Alkisah kan aku pemakai contact lense. dari 1 jenama yg biasa aku guna, aku try jenama baru ni. Ok lah gak berbanding dengan yang lama. Lebih 12 jam pun tak rasa apa lagik. Cuma yang tak bestnya ialah..ianya didatangkan sebanyak 3 biji/butir/buah (aku tak tau yang mana betul haha) sahaja dalam 1 kotak. Bukan 3 pasang ok..3 bijik saja. Jadi suka atau tak aku kena la beli 2 kotak kan..lagipun power untuk kedua2 mata adalah lain. Strategi yang sangat bijak kan..dimana pengguna kena beli 2 kotak jugak haha..boleh je beli jenama lain..hak pengguna tu.
Alkisah iklan pad kat TV. Kalau sebelum ni dipaparkan betapa bagusnya produk tu menyerap. Sekarang ni didatangkan dengan corak la plak..kalau ada corak tu serapan makin bagus ke? Aku tak kisah pun sebab pad ni bukan untuk ditengok pun haha..tak kisah la..
Itu kan typical la fikiran manusia ni, suka benda yang cantik walaupun takde fungsi. Try tengok berapa banyak barang dalam rumah kita, dalam hidup kita yang cuma untuk dilihat tapi takde fungsi sebenar...nak contoh ke? carik la sendiri.
Ketiadaan entry adalah disebabkan tuan rumah bercuti sakit selama 3 hari. Lepas balik dari taklimat projek kat Jerantut aku rasa lain macam dah. Pagi tu terus flat. Dapat MC 2 hari tapi aku mintak ihsan 3 hari. Mujur doktor baik hati. Anak2 tetap hantar Taska. Aku sorang2 kat rumah berehat. Tapi dah kalau kat rumah tu ada ke istilah rehat? Minggu lepas aku rabunkan mata yang dah sedia rabun ni. Memang betul2 aku lepak je. Ingat nak pi massage ke hapa kat Spa..tak jadi sebab ada tukang urut free yang tiada batas aurat kahkahkah..
Lawa kan kasut basikal aku. Harga pun lawa jugak. RM 450. Retail Therapy always help kan.. not my pocket la tapinya..tapi duit aku, ikut suka aku la haha...
Minggu depan ada meeting kat Cameron Highlands. Aku kena bagi taklimat Pelaksanaan Projek RMK-10. Beres Boss..jumaat tu saya sambung cuti ok..nak berpoya2 sampai hari Ahad.
5 comments:
hah, ada pad yg bercorak2 ka? kehkehkeh sampai ke tahap tu eh.
mak datuk kasut tu boleh buat senjata tuh, hahahah!
keji jual 3 :P
yg corak2 tu market remaja kot ngah.. aku pun tak peduli kaler apa asal bole basuh settle. ni psl kaler je dah markup harga watper..
ntah? aku kembali ke alami..semua pakai cloth..cloth diapers, clothpad..
tapi aku pon jenis yg cepat terpengaruh ngan iklan..
kena istighfar byk2 lah
kak Dinas
buat senjata muahaha..ketuk kepala yg degil tuh kan hihi
Joe
kannn..peduli hapa ngan corak bagai
Oren
Pad masih belum alami lagik..
aku kan..kalau period,mlm2 aku pakai kain je..cam org dolu2..jimat pun jimat..
Post a Comment