Aku rasa semua yang dah berkahwin dan ada anak, bekerja pulak tu, masa untuk kemas rumah sangat la takde sebab hambatan benda2 lain macam setelkan keperluan anak dan suami. Balik kerja nak masak pulak. Lepas siap hidang suami pun makan dengan anak2 yang besar. Aku biasanya makan berselang ngan abang. Dia makan ngan anak2 dulu sambil aku layan si kecik. Pastu aku plak makan. Heh sapa taknak duduk makan mantik2 ngan suami..semua isteri nak tapi sila la faham yang kita ni duduk di alam realiti. kang ko kawen kang ko tau la..takdenya masa sangat nak menggentel suami mcm masa bercinta taw..eh..suami pun kena paham isteri ni partner. Bila partner kena la tolak ansur. bila dah ada anak jgn salahkan isteri asyik layan anak..dah tu anak sapa tu? tetiba wujud dalam perut isteri ke? So sila kawen dan beranak dulu sebelom bukak mulut hokay! *mati la kena carut lepas ni*
Mujur semenjak dua menjak ni abang dah ambil alih tugas laundry dan menyapu lantai dan mengemop. Oh tapi part melipat, menggosok dan menyusun dalam lemari masih la aku buat. Takpe..kan partner kan. takkan partner in bed je ye tak..harus partner segalanya.
Eh aku nak cerita pasal rumah la wei!!
Ok lah..cerita rumah yang sangat la simple sehingga bila bercakap bergema2 bunyinya. Aku suka sangat tengok rumah orang banyak hiasan, cantik. tapi aku tak mampu nak hias rumah beriya2 sangat. Anak2 masih lasak. Biar la derang boleh lari suka hati dalam rumah. Ada takde aku letak la sepasu dua bunga buat penyeri.
Takde karpet, takde fancy frames, takde tema pun. Tema ikut bajet jek since semuanya aku beli cash. Tak..bukan bangga diri, cuma pada aku untuk barang2 yang mudah hilang nilai ni biar la bayar cash. tak berbaloi berhutang.
Aku rasa semua akan setuju ngan aku kalau aku cakap, seburuk mana pun rumah, sesimple mana pun, sesepah mana pun, kalau dah diam di rumah sendiri ni nikmatnya memang terasa. Aku ni tengah usaha memotivasikan diri untuk mengemas rumah bagi bersih sentiasa. Tau la tiles putih ni senang cemar kan..Riefqi plak kuat mengutip..haih..stress aku!
Tingkat bawah je dulu..tingkat atas masih dogol hahaha..cuma ada tv ngan sofa je kat ruang rehat atas. tapi tv besar la *motif bagitau?*
Ruang tamu bebetul depan pintu masuk, kabinet putih tu beli kat kedai second hand hiks.. |
Ruang tamu kedua, meja kaca tu beli second hand gak.. |
Letak divider, bunga tu adik ipar aku buat. Abaikan tong Riefqi tu haha |
Ni ruang makan depan pintu masuk dapur. |
Ni pandangan dari pintu masuk. Letak sofa tu pun ebab nak cover bawah tangga. nanti ada rezeki nak tutup bawah tangga ni dan buat mcm window aquarium. beskal tetap ada. |
Ni pandangan hampir seluruh tingkat bawah lah. |