Friday, June 17, 2011

BREASTFEEDING KEPERLUAN TRAVEL

Kerja aku banyak outstation tengok tapak projek. Jadi keperluan BF untuk travel aku adalah berbeza2 ikut tempat, jarak dan tempoh aku pergi tu. Jadi aku akan tulis ikut pengalaman dan cara yang biasa aku prektiskan lah. Lain orang lain cara dan terpulang pada keperluan masing2 juga ya.

Ini yang aku bawak masa outstation kat cameron Highland selama 2 hari 1 malam.
  1. Cooler box coleman (yang ni ada roda, senang nak tarik hihi)
  2. Botol secukupnya
  3. icepacks
  4. EBM storage bags.
  5. Pump elektrik dan pam manual
  6. Small cooler bag
Memandangkan cuma 2 hari 1 malam, maka aku tak bekukan stok. Lepas pam, EBM tu aku simpan dalam coleman ni untuk bawa balik.

Small coolerbag untuk simpan pam dan EBM sementara nak transfer dalam coleman.

Pam manual pun aku bawak incase aku kena pam dalam kereta je. Atau kena singgah kat mana2 yang takde elektrik lah.

Ramai ibu letak terus ais dalam coleman tu kan. Aku biasanya letak ais dalam plastik dan tindih selang seli dengan EBM tu supaya senang nak tambah stok.

Kebetulan pulak  hotel yang Jabatan tempah tu takde peti sejuk/mini bar. Jadi memang aku gunakan sepenuhnya coleman nih. Masa sampai isi. Dan masa balik aku tukar ais tu. Dan cara masukkan ais dalam plastik dulu adalah lebih mudah. Tak snap gambar plak. nanti aku snap kalau pegi otstesen lagik.

Aku tumpang bekukan icepacks kat mini mart bersebelahan hotel tu. Kita kena kreatif dan tak segan untuk tanya la benda2 camni.

kalau pergi balik hari aku cuma bawak coleman yang kecik tu ngan coolerbag saja.

Nanti aku buatkan dalam bentu siri ngan bergambar biar mudah buat rujukan.

14 comments:

oren said...

bagus entry nih..aku pon nak belajar..(sbb aku jarang outstation, so nak tahu jugaklah camana kan..)

Dinas Aldi said...

Angah memang gigih la dalam hal ni. as usual, TABIK PUAN!

mamalisa said...

super rajin, gigih, perkasa, tabah, super super rajin..

tabik!!!!!

Jojoe said...

good info

ibuVouge said...

angah..xde butang like la!

eheheh

good job dear!

Angah said...

Oren
ye belajar la mana tau kena pi otstesen plak or ada member2 yg kena pegi kan..

kak Dinas
Aduhai kak..cuma jalankan tugas seorang ibu..

Mawar
takde la..kang tak buat takde makanan plak anak aku

Jojoe
Kot ko pun nak guna kan hihi

Ana
thanx..ibu sepenyusuan ku

Aida Manap said...

angah...buat lg entry bebanyak ni..persediaan untuk aku...hehehe, yerla, kalau dengar stakat teori ni lain dgn praktikalnya. :)

Angah said...

aida
peknen kah? hihi..insyaAllah aku kongsikan setakat pengalaman aku la yer..

Pnut said...

dulu masa bf, pegi langkawi 3 hari, tumpang letak kat kitchen hotel... ehehehe kitchen staff tak berani terima, terpaksa jumpa ketua chef.. ahaks... dan atas budi bicara chef tu, stok susu alesya dibekukan dengan selamat.

kemudian siap tapaukan ais masa nak travel balik, sebab tak der kotak lagu angah tu.. ehehe akak letak dalam tupperware sajork... balut tuala... ehehehe

Anonymous said...

kalu simpan dlm Cooler box coleman ni, bape lame ais/susu ni boleh tahan eyh?

Angah said...

Anon
Pengalaman saya, kalau guna coolerbox ni bergantung juga samada susu kita tu beku atau tidak.

Pada kebiasaannya coleman ni guna untuk transport susu je dan bukan untuk simpan.

In my case saya pastikan suhu tetap sama (ais tak cair) 48 jam ok lagi. Maknanya kena cek, buang excess air dan tukar/tambah ais.tutup ngan tuala kat atas.

lily said...

hi...mana nak beli cooler box tu? susah tul nak cari...price range?

Angah said...

Lily..
saya beli kat outlet coleman di kuantan ni. Harga after less rm176.

Unknown said...

idea masukkan ice dalam plastik tu memang menarik..hehe, nak tiru la lenkali