Tuesday, June 28, 2011

RUANG TAMU

Kawanku cik senah (bukan nama sebenar).. Ini la rupa ruang tamu aku. Sebab ko nak tengok kan, sebab ko tak percaya yang rumah aku sangat la minimalis. Kan aku cakap rumah aku ni perabotnya mesti berfungsi dan tidak mengumpul habuk. Sebab aku malas nak kemas ok..


Eh memang gaji aku besar, memang aku mampu. CUMA..cek senah oiiii..aku pilih untuk tidak berlebih-lebihan. Baik la aku invest duit aku kat mana2. Dapat pulangan balik. Kalau cik senah nak beli perabot mahal2 silakan lah..aku tumpang suka.

Eh aku pun ada set2 pinggan mangkuk vantage/corelle/vision/noritake tu semua. Aku pakai hari2 lagik vantage tu tau. aku simpan dalam lemari kat dapur je cik senah..bukan takde duit nak beli lemari display cik senah..semak la rasa, aku kan malas nak mengemas/mengelap bagai nih.

SOLID FEEDING - BUBUR KAROT

Aku percaya konsep natural parenting. Aku cuba sedaya upaya ikut konsep ni dalam membesarkan anak. Susu ibu, makanan masak sendiri, trial and error dan sebagainya lah..untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak2 aku. IQ tu penting tapi EQ pun penting juga.

Ada kengkawan yang bertanya camne aku bagi makan anak. Suap je la haha..ok la aku kongsi sikit2 apa yang aku praktikkan sejak Arief lahir 7 tahun lepas. Tak susah mana sebenarnya, janji kita sebagai ibu rajin membaca, rajin bertanya, rajin mencuba.

Rule of  thumb..dari 0-6 bulan makanan untuk anak hanyalah susu ibu, tanpa makanan lain hatta air masak sekalipun. Susu ibu tu dah ada 88% air dalamnya. Yakinlah ibu2 sekelian. Arief, Adneen dan Riefqi hanya minum susu ibu sepanjang 6 bulan pertamanya.

6-12 bulan, baru boleh kenalkan solid food. kalau melalui pembacaan, ada yang mulakan dengan pureed fruit/vege. Aku mulakan dengan bubur kosong saja. Masak bubur dan blend sikit. Texture kena halus sebab baby baru nak belajar kenal solid kan. Memula tu ada la sesudu je masuk perut yang lain sepah je. Takpe kayuh slow2 ok.

Lepas tu boleh apply 4 day rule. Aku buat 1 week rule sebab malas haha. Kenalkan makanan yang berbeza selang seminggu. Masa ni aku dah start buat puree buah2 dan sayur.

Lepas umur 7 bulan, aku kasarkan sikit texture bubur tu. Sebab guna slow cooker kan, jadi ejas dengan jumlah air lah. Aku tambah sayur/kentang/karot dan bilis/ayam. Sampai la sekarang ni umur dia 8 bulan lebih.

JANGAN TAMBAH GARAM, PERASA ATAU GULA!!!

Kat bawah ni resepi bubur karot bilis. Cara semua sama, tukar je sayur tu nak apa. Sila guna slow cooker sebab senang..effortless org kampung aku kata.

Beras 2 sudu besar dan air 3/4 periuk. Buat banyak sebab kakak suka ngendeng.
Karot sagat, ikut la nak banyak mana. kalau nak puree siap2 pun boleh juga. Boleh tukar dengan kentang/keledek/labu ikut suka lah


Masukkan karot sagat dalam periuk dan tutup. Guna setting high.


Keesokannya, dah siap dan texture sangat lembut, sedia untuk dihidang. Bilis tu nak tambah masa masak pun boleh, nak tabur masa ni pun boleh.

Nanti aku kongsi resepi lain ya.

Kenapa aku tak bancuh nestum? disamping aku ni kedekut nak beli, aku jugak malas nak membancuh tiap kali nak bagi makan hihi..kang terpekat la, tercair la..dan dari satu segi aku percaya konsep air tangan ibu. Dah la aku tak dapat suap dia makan, jadi seboleh mungkin biarla aku masak makanan dia. Dan juga bagi dia rasa different taste dari kecik supaya besar nanti tak memilih makanan. Terbukti dengan abang dan kakak..senang makan sayur, bagi la apa pun belasah je.

