Thursday, September 22, 2011

KEPERLUAN BREASTFEEDING - EDISI COOLER BAG DAN BOX

Ok..kita cerita lagi pasal keperluan untuk penyusuan ibu, terutamanya keperluan bagi ibu-ibu yang bekerjaya. kali ni aku nak cerita spesifik pasal cooler bag. berapa banyak kita perlu, apa nak isi dan sebagainya.

Basically kita perlukan 2 cooler bag/ box. 1 untuk bawa ke pejabat dan 1 lagi untuk hantar susu ke pengasuh atau taska.

Sepanjang arena penyusuan aku, ada beberapa cooler bag / box yang aku guna untuk transport EBM. Semuanya ada fungsi sendiri. Setakat ni aku pernah pakai jenama MLO, MEDELA dan COLEMAN.

Yang 2 ni adalah MLO. Yang kiri tu saiz besar dan yang kanan tu saiz kecil. Camne aku gunakan?

Saiz Besar
  • Bawa ke pejabat
  • Muat sekali dengan pam. Masa ni aku guna pam MODU
  • Guna Icepack MLO dan bawa botol secukupnya lah
  • Tahan hampir 12 jam. bergantung pada berapa banyak letak icepack. Aku letak 3 je.

Saiz Kecil
  • Untuk bawa susu ke taska
  • Actually muat 6 botol
  • Guna 2 icepack MLO
  • Tahan dalam 8 jam sebab icepack cuma 2 kan. Ok lah sesuai dgn masa anak kat Taska pun
Aku kan pakai pam MEDELA FREE STYLE. yang didatangkan lengkap dengan coolerbag, botol dan chiller. Tapi personally aku tak suka sangat sebab tak tahan lama chiller tu. hala ke petang dah kurang sejuk. kalau jenis punch in pukul 8, punch out pukul 5 tepat takpe kot..aku pakai sekejap je dan aku revert back guna MLO yang besar mcm gambar atas tu.

Untuk keperluan travel pulak aku ada 2 coolerbox Coleman. Yang paling kecil dan yang sederhana (ada roda). yang kecil tu aku gunakan kalau pegi site tapi balik lewat malam. Dan yang beroda tu aku guna kalau outstation few days lah..

Ok. Ini coleman box yang beroda tu. Dengan keperluan asas untuk travel. Aku tambah ais jugak tapi tak la curah dalam tu..aku masukkan ais dalam plastik dan susun selang seli ngan susu.

Few days back masa pegi kedai pancing kawankan abang, ada sale coolerbox cap coleman. Cantik, 2 tingkat dan sangat murah) jadi abang belikan. Lagipun aku nak compare tahap sejuk tu berapa lama. dari pemerhatian guna 2 hari ni
  1. Kemas dan bentuk cantik
  2. Sejuk tahan lebih 12 jam dengan guna 3 icepack saja. Pukul 9 malam sampai rumah semalam, icepack masih ada yang beku (tak sepenuhnya cair, aku isi pukul 6.30 pagi)
  3. Harga tak tau tapi abang beli RM30.


Ni rupanya bila dah tertutup kemas. dat tingkat bawah tu ada lining PVC boleh keluarkan untuk bersihkan.

Tingkat atas, muat2 letak bateri dan aksesori Medela FS

Tingkat bawah, boleh letak maksimum 8 botol. Aku letak 4 dan 3 icepack.

Ni la rupa keseluruhan beg.
Jadi sekarang ni aku guna balik handbag aku yang cantik2 *motif bagitau?* dan aku guna coolerbag ni untuk kat pejabat dan outstesen juga sebab tetap memten sejuk walaupun lebih 12 jam dah.

Since aku tak pernah guna jenama lain maka adala keterbatasan untuk aku bagi review ya. Aku teringin nak beli Fridge on the go tu. Yang tak perlu pakai icepack tu hihi..

19 comments:

Amyz! said...

Wah. Aku igt nak beli beg tu jugakla. Payah tau nak bawak beg medela yg besar tu. Siap muat corong2 dia sekali. Kelasss! Suka! Suka!
:-D

DARI DAPUR GEEWA said...

menarik la coolerbag tu....leh muat brg FS lg...suke2...kt mne lagi nk jumpe ye?

Angah said...

Amyz
beli jgn tak beli..aku rasa harga dia mesti tak sampai seratus pun dan tahan lama sejuknya

gee
rasanya kat shoplots dlm shopping complex yang jual outdoor items ada kot..ni pun encik suami beli kat kedai pancing haha

Dinas Aldi said...

Cantik la beg tu, nampak velvety gitu. Yg lebih penting boleh fully utilize isi semua yg perlu kat dalam tu :)

Myluv - Syl said...

hi,
beg MLO yg besar tu muat dgn modu kan? tpi sedikit bulky. huuu.. tak sabar nk bwak ke opis next week. (coti ai dh abes).

Nida Shaari said...

bestnya beg coleman tuh.. nampak sangat praktikal la.. mula la teringin isk isk isk..

suriani said...

boleh tahu tak mana beli coolerbox coleman yg neroda warna pink tu? email sy please tq.. tantannia@gmail.com

fizyanz said...

kedai pancing tu katne??? nak try survey2 sbb baru nk deliver mar2012. :)

Angah said...

Fizyanz
Beli kat kedai pancing area Malay Town, Kuantan.

feeda said...

org memancing buat apa beg ni? simpan ikan? kalau rm30, best sgt la ni...

Angah said...

Feeda
Actually benda ni lunch box kalau kut pada tag pada beg.

nadia_624 said...

sy sgt ssuka beg coleman tuh. tp x jumpa sampai skrg...

Anonymous said...

angah...
saya dah cari merata beg mcm tu tapi x jumpa. boleh angah email kat saya? my email: jasmine_neza@yahoo.com
tq.

Shahisha said...

Salam....kak kedai yang akak beli beg coleman 2tingkat katner...kalo belikan leh ka...email...geminigurlz_0406@yahoo.com

Syep said...

Salam nk tau juga mana nk beli cooler bag.coleman ni..tlg email aiyine@yahoo.com TQ

Unknown said...

Nak jugak bag ni... nak beli kt mana yer? Boley share? Emel sy, nerrynatasha@yahoo.com
tq for info... :)

Unknown said...

nak tau jgka..beli kat mana ni?

Kenari Putih said...

Cooler bag design ni memang senang kita nak buka kan. Sy pon ada 1 mcm ni brand eve love.

Kenari Putih said...

Cooler bag design ni memang senang kita nak buka kan. Sy pon ada 1 mcm ni brand eve love.