Ok..ok ini cerita basi. dah banyak kali nak tulis tapi banyak kali lupa jugak. Urat dah banyak putus..tapi tetap menten ayu haha..
Awal bulan 1 lepas aku pergi Cameron Highland. Pegi pagi Sabtu dan balik tengahari Ahad. Gila kan! Ceritanya ada Yellow Ride sempena Le Tour De langkawi. So abang ngan geng2 otai kayuh Kuantan join la. Dan sebab kayuhan tu kat Cameron Highland maka pakat2 bawak family memasing. Sudahnya ada 6 family dan beberapa yang bujang ikut sekali. 9 kereta semuanya.
Sekarang ni dari Kuantan dah senang dan cepat kalau nak ke Cameron Highland. Dulu kena masuk Selangor pastu masuk Perak baru sampai sana. Ferrr kena pikir 10 juta kali la. Sekarang ni ikut Jalan baru Pos Betau kat Lipis..ala jalan Sungai Koyan tu...terus sampai ke Ringlet. Saya sangat suka!
kami sampai Pos Betau tengahari. Lepas makan dan solat, yang lelaki start kayuh ke Tanah Rata (60km) dan family teruskan drive ke puncak la. kali tidur kat Desa Anthurium Apartment. Geng2 kayuh sampai puncak lepas Maghrib.
Aku bawak Rexton. Haaaa..ini cerita yang x best dan untuk ibu2 sekelian, jangan ikut apa aku buat kalau tak biasa memandu. Aku akui sangat bahaya. Daripada Pos Betau Ana (anak abg Rahim) tolong dukung Riefqi sampai Ringlet. Itupun nangis2, buat konsert. Aku tak ikut konvoi dah, terus pecut jek. (sombong sket sebab keter besau haha)
Sampai Ringlet aku susukan Riefqi sementara tunggu keter lain sampai. Tertidur la dia. Ni satu lagi hal nak ke Tanah Rata kan..tau la jalannya mendaki dengan bengkang bengkok tu. Nak lepaskan breast kang dia mengamuk plak lagi. Jadi dengan konfidennya aku drive ke Tanah Rata dengan satu tangan ampu Riefqi tengah menyusu dan satu tangan kat stereng. All the way up to Tanah Rata!
Sebenarya sebab aku bawak Rexton yang aku berani. Tinggi kan, nampak jelas semuanya. kalau keter biasa mmg tak berani. Sure ada tanya nanti suruh la org lain drive. Masalahnya takde yg boleh drive huhuhu..
Ok habis cerita ketereran aku drive haha..duduk sana 1 malam je. Esoknya tu lepas habis Yellow Ride, kami naik ke Brinchang membeli apa2 yang patut la. Seriously aku tak beli apa-apa pun kecuali strawberry, madu ngan jagung. Sayur mayur aku tak beli sbb kat pasaraya pun banyak haha..tapi sayang madu yang aku beli tertinggal masa sibuk beli strawberry.
*ish aku benci la sebut madu ngan berry nih*
lepas tu tak singgah mana dah. Straight balik Kuantan. Oh singgah Sungai Koyan makan tengahari kejap. Sampai rumah dah malam. Terus tido. Kesian Arief la sebab dia sekolah esoknya tu. Aku kan masih cuti bersalin masa tu.
Itu la cerita percutian terkejut aku. Takdenya nyinggah farm2 bagai atas tuh. lenkali la ye..
Monday, January 31, 2011
Thursday, January 27, 2011
RIEFQI BAM BAM
Saja nak tepek gambar Riefqi. Gambar agak lama tapi takpe la..
Ni kat umah nenek. Lepas mandi. Akhir bulan 12 lepas. Masa ni abang pegi Langkawi buat trek basikal. Aku ngan anak2 amik peluang lepak seminggu kat umah emak.
Ini Riefqi yang dah berCD. Ibu nak cuba menjimatkan duit dan menyelamatkan bumi katanya haha..Tambah tambun anak aku bila berCD lagi2 waktu malam sebab pakai 2 inserts kan.
Ok makcik2 sekelian, sila cakap anak saya comel macam saya ok...

Wednesday, January 26, 2011
TAMPAR
Petang semalam arief mengadu cikgu lempang dia. Ini boleh menaikkan kemarahan nih. Aku pun tak lempang anak regardless of his mistakes and missbehaviour ok! Islam pun tak benarkan lempang anak, nak rotan pun kat kaki je ok!