AL KISAH PAM SUSU- KISAH AKU JUGA

Sejak aku bersalin anak pertama tahun 2004, anak kedua 2007 dan anak ketiga 2010, dah banyak juga pam susu yang aku guna.

1. Medela manual (tak ingat spesifik jenis)
2. Medela mini electric (dah jual)
3. Medela Harmony (masih guna sampai sekarang)
4. Medela PISA (dah jual)
5. Medala FS (bateri pecah)
6. MODU (baru beli)

Banyak kan..dan semuanya Medela. Kenapa? sebab personally aku rasa pam2 ni semua bagus. Tapi pam bagus pun tak menjamin susu yang banyak ok..kalau ibu malas mengepam. Aku ada kawan yang guna pam manual je. Tapi berjaya susukan anak sampai 2 tahun. Aku guna pam manual untuk pam in between feeding je, kalau rasa breast masih ada susu.

Masa aku guna PISA tu aku cuma kerja kat opis je. Takde outstation pun. Dah kerja kat Pejabat Daerah kan..nak kemana pun ye tak.

Aku beli FS sebab nak ringan haha..tak la, sebab kerja aku banyak outstation ke tempat2 pedalaman yang takde elektrik supply. Dan masa is an essence for me. Bila guna FS aku boleh je pam dalam kereta, dalam perjalanan tu kan, dan senang aku pam kat mana2 pun tanpa risau takde soket. Memang la mahal berbanding pam lain, tapi sebab keperluan aku beli jugak. Dan satu saat aku tak boleh lupa bila baterinya terhempas dari tingkat atas rumah. Berderai ngkauuuuu...

Jadi aku beli MODU. Harga adalah suku dari FS. Performance ok. Tapi masalah soket mcm yang aku ckp tadi la. So aku terpaksa bawa juga pam manual kalau2 tak boleh singgah mana2 tempat untuk pam. Maka aku akan pam dalam kereta juga. A bit hassle kan.

Dan..semalam poket aku telah nipis. Aku beli lagi Medela Free Style. Khamis ni dapat. KEPERLUAN aku adalah MENDESAK untuk aku guna balik FS ni. Projek banyak tengah ongoing dan aku banyak outstation. Minggu depan pulak seminggu kena berkursus dengan tajuk Kursus Penjadualan dan Pemantauan Projek.

Kenapa aku tulis semua ni. Sebab aku sikit terasa hati la dengan mulut orang yang mempersoalkan kenapa aku berhabisan duit beli pam2 tu semua, beli cooler bag, beli coleman besar, beli icepacks, beli storage bags. Sebab aku berasa hati bila orang perlekehkan usaha aku untuk pam susu, untuk memasak bubur, puree sayur dan buah,  memasak bekal anak sekolah.

Ini adalah jalan yang aku pilih untuk membesarkan anak2 aku. Aku dah tanam azam untuk besarkan anak-anak dengan natural parenting, aku bertekad untuk besarkan anak2 dengan susu aku sendiri, dengan makanan yang aku masak sendiri. Aku pasakkan dalam otak aku bahawa penyusuan susu ibu dan masak makanan anak sejak anak pandai makan adalah hadiah paling bernilai yang aku boleh beri untuk mereka.

Aku tak minta pun orang puji, aku tak minta orang duit, aku tak minta orang tolong masakkan, aku tak minta apa-apa pun dari sesiapa. Aku cuma minta orang faham dan hormat jalan yang aku pilih untuk besarkan anak-anak aku. Sepertimana aku tak persoalkan jalan yang orang lain pilih untuk besarkan anak-anak mereka.

Ya aku mengadu aku penat, aku letih. Kengkadang aku down. Tapi aku kan cuma seorang ibu yang sedang berusaha untuk beri yang terbaik dalam kemampuannya untuk anak-anak. Kalau tak setuju dengan pilihan aku, tak perlu la beri komen2 yang menyakitkan aku. Cukup la kalau diam dan teruskan dengan kehidupan masing-masing.

Monday, June 27, 2011

CHOC MOIST LAGI

Dalam pada aku demam2 tu disebabkan kakak nak makan kek cekelat, maka aku buat jugak la. Guna loyang bulat 6 inci. 1 adunan tu dapat la 2 biji kek kecik. Letak strawberry dan coklat sagat sikit bagi cantik. 1 biji makan petang kat rumah. 1 biji lagi bawak pegi rumah adik ipar. memandangkan ini resepi tak letak telur maka adik ipar aku yg dalam pantang tu makan la sikit.

