Aku percaya konsep natural parenting. Aku cuba sedaya upaya ikut konsep ni dalam membesarkan anak. Susu ibu, makanan masak sendiri, trial and error dan sebagainya lah..untuk pertumbuhan fizikal dan mental anak2 aku. IQ tu penting tapi EQ pun penting juga.
Ada kengkawan yang bertanya camne aku bagi makan anak. Suap je la haha..ok la aku kongsi sikit2 apa yang aku praktikkan sejak Arief lahir 7 tahun lepas. Tak susah mana sebenarnya, janji kita sebagai ibu rajin membaca, rajin bertanya, rajin mencuba.
Rule of thumb..dari 0-6 bulan makanan untuk anak hanyalah susu ibu, tanpa makanan lain hatta air masak sekalipun. Susu ibu tu dah ada 88% air dalamnya. Yakinlah ibu2 sekelian. Arief, Adneen dan Riefqi hanya minum susu ibu sepanjang 6 bulan pertamanya.
6-12 bulan, baru boleh kenalkan solid food. kalau melalui pembacaan, ada yang mulakan dengan pureed fruit/vege. Aku mulakan dengan bubur kosong saja. Masak bubur dan blend sikit. Texture kena halus sebab baby baru nak belajar kenal solid kan. Memula tu ada la sesudu je masuk perut yang lain sepah je. Takpe kayuh slow2 ok.
Lepas tu boleh apply 4 day rule. Aku buat 1 week rule sebab malas haha. Kenalkan makanan yang berbeza selang seminggu. Masa ni aku dah start buat puree buah2 dan sayur.
Lepas umur 7 bulan, aku kasarkan sikit texture bubur tu. Sebab guna slow cooker kan, jadi ejas dengan jumlah air lah. Aku tambah sayur/kentang/karot dan bilis/ayam. Sampai la sekarang ni umur dia 8 bulan lebih.
JANGAN TAMBAH GARAM, PERASA ATAU GULA!!!
Kat bawah ni resepi bubur karot bilis. Cara semua sama, tukar je sayur tu nak apa. Sila guna slow cooker sebab senang..effortless org kampung aku kata.
Karot sagat, ikut la nak banyak mana. kalau nak puree siap2 pun boleh juga. Boleh tukar dengan kentang/keledek/labu ikut suka lah |
Masukkan karot sagat dalam periuk dan tutup. Guna setting high. |
Keesokannya, dah siap dan texture sangat lembut, sedia untuk dihidang. Bilis tu nak tambah masa masak pun boleh, nak tabur masa ni pun boleh. |
Nanti aku kongsi resepi lain ya.
Kenapa aku tak bancuh nestum? disamping aku ni kedekut nak beli, aku jugak malas nak membancuh tiap kali nak bagi makan hihi..kang terpekat la, tercair la..dan dari satu segi aku percaya konsep air tangan ibu. Dah la aku tak dapat suap dia makan, jadi seboleh mungkin biarla aku masak makanan dia. Dan juga bagi dia rasa different taste dari kecik supaya besar nanti tak memilih makanan. Terbukti dengan abang dan kakak..senang makan sayur, bagi la apa pun belasah je.
No comments:
Post a Comment