My point is that, Arief baru darjah 1, benda apa la yang budak darjah 1 tau selain pi sekolah dan main2. Aku tak kisah kalau cikgu denda atau hukum anak aku untuk mengajar dan beri peringatan. nak cubit ke, nak rotan ke silakan la tapi jangan sesekali tampar muka dia.
Kena ingat kita pukul kalau dalam keadaan marah sure tak terkawal tenaga kan, kalau terkuat dan cedera gegendang telinga anak aku camne? nak cakap sori je ke? Itu fizikal damage takpe la..yang aku bengang ni psychological damage. dah pagi tadi seksa aku nak suruh dia pegi sekolah sebab takut. dah la budak tu boring kena ulang kenal huruf dan suku kata padahal dia dah boleh membaca lancar...tak hangen 1 badan aku ni.
Patut awal2 persekolahan ni la kita nak semai rasa seronok belajar, seronok pegi sekolah. Aduhai..SPM 10 tahun lagi la cikgu wehhh..aku faham kadang2 anak2 ni nakal dalam kelas. Dah namanya pun budak kan.
Tak pasal2 aku kena la pegi mengadap cikgu besau sekolah tu. Tak..bukan aku nak membela anak. Bukan itu maksud aku, cuma jangan melampaui batas la kan. Aku tak emo2 pun masa cakap ngan cikgu tu. aku emo kat sini je. Aku pun berdiplomatik juga. aku cakap elok2 la masalah yg akan timbul dengan perlakuan dia pada pelajar kan..
Harap cikgu tu boleh ambil peringatan la ngan teguran aku. Untuk masa depan kerjaya dia jugak. (dah mcm boss berleter la plak hahaha) aku pun cakap aku akan tegur anak aku supaya bagi lebih perhatian dalam kelas.
LETIH
Letih emosi adalah lebih letih daripada letih badan kan...aduhai hati....sampai bila kau kena tanggung keletihan ini?

Tuesday, January 25, 2011
BEG
Start kerja ni aku berperang dengan beg setiap hari. Banyak beg tau. Tiap petang unpack dan repack lepas tu susun tepi pintu, mudah nak angkut masuk kereta tiap pagi. Mujur tak terus sumbat dalam kereta waktu malam kan haha..Ok meh aku senaraikan semua beg tu..aku rasa makcik oren pun sama je ngan aku kot ye..
1. Beg sekolah Arief
2. Beg KAFA Arief
3. Beg Tadika Adneen
4, Beg Taska Riefqi
5. Cooler bag susu Riefqi
6. Tote bag aku
7. Cooler bag aku
8. Beg baju abang
9. Botol air 2 liter aku.
Sebelah petang ada tambah 1 lagi beg iaitu beg CD kotor. Penuh kereta ngan beg je la haha..
Rutin hujung minggu pun dah bertambah. Memang kena bajet masa betul2. Masa Riefqi tidur la aku nak setel semua benda. Mujur part menyapu ngan mengemop lantai abang dah ambil alih. Hujung minggu aku iron baju dan tudung kerja, uniform Arief utk seminggu, sterile semua botol susu, buat kuih/daging burger dan bekukan untuk bekal kerja ngan sekolah. Aku bahagikan stok basah ikut hari dan menu mingguan. Siap blend bawang/potong sayur/siang ikan ayam dan simpan, senang nak masak masa balik kerja. Amik dan campak dalam periuk/kuali. Buat semua ni supaya during weekdays aku tak la terkejar2 nak buat dan boleh rileks sket.
Sangat la berbaloi beli wrapper plastik tu kan, untuk simpan sayur yg dah dipotong. Mujur juga ada microwave, senang aku nak defrost benda nak masak. Huih..santan beku pun aku main campak je dalam masakan. takdenye nak nunggu cair dulu haha..asal rasa tak berubah sudah la. Janji aku boleh memasak setiap hari untuk family kecik aku.
Alhamdulillah dalam 1 jam aku dah boleh siap cuci baju (sampai rumah terus basuh), masak nasi dan at least 2 lauk la. Lps maghrib tu dinner, packing beg anak2 sambil tengok kerja sekolah Arief. Tengok TV kejap sambil lipat kain/susukan Riefqi. Pastu sidai baju. Tapi rutin ni kadang2 tersekat jugak, tengok la kadar rengekan Riefqi juga kan hehe..by 11.00 pm aku setel semua, aku basuh CD plak dan rilek menikmati secawan horlick sblm sidai CD dan tidur. Anak2 dah dilatih tidur pukul 10.00pm.