Thursday, June 23, 2011

DEMAM

Aku demam. Badan aku mintak rehat. Jadi aku nak rehat. Tim kasih doktor bg mc.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Wednesday, June 22, 2011

DOWN

Hari ni aku rasa down. Rasa nak tido tak nak bangun dah.


Sent from Yahoo! Mail on Android

Monday, June 20, 2011

CHOC MOIST CAKE

Tempahan untuk birthday. Topping choc ganache sengaja buat sepah..


Sent from Yahoo! Mail on Android

Saturday, June 18, 2011

SELAMAT HARI AYAH

Masa kat Cameron kelmarin aku singgah Kea Farm beli serba sikit buah tangan. Kebetulan dah dkt sambutan Hari Bapa jadi aku beli flower bouqet utk abang. Simpan kat opis dulu haha..

Semalam aku beli kek dan kami sambut hari ayah kat rumah mak mertua aku. Ramai sket orang, bleh abiskan kek tu hihi..

Selamat Hari Ayah..terima kasih sebab jd ayah yg terbaik untuk anak-anak kita. We love u.
Ada la gambar encik suami suap kek kat  puan isteri tapi gambar hazabbbbb..anak yang amik kan..apapun, a small celebration is better than nothing kan..
Sent from Yahoo! Mail on Android

Friday, June 17, 2011

BREASTFEEDING KEPERLUAN TRAVEL

Kerja aku banyak outstation tengok tapak projek. Jadi keperluan BF untuk travel aku adalah berbeza2 ikut tempat, jarak dan tempoh aku pergi tu. Jadi aku akan tulis ikut pengalaman dan cara yang biasa aku prektiskan lah. Lain orang lain cara dan terpulang pada keperluan masing2 juga ya.

Ini yang aku bawak masa outstation kat cameron Highland selama 2 hari 1 malam.
  1. Cooler box coleman (yang ni ada roda, senang nak tarik hihi)
  2. Botol secukupnya
  3. icepacks
  4. EBM storage bags.
  5. Pump elektrik dan pam manual
  6. Small cooler bag
Memandangkan cuma 2 hari 1 malam, maka aku tak bekukan stok. Lepas pam, EBM tu aku simpan dalam coleman ni untuk bawa balik.

Small coolerbag untuk simpan pam dan EBM sementara nak transfer dalam coleman.

Pam manual pun aku bawak incase aku kena pam dalam kereta je. Atau kena singgah kat mana2 yang takde elektrik lah.

Ramai ibu letak terus ais dalam coleman tu kan. Aku biasanya letak ais dalam plastik dan tindih selang seli dengan EBM tu supaya senang nak tambah stok.

Kebetulan pulak  hotel yang Jabatan tempah tu takde peti sejuk/mini bar. Jadi memang aku gunakan sepenuhnya coleman nih. Masa sampai isi. Dan masa balik aku tukar ais tu. Dan cara masukkan ais dalam plastik dulu adalah lebih mudah. Tak snap gambar plak. nanti aku snap kalau pegi otstesen lagik.

Aku tumpang bekukan icepacks kat mini mart bersebelahan hotel tu. Kita kena kreatif dan tak segan untuk tanya la benda2 camni.

kalau pergi balik hari aku cuma bawak coleman yang kecik tu ngan coolerbag saja.

Nanti aku buatkan dalam bentu siri ngan bergambar biar mudah buat rujukan.

Sweet Bun dan Muffins

Sangat letih balik dari Cameron semalam. Sampai Kuantan dekat pukul 10 dah. Amik Riefqi kat Taska, bagi cikgu2 buah tangan sikit pastu balik lah. Lepas mandi terus tidur. Takdenya aku nak mengemas bagai. Letihhhhh..
Sweet bun yang sedap..
Sekarang ni aku banyak buat roti sendiri. Tak kisah la roti jenis apa pun. Disamping dapat banyak sekali buat, aku rasa mcm lebih sedap plak roti buat sendiri nih. Mungkin sebab tak letak pengawet kot ye..anak2 ngan abang pun suka makan jadi aku lagi suka buat.Kengkadang aku buat letak sosej, ataupun letak inti jem/coklat. Ataupun aku buat je bun perasa apa2 lah ikut tekak haha..basic ingredients kan sama, jadi kita improvise la ikut selera kan..

