Friday, September 30, 2011

TERATAK ANGAH

Masuk blog jojoe gambar dalam rumah, masuk blog mawar pun gambar dalam rumah. Aku mana boleh kalah kan...kena letak jugak gambar dalam rumah. Untuk motivasikan diri supaya rajin kemas rumah. Takde la kena tuduh pemalas kannn..

Aku rasa semua yang dah berkahwin dan ada anak, bekerja pulak tu, masa untuk kemas rumah sangat la takde sebab hambatan benda2 lain macam setelkan keperluan anak dan suami. Balik kerja nak masak pulak. Lepas siap hidang suami pun makan dengan anak2 yang besar. Aku biasanya makan berselang ngan abang. Dia makan ngan anak2 dulu sambil aku layan si kecik. Pastu aku plak makan. Heh sapa taknak duduk makan mantik2 ngan suami..semua isteri nak tapi sila la faham yang kita ni duduk di alam realiti. kang ko kawen kang ko tau la..takdenya masa sangat nak menggentel suami mcm masa bercinta taw..eh..suami pun kena paham isteri ni partner. Bila partner kena la tolak ansur. bila dah ada anak jgn salahkan isteri asyik layan anak..dah tu anak sapa tu? tetiba wujud dalam perut isteri ke? So sila kawen dan beranak dulu sebelom bukak mulut hokay! *mati la kena carut lepas ni*

Mujur semenjak dua menjak ni abang dah ambil alih tugas laundry dan menyapu lantai dan mengemop. Oh tapi part melipat, menggosok dan menyusun dalam lemari masih la aku buat. Takpe..kan partner kan. takkan partner in bed je ye tak..harus partner segalanya.

Eh aku nak cerita pasal rumah la wei!!

Ok lah..cerita rumah yang sangat la simple sehingga bila bercakap bergema2 bunyinya. Aku suka sangat tengok rumah orang banyak hiasan, cantik. tapi aku tak mampu nak hias rumah beriya2 sangat. Anak2 masih lasak. Biar la derang boleh lari suka hati dalam rumah. Ada takde aku letak la sepasu dua bunga buat penyeri.

Takde karpet, takde fancy frames, takde tema pun. Tema ikut bajet jek since semuanya aku beli cash. Tak..bukan bangga diri, cuma pada aku untuk barang2 yang mudah hilang nilai ni biar la bayar cash. tak berbaloi berhutang.

Aku rasa semua akan setuju ngan aku kalau aku cakap, seburuk mana pun rumah, sesimple mana pun, sesepah mana pun, kalau dah diam di rumah sendiri ni nikmatnya memang terasa. Aku ni tengah usaha memotivasikan diri untuk mengemas rumah bagi bersih sentiasa. Tau la tiles putih ni senang cemar kan..Riefqi plak kuat mengutip..haih..stress aku!

Tingkat bawah je dulu..tingkat atas masih dogol hahaha..cuma ada tv ngan sofa je kat ruang rehat atas. tapi tv besar la *motif bagitau?*



Ruang tamu bebetul depan pintu masuk, kabinet putih tu beli kat kedai second hand hiks..

Ruang tamu kedua, meja kaca tu beli second hand gak..

Letak divider, bunga tu adik ipar aku buat. Abaikan tong Riefqi tu haha

Ni ruang makan depan pintu masuk dapur.

Ni pandangan dari pintu masuk. Letak sofa tu pun ebab nak cover bawah tangga. nanti ada rezeki nak tutup bawah tangga ni dan buat mcm window aquarium. beskal tetap ada.

Ni pandangan hampir seluruh tingkat bawah lah.

11 comments:

Dinas Aldi said...

Syukur alhamdulillah ada rumah sendiri. Sukati kita la nak hias camana, sapa yg sakit hati tu boleh blah. Kita hias ikut kesesuaian keluarga kita kan, apa kena mengena dengan orang yg tak tau apa2 pasal family kita. Boleh blah.

Eh, banyak sangat la boleh blah akak ni, kehkeh!

Ummi said...

cantik, akak suka rumah yang simple :)

akak makan sama-sama angah, selalunya akak yang pegang nufah, sebelah tangan lagi makan, lagi romantik angah,

sebabnya kalau anak merengek, kita di suapkan, ambik lauk plak, ada orang tolong ambikkan sampai penuh pinggan, suapkan air, so angah ikut petua ni, pegang anak sebelah tangan ye masa makan, walaupun rimas tapi best2

kalau anak merengek, suruh encik hubby suapkan, mesti ada yang jeles ni, so tak adalah yang kena cop tak romantik bila ada anak kecik, buat macam ni gak kat kedai makan ye, baru bahagia hehehehe,

jeles nanti orang tengok

apa motif akak, saja nak bagi orang naik angin hehehehe

Angah said...

Kak dinas
Betul..ikut selera dan kemampuan kita sendiri lah. Janji bahagia

Ummi
Masa kecit tu selalu camtu..masa dah lasak ni alahai..agak mencabar nk buat. Tp akan buat gak..kita suami isteri mantik dpt pahala kannnnn..

Anonymous said...

angah! i like your house, simple je & the aquarium idea ;)

-ika-

Arena said...

Aku suka gak rumah angah. Simple tak banyak barang. Apesal rumah aku banyak barang pon tatau. Hoarders ker? Hahhaha.

jojoe said...

rumah aku tak kira la ngah oi!

tak tema apa. tu maroon, hitam, naturals..

dah kawin nanti tau la cemana. haha

mamalisa said...

Hahahaha yer, kemas teratur rumah angah.tu langsir baru ke ngah? heheh nak gak nyibuk...rumah aku ade dining table tapi time makan kitaorg lebih suka duk bersila depan TV kat living hall, makan 3 beranak biar sepah pun sambil suap-suap janji makan sama dan gelak-gelak tgk TV.lepas mkn leh kemas semula :)

rumahku syurga ku, kalau org lain x suka boleh blahhhhh

oren said...

kemas n bersihnya umah ko..walopun simple, tapi nmpak catik..

konsep umah aku, ala2 saja..dan BURUK..hahahahaha...mmg tak pandai nak bagi cantik..tak tau pasai apa..

kalo rajin, nnti aku nak tayang gak umah buruk ku...hahahahahaha...tu pon kalo berani..

Irfa said...

lawa umah angah :-)

Diyanazman said...

wahhhh cantiknya rumah.. kaler merah my feveretttt!!! :)
yup agree! rumah sendiri walau camana keadaan tetappp heaven di hati pemilik.. :)

aija said...

combination merah hitam sangat menawan.
thanks for the inspiration.