Tuesday, June 28, 2011

AL KISAH PAM SUSU- KISAH AKU JUGA

Sejak aku bersalin anak pertama tahun 2004, anak kedua 2007 dan anak ketiga 2010, dah banyak juga pam susu yang aku guna.

1. Medela manual (tak ingat spesifik jenis)
2. Medela mini electric (dah jual)
3. Medela Harmony (masih guna sampai sekarang)
4. Medela PISA (dah jual)
5. Medala FS (bateri pecah)
6. MODU (baru beli)

Banyak kan..dan semuanya Medela. Kenapa? sebab personally aku rasa pam2 ni semua bagus. Tapi pam bagus pun tak menjamin susu yang banyak ok..kalau ibu malas mengepam. Aku ada kawan yang guna pam manual je. Tapi berjaya susukan anak sampai 2 tahun. Aku guna pam manual untuk pam in between feeding je, kalau rasa breast masih ada susu.

Masa aku guna PISA tu aku cuma kerja kat opis je. Takde outstation pun. Dah kerja kat Pejabat Daerah kan..nak kemana pun ye tak.

Aku beli FS sebab nak ringan haha..tak la, sebab kerja aku banyak outstation ke tempat2 pedalaman yang takde elektrik supply. Dan masa is an essence for me. Bila guna FS aku boleh je pam dalam kereta, dalam perjalanan tu kan, dan senang aku pam kat mana2 pun tanpa risau takde soket. Memang la mahal berbanding pam lain, tapi sebab keperluan aku beli jugak. Dan satu saat aku tak boleh lupa bila baterinya terhempas dari tingkat atas rumah. Berderai ngkauuuuu...

Jadi aku beli MODU. Harga adalah suku dari FS. Performance ok. Tapi masalah soket mcm yang aku ckp tadi la. So aku terpaksa bawa juga pam manual kalau2 tak boleh singgah mana2 tempat untuk pam. Maka aku akan pam dalam kereta juga. A bit hassle kan.

Dan..semalam poket aku telah nipis. Aku beli lagi Medela Free Style. Khamis ni dapat. KEPERLUAN aku adalah MENDESAK untuk aku guna balik FS ni. Projek banyak tengah ongoing dan aku banyak outstation. Minggu depan pulak seminggu kena berkursus dengan tajuk Kursus Penjadualan dan Pemantauan Projek.

Kenapa aku tulis semua ni. Sebab aku sikit terasa hati la dengan mulut orang yang mempersoalkan kenapa aku berhabisan duit beli pam2 tu semua, beli cooler bag, beli coleman besar, beli icepacks, beli storage bags. Sebab aku berasa hati bila orang perlekehkan usaha aku untuk pam susu, untuk memasak bubur, puree sayur dan buah,  memasak bekal anak sekolah.

Ini adalah jalan yang aku pilih untuk membesarkan anak2 aku. Aku dah tanam azam untuk besarkan anak-anak dengan natural parenting, aku bertekad untuk besarkan anak2 dengan susu aku sendiri, dengan makanan yang aku masak sendiri. Aku pasakkan dalam otak aku bahawa penyusuan susu ibu dan masak makanan anak sejak anak pandai makan adalah hadiah paling bernilai yang aku boleh beri untuk mereka.

Aku tak minta pun orang puji, aku tak minta orang duit, aku tak minta orang tolong masakkan, aku tak minta apa-apa pun dari sesiapa. Aku cuma minta orang faham dan hormat jalan yang aku pilih untuk besarkan anak-anak aku. Sepertimana aku tak persoalkan jalan yang orang lain pilih untuk besarkan anak-anak mereka.

Ya aku mengadu aku penat, aku letih. Kengkadang aku down. Tapi aku kan cuma seorang ibu yang sedang berusaha untuk beri yang terbaik dalam kemampuannya untuk anak-anak. Kalau tak setuju dengan pilihan aku, tak perlu la beri komen2 yang menyakitkan aku. Cukup la kalau diam dan teruskan dengan kehidupan masing-masing.

12 comments:

cik puan daun said...