Aku takde breadmaker walaupun hati sangat meronta2 nak haha..ye boleh amsuk wishlist jugak ni sempena birthday *kelip2 mata kat encik suami* Aku uli peringkat awal dalam mixer dan uli manual lepas tu. Setakat ni ok la..order pun ada la sikit2 dari jiran2..lepas pada aku bagi rasa tu kan. Nak sampai jadi towkay bakery mcm Jojoe bila ntah ye...pasang angan2 dulu, mana tau ada rezeki kan.

blueberry muffin
Ini blueberry muffin aku letak choc chips sket. saja buat untuk makan petang. Yang ni pesen muffin betul, bukan pesen guna mixer tuh. Senang dan cepat dan sedap jugak. Anak aku kelebet chips tu jer hadoiii..

Banana Crumb Muffin
Ini order 2 minggu lepas. Semuanya 300  biji. Individually packed untuk goodies bags.

Ada potential customers tanya aku apsal tak jual cupcakes. Jawapan aku..malas nak main butter cream dan tangan aku tak berseni. Baik la aku buat roti, kek dan muffin yang jarang orang buat kan..

Berbaloi abang bagi aku oven besar kan....

Thursday, June 16, 2011

Riefqi 8 bulan

Sekejap je kan..si botak ni dah mula belajar lepas tgn masa berdiri. Dah mula menapak menyusur apa yg boleh dipegang..


Sent from Yahoo! Mail on Android

Sejukkkk

Sangat sejuk kat cameron ni sbb hujan. Try guna phone utk update..kena bgtau haha

Sent from Yahoo! Mail on Android

Tuesday, June 14, 2011

OUTSTATION

Esok aku pegi outstation. 2 tempat. pagi kena attend soil stabilization process untuk Projek Naiktaraf Jalan RPS Betau ke Pos Lenjang, Lipis. Sebab nak kena sign joint measurement sheet and claim submission. (mati la nak paham haha) Pastu terus shoot ke Cameron Highland untuk meeting hari Khamis pagi. Aku kena bagi taklimat pelaksanaan Projek RMK-10 Kementerian pada state.

Letih? toksah tanya la..dah memang kerja aku round2 Pahang ni. Cer tanya anak pahang sendiri, aku rasa tempat2 yang aku masuk tu tak tentu orang lain masuk haha..yang bestnya boleh pakai ikut suka la kan. Aku biasa pakai jeans/tshirt ngan outdoor shoes. Aku guna kasut cap Columbia (eksen!) memang tahan lasak beb..

Nak aku teruskan senarai outstation? kang muntah plak. Minggu depan kena ke Lipis (projek jalan), Temerloh (projek jalan ngan rumah), Simpang Pelangai Bentong (kilang)..ok sila muntah sekarang! Ada yang ckp eh ok la claim masyukkkk..eh takde maknanya kalau pukul 11 malam baru bleh jumpa anak, esok 8 pagi dah tepacak balik kat opis. kang lama2 anak aku pun lupa aku ni mak derang tau..

Aku lagi kesian kat anak2 sebenarnya. Mlm esok bambam Riefqi akan tdo kat Taska. Arief ngan Adneen ayah derang jaga lah. Mesti ada yang tanya apsal tak suruh ayah dia jaga sekali. jawapan aku? Suka aku la anak aku haha...ini la kehebatan wanita sebenarnya. Dia boleh handle semua sekali singlehandedly walaupun bekerjaya. Lelaki pun ada tapi tak semua.

Memang fakta kan..kalau suami pegi outstation takde masalah, semuanya beres..try isteri pegi outstation, most often than not memang berterabur la..*ini secara rambang ye..yang biasa jadi, jadi jangan hentam aku..jadi untuk kebaikan semua biarla Rifqi tidur kat Taska..bagus Taska dia ni sebab memang operasi 24 jam.

Jadi esok aku akan bekalkan dalam 15 botol susu untuk Riefqi. Sebeg penuh baju dan CD jugak. Kalau tak cukup boleh je call ayah dia. Aku nak berehat2 kat Cameron Highland malam esok sambil2 tu boleh buat power pumping jugak..untuk boost supply. Dah ready pun dengan kotak coleman besar untuk bawak balik hasil sebab 2 hari 1 malam kan..angan2 kena tinggi untuk dapatkan hasil yang banyak ye tak..

Balik lepas meeting boleh pegi Brinchang kejap..sempat lagik tuuhhhh..nak beli jagung ngan madu je. sayur mayur ke strawberry ke memang aku tak layan lah..kat supermarket pun melambak...

