Wednesday, September 29, 2010

LANTAK LA

Rasanya semua pernah rasa perasaan ni..perasaan yang cakap "lantak la apa nak jadi pun, aku dah tak kisah!" Ye..aku pernah beberapa dilanda perasaan tu. Tengah marah, bengang, sentap kan..biasa la..nanti dah rasional semula ok la, macam selalu-selalu.

Nak selesaikan benda yang kita anggap masalah bukan mudah lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan orang lain, kalau ia bukan disebabkan oleh kita tapi kita yang mungkin menanggung akibat kalau tak diseesaikan segera. Aku pun hadapi dilema camni. Memang serabut otak..adehhhh. Pastu lagi parah kalau kita sorang-sorang plak yg cuba nak selesaikan. Lagi serabut otak. Akibatnya kerja kat opis ngan kat rumah pun terjejas. Kesihatan pun mungkin terjejas juga.

Yang boleh kita buat sebagai Hambanya ialah pasrah dan redha dengan apa yang terjadi. Terima apa yang berlaku sebagai ketentuan dan ujian untuk tengok sejauh mana iman kita kan. Ujian ni bukan datang dalam bentuk musibah je, kekayaan dan kejayaan pun ujian juga kalau kita tak reti2 nak bersyukur.

Tapi ujian yang didatangkan dalam bentuk manusia2 musibatun (ini pinjam term sorang blogger yg aku baca..tak ingat plak namanya) la yang paling susah nak handle kan..masa ni la sokongan dari keluarga dan sahabat handai yang memahami amat diperlukan.

Jumaat minggu lepas aku pergi Jabatan Agama Islam Pahang. Kengkadang kita perlukan bantuan orang luar yang arif dalam hal-hal berkaitan masalah kita untuk kita rujuk kan. Ramai yang terkejut dengan keputusan aku ni. Ya..aku sendiri pun terkejut dengan keputusan aku. tapi sebab dah lama sangat aku cuba bersabar, cuba selesaikan dalam kapasiti dan kebolehurusan aku dan masih gagal maka kali ini aku cuba option ni pula.

Allah permudahkan urusan aku dengan temukan aku pada pegawai yang sangat bagus. Alhamdulillah nasihat dan cadangan yang diberikan berdasarkan permasalahan yang aku utarakan beserta semua dokumen dan bukti sokongan akan aku jadikan panduan untuk menyelesaikan masalah aku. Dia kata memang kita kena redha dengan ujian Allah tapi dalam masa yang sama kena usaha untuk kebaikan akan datang. Dalam hal ini, masa depan aku dan anak-anak.

Pegawai yang baik tu minta bertenang dan tangguhkan dulu apa2 urusan berkaitan dan fokuskan tenaga aku untuk menerima kehadiran orang baru. Betul! Itu fokus utama sekarang. Lepas 2 bulan nanti, lepas dah mula bekerja, baru alih fokus semula. Buat satu-satu biar tak serabut otak..kang meroyan kang sapa nak jawab?

InsyaAllah..kalau selama hampir 3 tahun aku boleh bersabar, setakat 2 atau 3 bulan lagi aku mesti boleh sabar...

11 comments:

oren said...

Dear,

sama..aku pernah lalui keadaan nih..masa aku g pejabat agama pun, aku tgh sarat preggy kan si naufal, anak ke 3..so, mcm sama la plak keadaan ko dan aku..

pun org pejabat agama tu suh hold dulu sebrg keputusan..sbb dia kata kut aku serabut ngan anak2, ngan debar nak tunggu baby kuar, dgn perangai suami dll (mcm tau2 jek kami bleh berdamai lps aku habis pantang tuh)

mmg sebab pikirkan anak2lah aku berbaik semula..

kalo lagi sekali buat hal yg sama, mmg rasanya tak selamat dah..at least skrg aku dh ada rumah utk berteduh..tu yg penting..

apapun, harap ko tabah..aku tau, aku hnya bleh suh sabar, tapi ttp lah diri ko yg akan tentukan mana arah tuju family kecik ko..

macam Luna selalu cakap, bergantung harap dan nasib pada ALlah, pasti Dia lindungkan..mmg susah, esp bila kita down, mcm2 benda kita bleh buat..tapi ko kena kuat demi kelangsungan hidup ko dan anak2..dan aku tau ko jauh lebih kuat dan tabah dari aku..

kalo perlukan telinga utk mendengar, aku ada..(tapi cuma available time opis jek, kalo lps opis hour aku sgt occupied ngan kanak2 ribena)

Angah said...

