Wednesday, January 19, 2011

KEMBANG

Semalam bawa Riefqi pi checkup 3 months. Alhamdulillah semua ok. Berat terkini 7.3kg. Doktor kata hati2 sebab dah nak sampai line merah lebih berat badan. Aku angguk jek la. bukan aku bg makan pun kan, cuma susu ibu jer.

Disebabkan ramai patient jadi lambat la balik dari klinik. dah dekat 4 jam kuar pejabat, jadi terpaksa la amik leave. Riefqi plak petang smlm cranky semacam sampai la pagi tadi. Pagi ni pukul 4 pagi dia bangun sampai sudah ke taska. Zombie aku jadinya.

Tadi amik dia terus masa pi nyusukan. Badan dia agak panas, merengek2 plak. Kesian dia. Boss plak kebetulan takde jadi aku bawa je ke opis. Ini la rutin ibu kan..walau camne sibuk sekalipun anak tetap top priority. Jadi sila hargai ibu anda! (khidmat pesanan masyarakat).


Puding roti yang aku buat minggu lepas. saja nak menghabiskan roti wholemeal yg dah nak expired. Jagung tu hasil tanaman kat belakang rumah. saja aku lapis-lapiskan antara roti bagi rasa lain sket. Sedap juga tambah plak ngan taburan chocolate chips hehe..anak2 pun suka. lenkali boleh buat. Resepi aku main bantai je ikut sesedap rasa tapi based pada resepi asal yg aku dapat kat internet la.
Bahan-bahan
Roti wholemeal 6 keping
margerin secukupnya
susu cair 1 cawan
telur 1 biji
tepung kastard 1 sudu
gula 2 sudu
esen vanila sikit
jagung/chocolate chips
Cara buat
sapu margerin pada roti (roti tu aku potong 4)
susun selang seli dengan lapisan jagung dalam mangkuk kaserol (loyang kecik pun boleh)
Campurkan semua bahan lain pastu tuang atas roti.
Biarkan dalam 20 minit bagi serap
Bakar suhu 200c 20 minit. (sebab nipis, kalau tebal bakar la lama lagi)
Ni aku agak2 je...slmt mencuba..

2 comments:

Dinas Aldi said...

ohh saya sangat menghargai mak saya! hehehe. nampak sedap la puding roti tu, yum yum!

Hambali ® said...

woooo nampak sedap