Kena cakap jugak nih.. Thanx abang hadiahkan lin telefon android yang best tuh! *abis bateri kes anak main game jek huhu... lepas ni nak bling-bling pulak ye...tima kasih I still luv you..

Friday, June 10, 2011

ENTRY COPY PASTE -APA CINTA BOLEH BUAT

ENTRY INI ADALAH DI COPY PASTE DARI BLOG AIDA
SANGAT LA BERSETUJU DENGAN BELIAU..

Apa Cinta boleh buat?
Cinta boleh buat org lupa diri
Cinta boleh buat org kejam
Cinta boleh buat org makin bersemangat
Cinta boleh buat org papa kedana/kaya
Cinta boleh buat org hilang kewarasan/pertimbangan

Org macam aku sebenarnya tak layak nak membicarakan soal cinta
Kerana aku tak perlukan cinta..aku perlu kan perikemanusiaan
Cuma apa yg aku alami dan selami
Cinta pada manusia boleh buat apa sahaja..
Kerana cinta manusia jadi buta dalam kewarasan

1- cinta boleh buat org lupa diri
yer la kot..cuba tya org yg tgh bercinta sekarang, cuba tya sapa dia…dia cuma jawab dalam senyum2 jer...hati ni tergedik2 ingt kt org yg dia cintai..masa tu ko bg bunga taik ayam suruh dia cium pasti dia kata berbau bunga ros, bagi kapur barus dia akan kata bau bunga kemboja..hebatkan .ko akan lupa diri ko siapa...ko akan terus lupa tanggugjawab ko..ko biarkan cinta menguasai diri hingga buat org sekeliling terluka...

ada ko kesahhhh….
Tak dernye….

2- Cinta boleh buat org jadi kejam
Ya..kerana cinta ..ko sanggup lalui lautan api, sanggup harungi duri, belukar, hutan bagai..masa tgh dilamun la...ko akan bertindak paling kejam pada org disekeliling ko...Ko takkan pedulik perasaan org lain..yg penting ko akan dapat bersama org yg ko cintai"Yer la bang, ayang sanggup berkorban apa sj utk abang..abg tinggalkan jer binik abg tu..dia bukan ada apa2..ayang boleh tolong abg ringankan hutang abg tu.."
Yer la..berabag2 ko yer....

Bila kejam dan tak der persaan..apa dia pedulik ..anak org tu makan ker tidak, anak org perlukan bapak dia ker tidak..apa dia pedulik perasaan mak bapak pompuan atau lelaki tu,Kalau kata mak bapak dia tak bagi..dia nak gak..sanggup menyakitkan hati dan perasaan ibu bapa yg menjaga dia berpuluh2 tahun hanya kerana cinta dia yg tak sampai setahun tu..tu belum kira ko kejam dgn org telekom, celcom, maxis atau digi ker hapa..bila melambung2 pastu tak bayo…

Hebatkan cinta? jahatnya cinta...

3-Cinta buat org makin bersemangat..
Ya…bila dh dilamun cinta..semangat tu lain…Kalau nak pegi opis ..semangat nak pakai cantik2 ..wangi2 akan berlaku, Semangat nak pegi kolej atau sekolah berkobar2…Sbb boleh jumpa org tersayang..semangat nak top up credit kt hp bagai. Kalau tak jumpa pun nanti boleh update status kt msg…"ni ayang kt toilet ni.., ni ayang tgh makan ni, ni ayang tgh cungkil gigi ni, ni ayang tgh cubut bulu ketiak ni.."semua kita nak update…best tuuuu….semua indah kan …

4- Cinta boleh buat org papa kedana dan kaya
Masa bercinta sanggup berkorban bagai…beli itu, beli ini..nak buktikan yg kita mampu ..padahal…korek tabung ayam setiap hujung bulan..Ko nak beli apa..beli la..nak baju cantik..nak pegi diner kt hotel makan table 10 org…beli la syg..tak per…abg ada duit..anak abg tak makan tak per..diaorg dh biasa minum air sirap daripada susu…

Masa bercinta la..ko boleh merasa nak makan cokelat, nak makan wastern, japannes food bagai…lepas tu sendiri mau ingtkan…cinta jugak buat org sanggup pinjam duit dgn bank semata2 nak hidup dgn org yg dicintai..pastu meraban nak bayo..

