Friday, September 24, 2010

MAKAN MAKAN

Seminggu ni mmenuhi undangan rumah terbuka hari raya kengkawan. Harus hadir sebab hormat jemputan yang dihulur.

Malam tadi ke open house Abg Rahim. Dia buat depan kedai basikal dia je. Bagus idea kan, untuk kembangkan bisnes. Masakan nasi briani yang superb dan ada kambing panggang juga. Kenyang aku.

Minggu ni sesi merabak poket untuk baby yang anytime soon akan pop out. Ramai cakap kenapa lambat sangat. Ye mungkin lambat pada sebilangan orang tapi pada aku tak pulak. Cuma akan beli keperluan asas saja untuk hari-hari awal kelahiran. Bayi ni cepat besarnya, kang beli banyak2 sebulan dua dah tak muat pulak. Bila baby dah menginjak bulan nanti boleh beli lagi. Dah anak ketiga jadi keterujaan tu dah kurang kot. Belian pun on need basis saja.

HATI TENANG

Semalam berborak lama ngan kawan maya. Lega perasaan lepas dapat bercerita dan berkongsi rasa. Ya..aku patut channel energy aku pada anak yang bakal lahir ni. Itu kan rahmat dan rezeki Allah yang sangat besar, yang bukan semua orang berpeluang menikmatinya. Hal yang lain-lain tu tolak ketepi dulu.

TAK SERIK - DRAMA RAYA SEBABAK

Mereka kantoi lagi! Masih tak serik2 walaupun sudah berkali-kali kantoi. Ye lah..tepuk sebelah tangan masakan berbunyi. Kali ni bersemuka dengan ayah dan ibu..dan seperti dijangka, memang tidak direstu. Teruk juga kena basuh, kena bambu. Kalau lekat kat kepala bagus lah, kalau tidak dan masih nak meneruskan permainan pun terpulanglah...bak kata Nabil "lu pikir la sendiri" yang jadi mangsa tetap tidak tergugat andai apa2 berlaku. Itu pasti kerana selama ini pun berdiri atas kakinya sendiri tanpa ada bantuan sesiapa pun...walaupun si pelaku itu!

9 comments:

oren said...

alhamdulillah..ko kena kuat semangat..dan nampaknya sokongan utk ko semakin kuat..si 'pelaku' pon tak leh menang nampaknya..hikhikhik..

betui..betui..si awatif hari tu pon, aku cuma belikan sepasang jek baju newborn..yang lain pakailah hat turun temurun dari zaman kakak mira dan abang2nya..hikhikhik..la nih buleh la kalo nk beli mcm2 skit (girly dress)..tu pun takat baju jln jeklah..kalo baju harian, pakai jek t-shirt abang chik..banyak yg dah buleh diperturunkan..

Angah said...

oren
insyaAllah..dengan sokongan family "pelaku" ngan kengkawan mcm korang ni aku akan harung jugak apa pun yg datang..aku kena kuat untuk anak2..yang lain boleh kelaut kekdahnya..

aku plak x simpan baju hat lama2, semua sedekah kat orang hihi..

kakLuna said...

lagi tinggi ilmu,lagi tinggi pangkat lagi besar ujian, tp smua tu bkn kerana Allah benci tapi kerana sayang..

masa ni lah ko apply hasil2 kursus management/motivation/decision making etc..aku pasti banyak kursus ko dh lalui..maybe dlm kerja x dpt praktiskan jd Allah bg peluang praktiskan nya dlm kehidupan rtangga..

ni bkn between ko dgn pelaku tp ko dgn Allah..pelaku cuma asbab..ko pun dh wat yg terbaik,samada dia nak berubah atau x bkn dlm kawalan ko...tp ko boleh mengawal diri ko supaya lebih sabar dan mendahulukan apa yg penting..selebihnya, biarlah Allah yg menilai dan membalas setiap inci perbuatannya. Allah maha adil,itu yg ko kene sematkan dalam-dalam.

mamalisa said...

kalau serabut-serabut luahkan jekla pada org yg boleh dipercayai..x pun pada blog..

excited yer nak dpt baby :=)
tumpang happy dan berdebar heheheh

Angah said...

luna : thanx dear..semua yang berlaku ada hikmahnya kan. Mungkin dengan ujian ni aku akan jadi insan dan hambanya yang lebih baik insyaAllah

Mawar : nak luah pun kengkadang tak terluah hihi..berdebar juga ni sebab last bersalin 3 thn lepas kan..

Arena said...

Sabar sis,

Betul tu channel your energy to the baby tu..letih nak layan mender2 lain tu.

Angah said...

Arena : benda lain biar orang lain melayan kan haha

Arena said...

Ngah kasik email addres, nak tanya pendapat ko pasal rumah yang aku tengah nak beli nih.. tq babe..

Zana Jay. said...

go angah go angah go!!! (kenapa yek???)

bersalin kat mana? kalau kat Klang boleh la muyi-muyi...hehehe, lama giler tak jumpa ko..