka ni seperti anjing yang menyalak bukit. Dah puas menyalak diam la mereka. Bukit tetap utuh camtu jugak.

5 comments:

Zana Jay. said...

Angah congrats yek! Kena la buat pendaftaran 334 Clan (Junior 2010). Nak join boleh??? hehehe

Angah said...

Zana
Uiks.. ko peknen gak ke?

oren said...

baju jumaat? sweet ek?

anak2 aku (the boys) panggil baju melayu tu, baju raya..hahaha..la nih aku pakaikan jugak depa baju raya memalam, sbb kalo tak pakai, sayang jek..pakai cuma time raya, 2x setahun..baiklah aku buat mcm org kampung, yg bagi anak2 pakai bj melayu setiap mlm...

takpa..tak salah hepi2 an gitu..take care..

Angah said...

oren
bahasa bebudak mmg innocent kan. aku ni memula je emo2 lepas tu ok la..

Hambali ® said...

As for that kind of human, do not hesitate to show them ur middle finger ngah. Apa punya busuk hati la manusia ni. (aku pulak emo lebih lebih)