Dan masa bercinta la..ko akan rasa ko la paling kaya…sbb semuanya dibeli dan dibagi oleh org yg kau cintai..ni la pengorbanan namanya…

5 - Cinta boleh buat org hilang kewarasan/pertimbangan
Yessszzzz…bila dh dilamun cinta, tak kisah la cinta cyber ker, reality ker, monyer ker kera, tenuk ker…mmg akan hilang pertimbangan..bila rasa cinta sanggup buat apa saja…mcm org hilang akal..Masa ni tak dernyer nak fikir baik buruk ko, masa tu semua nampak baik dan cantik…ehhh ko nampak tak awek aku ni jelita…
mata aku…mata aku nampak canti, dia la berbudi bahasa, dia la lemah lembut…klu org kutk awek aku ..sanggup aku tumbuk muka ko..ko hina la awek aku..nak makan penerajang aku?

Bila manusia hilang kewasan dan pertimbangan..masa tu perasaan kesian dlm diri dah tak der…

Tgok la org gila..dia sangup bunuh org, sbb dia dh tak tau yg mana baik dan buruk..ko tgok jer la org mabuk atau hisap dadah….sanggup bunuh mak dia sendiri hanya kerana nakkan dadah tu..tu la namaya org hilang pertimbangan..sedihkan..kerana cinta semua akan terjadi…

smpi ada lagu cinta itu gila la..ko tgok lirik ni

Share Lirik Lagu Febrian – Cinta Itu Gila
Sekali ini aku jatuh
Cinta yang tak pernah ku rasakan sebelumnya
Bagaikan aku menemukan
Nyawa yang telah hilang dari kehidupan

Cinta ini buat aku gila
Cinta begitu aku menggila
Dirimu ku rela sanggup mati karenamu
Bagaimana aku tak menggila
Karena aku kehabisan kata

Tuk ungkap kan lebih dari cinta
Akulah yang paling sejati
Mencintaimu hingga akhir
Hidupku karena aku cinta matimu

Engkaulah yang paling mengerti
Bagaimana ku mencintaimu
Memang sungguh cinta itu gila
Ku tak meminta apa-apa

Hanya kita jalani saja dengan hati
Karena hanya denganmu ku bisa
Bahagiakan hidupku untuk selamanya
Akulah yang paling sejati

Mencintaimu hingga akhir
Hidupku karena aku cinta matimu
Engkaulah yang paling mengerti
Bagaimana ku mencintaimu

Memang sungguh cinta itu gila
Cinta ini buat aku gila
Sampai begitu aku menggilA
Bagaimana aku tak menggila
Karena aku kehabisan kata

Tuk ungkap kan lebih, lebih dari cinta
aKulah yang paling sejati
Mencintaimu hingga akhir
Hidupku karena aku cinta matimu

Engkaulah yang paling mengerti
Bagaimana ku mencintaimu
Memang sungguh cinta itu gila
Cinta itu gila
Cinta itu gila
Cinta itu gila
Cinta itu gila

Sampi 4 kali dok ulang cinta tu gila...gila ke hapa..

Cinta juga boleh buat org hilang kesepian
Ya…bila unsur2 cinta itu ada dalam diri..ko takkan sunyi…Mana nak sunyi lagi..kejap2 sms masuk, kejap2 tepon bunyik..tak dgr sore pak we ko seminit rasa macam hujan tanpa petir…rasa guruh tanpa kilat...pijak lumpur rasa macam pijak carpet turki..

sebenarnya kerana cinta macam2 boleh terjadi…

Cinta macam karan..masa ko peggang paasangan ko ko rasa mcm magnet yg tak mahu dilepaskan..biasa la benda tak halal kan..mmg best...

Cinta yg penuh cabaran dan halangan la yg paling best..Lagi org menghalang lagi ko rasa mencabar..lagi ko suka nak bermain dgn cinta…

Tapi….

Agak2 la…bila ko dah dpt cinta tu maksud aku dh kawin..
Ko akan rasa ker magnet tu? Rasa la sebulan dua…

Tak tau la aku…
Jgn lak lepas kawin ko cium bunga ros dah berbau kapur barus…
Tapi sebenar-benarnya..
Cinta buat manusia makin kental..

Kerana cinta dihati..kita tak peduli apa perasaan org, kita tak peduli kesengsaraan org lain..
Ada juga kerana kekentalan cinta buat dia terus tabah, walau terluka..buat dia reda pada cinta bukan milik dia..
bila dia fikir cinta manusia bukan milik dia.
Cinta Allah Adalah segala-galanya
maka isitlah reda dan percaya pada qadar dan qada adalah yg terbaik!!