Dengan kadar kesibukan aku ni, aku pelik kenapa aku tak kurus lagi..adehhh.. Dan walaupun nampak aku tak perlukan maid, aku sebenarnya tengah mencari maid sebab aku banyak outstesen dan balik lambat dari tapak projek/pemantauan dan senang aku nak tinggal anak bila nak pi kayuh..

Wednesday, January 19, 2011
KEMBANG
Semalam bawa Riefqi pi checkup 3 months. Alhamdulillah semua ok. Berat terkini 7.3kg. Doktor kata hati2 sebab dah nak sampai line merah lebih berat badan. Aku angguk jek la. bukan aku bg makan pun kan, cuma susu ibu jer.
Disebabkan ramai patient jadi lambat la balik dari klinik. dah dekat 4 jam kuar pejabat, jadi terpaksa la amik leave. Riefqi plak petang smlm cranky semacam sampai la pagi tadi. Pagi ni pukul 4 pagi dia bangun sampai sudah ke taska. Zombie aku jadinya.
Tadi amik dia terus masa pi nyusukan. Badan dia agak panas, merengek2 plak. Kesian dia. Boss plak kebetulan takde jadi aku bawa je ke opis. Ini la rutin ibu kan..walau camne sibuk sekalipun anak tetap top priority. Jadi sila hargai ibu anda! (khidmat pesanan masyarakat).
Puding roti yang aku buat minggu lepas. saja nak menghabiskan roti wholemeal yg dah nak expired. Jagung tu hasil tanaman kat belakang rumah. saja aku lapis-lapiskan antara roti bagi rasa lain sket. Sedap juga tambah plak ngan taburan chocolate chips hehe..anak2 pun suka. lenkali boleh buat. Resepi aku main bantai je ikut sesedap rasa tapi based pada resepi asal yg aku dapat kat internet la.
Bahan-bahan
Roti wholemeal 6 keping
margerin secukupnya
susu cair 1 cawan
telur 1 biji
tepung kastard 1 sudu
gula 2 sudu
esen vanila sikit
jagung/chocolate chips
Cara buat
sapu margerin pada roti (roti tu aku potong 4)
susun selang seli dengan lapisan jagung dalam mangkuk kaserol (loyang kecik pun boleh)
Campurkan semua bahan lain pastu tuang atas roti.
Biarkan dalam 20 minit bagi serap
Bakar suhu 200c 20 minit. (sebab nipis, kalau tebal bakar la lama lagi)
Ni aku agak2 je...slmt mencuba..
Monday, January 17, 2011
FIRST DAY
Setelah 3 bulan bercuti, hari ni start kerja. Hari ni jugak first day Arief masuk transit kat Tadika (van amik pastu petang ada kelas Fardhu Ain), Adneen pun dah upgrade masuk tadika dan paling tak best hari ni jugak Riefqi duduk taska. Sebulan RM655 untuk 3 anak. Itu pun lepas diskaun sebab aku hantar semua kat Tadika yang sama. Kalau aku amik maid pun untung kan. Clear rumah kann..
Pagi tadi bangun pukul 5.40 pagi. Gila awal! Masak bekal Arief (hari ni dia bawa nasi goreng ngan nugget), setel EBM dan setel dishes. Ayah dia gerak anak2 sambil aku susukan Riefqi. By 6.50 dah ready untuk keluar. sekolah Arief jauh dari rumah, tengah bandar plak tu (berhadapan ngan Kuantan Parade) jadi kena keluar awal sket lah
Sebenarnya memang dalam proses nak amik maid. Nak kira mampu sangat tak juga tapi dah rasa satu keperluan sebab kerja aku yang banyak balik lewat, lawat site, meeting jauh2, outstation lagik memang perlukan aku amik maid. Bukan tak harap kat suami tapi memang tak harap pun hahaha..nak jaga yang besar2 tu ok, yg baby tu masalah sket la kan.
