Esok aku pegi outstation. 2 tempat. pagi kena attend soil stabilization process untuk Projek Naiktaraf Jalan RPS Betau ke Pos Lenjang, Lipis. Sebab nak kena sign joint measurement sheet and claim submission. (mati la nak paham haha) Pastu terus shoot ke Cameron Highland untuk meeting hari Khamis pagi. Aku kena bagi taklimat pelaksanaan Projek RMK-10 Kementerian pada state.
Letih? toksah tanya la..dah memang kerja aku round2 Pahang ni. Cer tanya anak pahang sendiri, aku rasa tempat2 yang aku masuk tu tak tentu orang lain masuk haha..yang bestnya boleh pakai ikut suka la kan. Aku biasa pakai jeans/tshirt ngan outdoor shoes. Aku guna kasut cap Columbia (eksen!) memang tahan lasak beb..
Nak aku teruskan senarai outstation? kang muntah plak. Minggu depan kena ke Lipis (projek jalan), Temerloh (projek jalan ngan rumah), Simpang Pelangai Bentong (kilang)..ok sila muntah sekarang! Ada yang ckp eh ok la claim masyukkkk..eh takde maknanya kalau pukul 11 malam baru bleh jumpa anak, esok 8 pagi dah tepacak balik kat opis. kang lama2 anak aku pun lupa aku ni mak derang tau..
Aku lagi kesian kat anak2 sebenarnya. Mlm esok bambam Riefqi akan tdo kat Taska. Arief ngan Adneen ayah derang jaga lah. Mesti ada yang tanya apsal tak suruh ayah dia jaga sekali. jawapan aku? Suka aku la anak aku haha...ini la kehebatan wanita sebenarnya. Dia boleh handle semua sekali singlehandedly walaupun bekerjaya. Lelaki pun ada tapi tak semua.
Memang fakta kan..kalau suami pegi outstation takde masalah, semuanya beres..try isteri pegi outstation, most often than not memang berterabur la..*ini secara rambang ye..yang biasa jadi, jadi jangan hentam aku..jadi untuk kebaikan semua biarla Rifqi tidur kat Taska..bagus Taska dia ni sebab memang operasi 24 jam.
Jadi esok aku akan bekalkan dalam 15 botol susu untuk Riefqi. Sebeg penuh baju dan CD jugak. Kalau tak cukup boleh je call ayah dia. Aku nak berehat2 kat Cameron Highland malam esok sambil2 tu boleh buat power pumping jugak..untuk boost supply. Dah ready pun dengan kotak coleman besar untuk bawak balik hasil sebab 2 hari 1 malam kan..angan2 kena tinggi untuk dapatkan hasil yang banyak ye tak..
Balik lepas meeting boleh pegi Brinchang kejap..sempat lagik tuuhhhh..nak beli jagung ngan madu je. sayur mayur ke strawberry ke memang aku tak layan lah..kat supermarket pun melambak...
Kena cakap jugak nih.. Thanx abang hadiahkan lin telefon android yang best tuh! *abis bateri kes anak main game jek huhu... lepas ni nak bling-bling pulak ye...tima kasih I still luv you..
14 comments:
cas mcm ayat bakar je hihihi..
so samala kita keje pagi smpai malam... umah berteraburrr.
kagum la taska 24jam.. mahal tak?
jojoe
itu cara2 wanita solehah membakar hihihi..
kannn..aku belajar butakan mata je joe..aku pun nak rehat, aku bukan org gaji ok!
Taska tu 24 jam sbb cater misi2 kerja shift..aku byr normal rate RM280
ish, besar betul pengorbanan anak dan mak. Riefqi tu la siap boleh tidor taska, tabik spring la taska camtu.
aku tabik springla mak yg gigih cam ko, siap bawak coleman tu..chaiyok!
apak yaya kalau aku takde mesti angkut anak(anak2) balik Klang. huhuhuhu
mawar
dah kerja nak buat camne..untuk kelangsungan idop gak *encik suami sila take note okeh!
haha kang tak bawak coleman takde makanan plak anak aku kan..
huih bagus la ada taska 24jam, lega gitu.
orang suka cakap gitu, boleh claim, boleh claim. menyampah dengor. macam akak bila kena jaga exam, dema kata takpalah, boleh claim maa, dapat duit lebih tapi kalau suruh pilih, hampeh akak tak mau jaga exam. tapi tu la, bukannya boleh ikut suka hati cakap tak mau pun.
selamat outstation Angah!
Member aku yang tak amek maid pon cam ko ada support system yg strong. Taska anak2 sumer jenis boleh bermalam. Tapi normaly dia amek gak walaupun dah kol 11.30 malam. Tapi kalau kerje habis lagi lambat dr tu, dia biarkan tido jek, sebab bebudak kalau dah jaga payah nak tido balik kan. Aku baca pon letih. Kalau kena drive sendiri lagi haru. Harap2 ada company car snd driver yg bawakkan,
tabik spring sama angah!
u earn my respect lah!
Nm taska & area mn?
Nfa87
Taska AlAzid..jalan mat kilau kuantan. Belakang HTAA
Nfa87
Taska AlAzid..jalan mat kilau kuantan. Belakang HTAA
Nfa87
Taska AlAzid..jalan mat kilau kuantan. Belakang HTAA
Oo jauh..ingt area kl..ada tahu x mn2 taska 24 jam di kl..mn la tahukan..tgh cari jgk ni..
salam sis, sy ada menyediakan taska 24 jam..area kajang..blh contact sy or wsap d 0145079384
Post a Comment