Wednesday, January 26, 2011

TAMPAR

Petang semalam arief mengadu cikgu lempang dia. Ini boleh menaikkan kemarahan nih. Aku pun tak lempang anak regardless of his mistakes and missbehaviour ok! Islam pun tak benarkan lempang anak, nak rotan pun kat kaki je ok!

My point is that, Arief baru darjah 1, benda apa la yang budak darjah 1 tau selain pi sekolah dan main2. Aku tak kisah kalau cikgu denda atau hukum anak aku untuk mengajar dan beri peringatan. nak cubit ke, nak rotan ke silakan la tapi jangan sesekali tampar muka dia.

Kena ingat kita pukul kalau dalam keadaan marah sure tak terkawal tenaga kan, kalau terkuat dan cedera gegendang telinga anak aku camne? nak cakap sori je ke? Itu fizikal damage takpe la..yang aku bengang ni psychological damage. dah pagi tadi seksa aku nak suruh dia pegi sekolah sebab takut. dah la budak tu boring kena ulang kenal huruf dan suku kata padahal dia dah boleh membaca lancar...tak hangen 1 badan aku ni.

Patut awal2 persekolahan ni la kita nak semai rasa seronok belajar, seronok pegi sekolah. Aduhai..SPM 10 tahun lagi la cikgu wehhh..aku faham kadang2 anak2 ni nakal dalam kelas. Dah namanya pun budak kan.

Tak pasal2 aku kena la pegi mengadap cikgu besau sekolah tu. Tak..bukan aku nak membela anak. Bukan itu maksud aku, cuma jangan melampaui batas la kan. Aku tak emo2 pun masa cakap ngan cikgu tu. aku emo kat sini je. Aku pun berdiplomatik juga. aku cakap elok2 la masalah yg akan timbul dengan perlakuan dia pada pelajar kan..

Harap cikgu tu boleh ambil peringatan la ngan teguran aku. Untuk masa depan kerjaya dia jugak. (dah mcm boss berleter la plak hahaha) aku pun cakap aku akan tegur anak aku supaya bagi lebih perhatian dalam kelas.


LETIH
Letih emosi adalah lebih letih daripada letih badan kan...aduhai hati....sampai bila kau kena tanggung keletihan ini?

7 comments:

aD said...

setuju. budak 7 tahun dilempang.. ada akal letak kat lutut. sure cikgu tu belum ada anak. kalau ada try lempang anak dia yang sebaya dengan anak kita. tengok reaksi dia macam mana.

Ina said...

Salam,
Ina sbg cikgu pun sgt333333 tidak setuju seawal darjah 1 dilempang.... teruknya!! Lepas jumpa, cikgu tu cakap apa?

ina

Nik Ha said...

akan jumpa cikgu besar jgk kalau ank kena lempang,kalau pukul/cubit selain muka & kepala ok lar

Dinas Aldi said...

wehhh, apa ke hal cikgu tu lempang budak? darjah 1 plak tu, apa la sangat dosa budak umur 7 tahun tu? mana boleh lempang2, kalau nak denda boleh rotan saja. itupun bukannya semua cikgu dibenarkan untuk merotan pelajar.

bila orang komplen, cakap mak bapak sekarang masuk belah anak tapi cikgu pun nak denda jangan la ikut perasaan.

eh, emo pulak akak ni.

oren said...

mmg patut ko sound cikgu nesau..tp lagi baguih kalo dpt lempang balik cikgu yg lempang arief tu..ggrrr...geramlah!!

izawani said...

Oh... akak tiap hari lempang lempang anak... tiap hari sepak bontot anak... tiap hari tumbuk tumbuk perut mereka... Tapi mereka tak kesah pun... hehehe... nak bagi mereka kuat... dan tahan gurau...

Tapi, tetap la cengeng jugak mereka... nangis jugak tak mau pi tadika biarpun tak pernah kena lempang dengan cikgu... Mama dia lempang dia tiap hari ni jugak yang dia nak mai dekat...

p/s: Siap tanya anak... mama nak lempang skit bley ? Anak pun dengan suci murni hulurkan pipi utk dilempang... hahaha...

Dera anakkah ??

Anonymous said...

memnag tak patut cikgu wat cam tu