Oren
Thanx dear..:)

kakLuna said...

thanks kak oren sbb quote nama saya...


angah,

benda2 ni smua sudah adat..masa kita lalui mmg rasa berat, kita pun baru nak blajar mengawal emosi dan pemikiran..tp bila kita dh lalui dan tgk balik diri kita yg hari ni, baru kita sedar betapa kesukaran itu menjadikan kita diri kita yg skrg...yg lebih matang dan lebih rasional dlm membuat keputusan..

kita jgn menganggap perkahwinan itu matlamat...tp ia adalah proses..bila kita anggap matlamat itulah yg menjadikan kita tertekan krn ingin menjadikannya sempurna...tp kalo kita anggap proses baru kita leh nampak kenapa benda2 ni PERLU berlaku...walaupun kita tak nak (sapa nak rtangga porak peranda) tp, inilah prosesnya...Allah maha mengetahui kita amat MEMERLUKAN proses ini dan sunnatullah, Dia memberi apa yg kita PERLU dulu, baru Dia beri apa yang kita NAK.

kita selalu berdoa agar diri kita diberi kesenangan, kegembiraan dan sebagainya tp kita lupa, syurga tidak akan dtg bergolek. ada harga yg perlu dibayar, ada perasaan sedih yg perlu dilayan, ada derita yg perlu dilalui..dan kalo kita mengenali Allah, kita akan cepat redha dengan semua ini.besar atau kecil mslh bkn penting tp bagaimana kita menghadapinya, itu yg utama.

aku doakan, doa sangat2, agar awan mendung ko cepat berlalu...

Angah said...

luna
InsyaAllah..dalam pada redha dengan ujian Allah, kena juga usaha sebaik mungkin untuk kelangsungan hidup dengan gunakan semua cara yang mampu difikir dan digunakan.

InsyaAllah..akan terserlah juga rahmat disebalik apa yang terjadi satu masa nanti.

Aida Manap said...

Angah,
Aku doakan semoga bila si kenit dalam perut keluar, everything will turn out well..apa2pun keputusan ko, kawan2 ko tetap akan berada di belakang ko...:)

Dinas Aldi said...

x tau nak cakap apa tentang hal ni sebelum ni tapi dari apa yg Angah tulis selama ni, akak dah boleh read between the lines. semoga Angah tabah menghadapi dugaan ni. apapun keputusan Angah, akak percaya adalah yg terbaik utk diri Angah & juga anak2..may Allah bless u, dik.

Ummi said...

angah, ummi tak tahu nak komen, tapi dari apa yang oren dan luna cakap tu akak setuju sangat

akak doakan semoga Allah melindugi keluarga angah dari segala yang tidak baik, buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak dan angah sendiri

Angah said...

Aida
thanx..I know i can count on you guys for support..

Kak dinas
InsyaAllah kak..

Ummi
Betul. nak mencapai keputusan yag terbaik tu yang perlukan masa dan rasional akal yg tinggi.

Arena said...

Sis I dont know what to say. Aku rasa ko sangat strong orangnya. Dan selalu boleh buat keputusan yang rasional tanpa terlalu mengikut emosi. Jaga diri baik2.. Moga2 yang baik2 comes your way.

Angah said...

Arena
sedang mencari kekuatan la ni..insyaAllah aku ok..

izawani said...

Angah, akak tunggu gak email. Tak dapat pun... tapi apa apa hal pun, akak harap semuanya berjalan dengan baik. Kekadang hormon juga membantu keadaan semakin teruk. Cuma harap dapat bertahan semoga tak menjadi lebih teruk...

P/s: Akak benornya tak tau apa citer nih...