Wednesday, June 08, 2011

KAYUH SEMULA

Aku akan mula balik kayuh basikal secara serious minggu depan. dah bincang schedule ngan abang and he agreed. Ye la..anak dah 3 dengan baby kecik tu kan, harus ada give and take. Mana adil dia je kayuh, aku ngepam badan kat umah ngan anak2. Hish sangat la tak produktif kan..

Jadi aku akan kayuh dalam 1 1/2 jam setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat dari pukul 5.30 sampai pkl 7 ptg dari kedai ke Taman Bandar-layan offroad sikit dan balik kedai semula. Abang akan amik anak2 sementara aku kayuh tu. Lepas kayuh aku bawak bebudak baliklah. Biasa tutup kedai pukul 8 lebih.

Aku plan kayuh ke pejabat setiap Jumaat dan petangnya kayuh dari pejabat ke Taman Bandar dan habis kat kedai. So Jumaat abang kena hantar dan amik anak2 jugak. Kira adil la sebab tiap hari dia dapat kayuh waktu pagi kan.

Ada bunyi mcm nak wakil Malaysia kan hahaha..tak la, aku dah gian nak kayuh balik. Aku nak fit balik mcm sblm pregnant dulu. Aku takkan kurus langsing tapi aku nak fit. Aku nak join jamboree dan funride semula dan mana tau boleh  masuk race kecik2 kan...

Oh hujung minggu ni ada Kuantan Jamboree. Aku jaga checkpoint je. Tu pun sebab checkpoint kat tepi umah aku. (memag trek offroaad basikal pun)

Sabtu ni nak bake 200 chocolate chips muffin dan 5 biji carrot cake. Rezeki tu..kayuh ngah..kayuhhhh

Monday, June 06, 2011

STRATEGI PEMASARAN

Alkisah kan aku pemakai contact lense. dari 1 jenama yg biasa aku guna, aku try jenama baru ni. Ok lah gak berbanding dengan yang lama. Lebih 12 jam pun tak rasa apa lagik. Cuma yang tak bestnya ialah..ianya didatangkan sebanyak 3 biji/butir/buah (aku tak tau yang mana betul haha) sahaja dalam 1 kotak. Bukan 3 pasang ok..3 bijik saja. Jadi suka atau tak aku kena la beli 2 kotak kan..lagipun power untuk kedua2 mata adalah lain. Strategi yang sangat bijak kan..dimana pengguna kena beli 2 kotak jugak haha..boleh je beli jenama lain..hak pengguna tu.

Alkisah iklan pad kat TV. Kalau sebelum ni dipaparkan betapa bagusnya produk tu menyerap. Sekarang ni didatangkan dengan corak la plak..kalau ada corak tu serapan makin bagus ke? Aku tak kisah pun sebab pad ni bukan untuk ditengok pun haha..tak kisah la..

Itu kan typical la fikiran manusia ni, suka benda yang cantik walaupun takde fungsi. Try tengok berapa banyak barang dalam rumah kita, dalam hidup kita yang cuma untuk dilihat tapi takde fungsi sebenar...nak contoh ke? carik la sendiri.

Ketiadaan entry adalah disebabkan tuan rumah bercuti sakit selama 3 hari. Lepas balik dari taklimat projek kat Jerantut aku rasa lain macam dah. Pagi tu terus flat. Dapat MC 2 hari tapi aku mintak ihsan 3 hari. Mujur doktor baik hati. Anak2 tetap hantar Taska. Aku sorang2 kat rumah berehat. Tapi dah kalau kat rumah tu ada ke istilah rehat? Minggu lepas aku rabunkan mata yang dah sedia rabun ni. Memang betul2 aku lepak je. Ingat nak pi massage ke hapa kat Spa..tak jadi sebab ada tukang urut free yang tiada batas aurat kahkahkah..

Bontrager MTB Bronze Carbon Women Specific Design
Lawa kan kasut basikal aku. Harga pun lawa jugak. RM 450. Retail Therapy always help kan.. not my pocket la tapinya..tapi duit aku, ikut suka aku la haha...

Minggu depan ada meeting kat Cameron Highlands. Aku kena bagi taklimat Pelaksanaan Projek RMK-10. Beres Boss..jumaat tu saya sambung cuti ok..nak berpoya2 sampai hari Ahad.