Memandangkan Taska Riefqi hanyalah sepelaung dari opis maka aku cuma bekalkan 3 botol susu je untuk feeding. sebab tengahari aku akan pergi susukan dia. sambil susukan anak sambil spot check kan. Aku bayar mahal maa..
Oh cerita pagi tadi. Aku masih dalam time adjustment untuk pastikan anak aku sampai tepat masa kesekolah dan aku sempat punch in sblm pukul 8. Tadi macam ok tapi aku ngelat. Aku punch in pastu kuar balik. Kuar rumah hantar Arief, pastu aku punch in, pastu hantar Adneen, Riefqi dan beg baju arif ke 3 bangunan yang berbeza...hazab rasa hehe.. Tadika Al-Azid ni asingkan terus ikut umur kat 3 bangunan berbeza.
So aku cadang, abang hantar Arief pastu hantar beg dia kat Pusat fardhu Ain. Aku hantar Adneen ngan Riefqi pastu terus masuk opis. Nak pi susukan Riefqi pun mudah ada kereta. Takkan hari2 nak rembat kereta opis kan..
So itu la cerita first day aku ngan anak2. Petang ni nak buat adjustment rutin selapas baik kerja pulak, ye la membasuh, memasak, menyidai, menyumbat barang dalam beg anak2, handle EBM kan. Menggosok tak perlu sebab aku gosok dah stok seminggu.
Wokeh, sekarang nak adjust ngan kerja opis yang dah 3 bulan ditinggalkan...mcm menggunung je dokumen atas meja adehhhh..toddles..

Thursday, January 06, 2011
BEKAL
Arief komplen makanan kat kantin tak sedap. Jadi aku start bawakan bekal ke sekolah. Kelmarin mee goreng, semalam burger, hari ni nasi goreng ngan muffin. Harapnya aku boleh teruskan masak awal pagi untuk bekal dia ngan aku jugak. Harap2 Riefqi tak buat konsert awal pagi..
Mewah kan bekalan haha..siap kongsi ngan kawan lagik..
RINDU
Aku sangat rindu nak sarung jersey basikal dan berkayuh semula. Belum ada kesempatan nampaknya. Jersey masih muat, cuma agak sendat di dada haha..aku kan breastfeed..
Ni ngan kak Ima masa Kayuhan Jantungku. Yer..abaikan la ketatnya pakaian aku yek..dah memang cenggitu kekdahnya hihi..

Sunday, January 02, 2011
BARU
Selamat tahun baru 2011. Tahun yang bakal memberi cabaran baru pada aku sebab anak sulung aku dah masuk darjah 1, anak dara dah masuk tadika, dan ada baby pulak. InsyaAllah aku boleh manage..
Tahun 2010 yang ditinggalkan banyak mencatat kenangan pahit manis, turun naik kehidupan, sedih gembira perasaan seorang wanita bernama angah. Tapi aku redha dengan semua yang terjadi, aku bersyukur dengan semua kurniaan dari Allah. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku pada kita kan.
Ok tutup buku lama, kita tutup buku baru. Minggu depan pun dah start kerja lepas 3 bulan berjoli katak duduk rumah..alahai..berat aku pun naik la adehhhhh.. sedap sangat baking muffin, kek, biskut bagai kan.
Alhamdulillah juga, aku dah mula dapat tempahan muffin. Tak..aku tak buat cupcakes yang cantik2 mcm kakpnut buat sebab aku tak pandai, tak artistik. Aku cuma buat basic muffin dan kek yang customer rekues. Minggu ni nak buat chocolate muffin dengan cheese cake 3 biji. Aku cadang nak buat mini donut pulak..doakan bisnes kecil ni sukses ya.. oh aku jual guna nama Arineen's Delights.
jom layan gambar donut spisis tak berlubang..aku malas haha.. ni anak bujang rekues masa kat Klang aritu. anak aku kata best.
Bahan (aku agak2 je)
4 mug tepung
250ml susu segar
mauripan 1 paket
soft marjerin (1/2 bekas yg kecil tu)
gula 1 sudu
garam sikit
Cara buat
campur susu, mauripan dan gula
ramas tepung dan marjerin, letak garam sket.
masukkan campuran susu dlm tepung dan uli
biarkan naik sekali ganda
uli skali lagi (buan angin)
bentuk ikut suka dan biar naik skali lg.
goreng dan letak la ikut suka gula ke, coklat ke, sambal ke..ikut suka laaa
slmt mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)