Aku faham kenapa ko beli FS semula.. Go go BF!!!

jojoe said...

ko rajin pun org kata.. ko malas pun org kata

aku respek sume ibu yg mengepam kat tempat keje... sbb pd aku mcm leceh sangat(aku pemalas) but some mothers are really komited to their babies. good job!!

oren said...

ada eh org komplen? napa eh? duit ko, suka hati lah nak beli apapun..

ada blog yg aku baca, jenis tak kisah duit terbang utk beli blouse mahal, beli mainan mahal2 utk anak dia..now, agak berkira2 utk beli pam susu (she's pregnant again..)

kalo baca sekali, mcm nak smash jek..tapi sebab dia pon kata, dia tak keja dah, fulltime housewife, so, takpelah..itu pilihan dia kan..cuma aku suh gak standby a pam..just nak kosongkan B..

i am going to let go my spectra..makcik sudah mau tutup kilang..mau tidur mlm yg lena..

Aida Manap said...

aiyyooo..sendiri punya badan, sendiri punya duit, sendiri punya anak pun ada orang bising angah? sabar jelah....

Angah said...

Daun
kannnn..hanya kita2 je yang paham

Jojoe
hikhik..ko bagus. tak buat takpe jgn la kutuk ye tak

Oren
Ntah la..mulut spisis longkang kan. Ramai je parents camtu, letak kepentingan benda yang salah. tapi ada aku kesah!

Aida
manusia camtu la. ada je yang tak best pada mata dia kan

Dinas Aldi said...

mangkuk hayun mana la yg sibuk dok komplen tuh? but then dah namanya mangkuk. sama la akak pun bila beli barang untuk mak, ada jaaaa mulut nak kena cabai cakap itu ini. suka hati aku la, mak aku maa, duit pun aku punya jugak. DASAR MANGKUK HAYUN.

Angah said...

kak dinas
mangkuk pun boleh guna kak huhuhu..kann suka hati kita la duit kita nak kirai kot mana pun kan

Anonymous said...

angah, skt aku thn 2011 ialah nak concieve lg.. kalau aku prego, kompem aku lantik ko jadik kaunselor parenting/bf aku, sbb masa anak 1st aku berjaya bf 6 bln je.. sedey sgt wei... ko byk ilmu n pengalaman, leh ajar aku yg agak2 jahil nih... heheheh.. - baizura

Syuhada MKN said...

Angah...

Sue nyesal dulu tak belajar betul2 dgn angah utk BF anak... sue BF anak dgn byk perkara yg salah... so end up tak dpt nak BF lama... nyesal tak berguru dgn angah walaupun angah ader ckp2 angah BF anak angah sampai 2 tahun... sekarang utk anak 2nd, ALHAMDULILLAH... masih FULL BF until now 13m++...

Bagi sue, takper berhabis utk beli pam mahal2... sebab kita nak bagi Susu paling mahal utk anak kita... kalau sanggup bagi formula mahal2 naper tak sanggup beli pam mahal utk pam susu anak kan?? ini tidak, ader yg sanggup berhabis duit utk masuk umah baru, tp kuar duit sket beli pam susu berfikir panjang... Oh.. dimanakah hak anak itu...

Go angah go...

Anonymous said...

ngah, pedulik kan la. org mengeji mmg lg ramai dr yg mengeji. frankly, ko mmg idola aku la ngah dlm natural parenting ni. aku byk buat silap dgn dafinah dulu, so dlm senyap2 byk info aku carik pasal natural parenting esp bf sebaik tau mengandungkan dzaffran. dan blog ko slh satu blog wajib aku cedok ilmu! dgn segala yg ko dah buat, aku cuba dan tanamkan dlm diri kalu ko pun leh wat, there's no excuse for me not to! at least try, kalu x dpt baru redho. and alhamdulillah, stakat ni masih mempraktikkan segalanya - susu ibu, makanan dr ibu (no nestum/segera etc). setuju sgt dgn konsep 'x suap anak makan, tapi dpt masakkan pun jadi la'. ye, ibu bekerja cam kita ni payah sket la kann. semangat kena kuat, so for me, dpt masak bubur utk anak pun dh ok. kesimpulannya, pedulikkan yg satu tu, u've inspired many others! ;) - mimi

Vitamin Online said...

Salam..sila baca 1-2 oz bertukar ke 8-9oz per sesi

niaharaf said...

bagusnyaa akak buat semua tu. sy respect. jadi pelik knp ade yg bw mulut