Ok kita start dengan cerita raya..
Balik Klang hari Ahad. Sempat berbuka di rumah. Kat Kuantan nak carik bunga api ngan mercun punya la susah. Kat Klang jual terbuka je kat Pasar Ramadhan. Wahhhh ayah sama naik ngan anak membeli. Siap beli bekal bawak balik Kuantan.
Raya pertama round rumah sedara mara belah emak. Biasa round belah arwah ayah. Tukar sket lah tahun ni. Raya kedua lepak kat rumah je. Riefqi demam pulak. Patut aku ke Banting jumpa Zana yang anakn fly ke Swiss. Tapi takde rezeki kita nak jumpa Zana weh..terkilan di situ.
Raya ketiga balik Kuantan. Terus ke rumah best pren abang pekena laksa. Sampai rumah mengemas, menyapu dsb. Ye la dah tinggal dekat 5 hari kan..
Sabtu tu aku buat makan2 sket untk family ngan close friends. Masak laksa penang ngan muffin coklat je pun. Alhamdulillah cukup2 je sampai tetamu terakhir malam tu.
Isnin ngan Selasa tu aku cuti lagi..so Isnin tu aku rilek2 je pastu pegi tengok wayang. Punya lama tak tengok wayang ngan suami. Tengok cerita Conan the Barbarian. Tak best langsung! Tapi misi tengok wayang ngan suami tu berjaya lah. Selasa hari laundry..membasuh, menyidai, melipat, menggosok, menyusun..patah pinggang aku!
Rabu kerjaaaa...
Itu je cerita raya. Ni tengah memenuhi undangan rasmi jabatan2 dan undangan tak rasmi kengkawan yang buat open house. Ahad ni aku pun buat makan2 sket untuk the bitches. Lama tak berbitching haha..
Cerita kerja yang macam biasa jugak la. Anak buah aku dah kena panggil pegi DPA 6 bulan start 1 Oktober nih.. Adoi makin terkangkang2 la aku setel semua benda kan. kalau la boleh kurus alangkah bestnya huhu..
Riefqi dah berjalan. Rekod paling cepat antara adik beradik dia. Arief 11 bulan, Adneen 12 bulan, dia 10 bulan. Bagus nak..keep up ye..membesar bagai johan dan jadi anak yang membanggakan ibu macam abang dan kakak.
2 comments:
Kat kawasan rumah akak punyalah kuat 1Malaysia masa raya haritu. Jiran Cina & India yg lebih sakan tolong main bunga api & bakar mercun. Yg tua2 plak tu, bukannya budak2, kahkahkah!
like dinas punye komen :) bestnyer mcm tu
Post a Comment