Wednesday, September 01, 2010

PELITA RAYA

Gril dah siap pasang. Baru tenang hati bila tinggalkan rumah. Lagi2 nak balik lama ni kan. Untuk RM4k aku puas hati la dengan penghasilan dan pemasangannya.

Semalam sambil nengok derang pasang gril, aku buat creme caramel 4 sarang ( 2 adunan setiap sarang), bawa ke rumah pak mertua aku untuk majlis buka puasa. Selera sungguh aku makan mlm td sebab lauk2 kampung. Singgang ikan aya, pucuk ubi rebus, sambal mangga dan ikan goreng. Ada la menu sampingan lain yang adik2 ipar bawak.

Baliknya beli minyak tanah, semangat nak pasang pelita kan. So dengan gigih la pasang pelita. Tapinya baru pasang 5 minit dah padam. Angin kat kawasan umah aku ni kuat. Malas la plak nak idupkan berkali-kali. Anak2 dah rekues bunga api. Adehh mana la nak cari. Bebudak kan, memang itu la seronoknya raya pada mereka pun.

Tetiba rasa syahdu plak. Teringat arwah ayah yang memang semangat part2 pasang pelita ngan layan anak2 main bunga api ni, sambil dia isap rokok, minum kopi atas pangkin kat umah, nengok2kan anak2 main. Habis sebatang..sebatang lagi bunga api dicucuhkan. Tak pernah diberi anak2 cucuh sendiri. kalau bunga api yang batang besi tu, dia petikkan pelepah pisang untuk cucuk batang bunga api tu. Kalau bunga api tu tak terbakar dia terus buang. takde la try2 cucuh gak. Ya allah, rindunya aku pada arwah..dia meninggal dunia 14 Syawal.

Mak bapak sekarang berapa ramai buat camtu? pantau anak2 masa main bunga api. Yang banyaknya aku tengok anak2 main ikut suka je kat luar rumah. mak bapak dalam rumah tengok TV. Agaknya tu yang tetiba anak lari masuk rumah muka pecah/ jari ilang..nauzubillah. Pengawasan tu yang penting kan.

Alhamdulillah cuti raya pun boss dah approved. Lama gak aku cuti, dari 8-19 September. Sebab utamanya Taska bukak 20hb. Dah mana nak letak anak2 kan. Ada hikmah juga tu. Boleh raya puas2. Pastu ada la dalam 20 hari sampai aku due. Kalau betul sampai due la. Mana tau bersalin awal ke kan. Bukan boleh jangka benda2 camni...

Disebabkan berat aku turun kan..kena la repeat Klinik petang ni..chow!

9 comments:

oren said...

wei, berat turun tu, tanda dh nak dekat dah bersalin..

(bagi aku ler)..

all the best 4 u, semoga semuanya dipermudahkan utk ko sekeluarga..

oren said...

jom join contest nih..

utk BF mom..

http://alinalan.blogspot.com/

nih suka suki jek..kalo takmo, takpe..tak marah..hikhikhik..

Dinas Aldi said...

yalah sekarang ni bebudak main bunga api xda pemantauan pun, pakai biar ja. takut betul jadi macam2, na'uzubillah

NONIE AZIZ said...

anak-anak aku pun dah minta beli bunga api tapi tulah mana nak cari...pelita pun memasing dah sibuk bertanya bila nak pasang pelita.....dah dekat dah due ko angah? raya balik klang tak?

kakLuna said...

aritu aku dah belikan dah bunga api seberkas tu dlm rm3 (zaman kita kecik2 dulu rm3 dpt sekotak (5 berkas kot))..sambil main mmg aku tgk2 kan, takde biar camtu je wpun dia berani.

satu hari tu je lah bg melepaskan ngidam...aku beli kat psr ramadhan sg petani.pastu aku bgtau dia bhw main mercun bunga api bkn budaya kita..yg utama ialah menjalani ibadat di bln ramadhan..

masa jalan2 kat psr ramadhan parit buntar pun ada jugak org jual bunga api, tapi dia tak mintak pulak..maybe ingat kat pesan aku yg bunga api bkn budaya kita..hehehe

Hambali ® said...

selamat raya semua angah .... aku sokong kalo ko bagi je anak2 main bunga api. Takyah la kita rigid sangat dok tarbiah anak kata itu bukan budaya kita la itu la ini la.

Depa pun nak merasa suasana seronok tu. Tapi kita kena jaga je la. Dan pastikan dia main bunga api je, bukan mercun.

Kamil said...

anak saya merengek suruh saya pasang pelita raya. Mahu tidak mahu ikutkan juga kalau tidak saya dikatakan ayah yang tidak "sporting". Namun melihat pelita raya meliuk2 ditiup angin..kenangan mengimbau semasa di kampung dulu berpuluh tahun lalu yang memang tidak ada api elekrik pun...

Angah said...

Oren
berat turun sbb puasa rasanya. contest tu aku cek nnt..mcm menarik

kak dinas
Kannn..mncegah lagi baik dri mengubati kan

Nonie
susah nak cari bunga api skrg ni. aku due 10/10. Thn ni raya klang yeahoo..ko shah alam je kan..bleh beraya umah ko ek..

Angah said...

kakluna
bebudak biasa la..tu la raya pada derang, pelita, lampu lip lap, bunga api..main sikit2 ok la ye tak..

sme
betul, apapun pengawasan org dewasa ni perlu. jgn yg dewqsa lagi dasyat main sudah..

kamil
memang betul..syahdu mengimbau kenangan especially dengan arwah ayah dulu..