Thursday, January 12, 2012

SEGAR

Tengah buat paper cadangan pembaikan projek dan tetiba otak tepu..jadi mari kita layan blog. Otak orang dah berumur mmg cepat tepu haha

2 hari ni hujan je manjang, sedap sungguh dok bawah selimut tebal sambil dipeluk dan memeluk. Malas nak bangun pegi kerja hokay..nak mandi pon malas. Tapi boleh ke nak bermalas malasan?

Anyway..bila musim hujan camni, harga ikan adalah melambung. Ikan kembung RM16 sekilo. Boleh dapat ayam sekor setengah. Tapi sebab tekak abang kan tekak Pantai Timur, maka beli la jugak. Masak singgang, masak lemak, buat sambal ikan dengan mangga muda, goreng bla bla bla..Puas hati tau walaupun mahal sebab ikan kat sini fresh. Beli kat Pasar Ikan Beserah. Ikan2 kat situ memang baru didaratkan.

Last week beli ikan kembung sekilo, selar besar tu sekilo, kerisi 6 ekor, ikan barat (sebut loghat kelantan sket) dan habis RM60. Balik rumah aku masak singgang ikan kembung, goreng ikan kerisi ( jgn buang sisik,belah belakang, rendam air garam) pastu buat sambal ikan ngan mangga muda tu. Abang tambah 2 kali! Untung dapat aku jadi bini kan..pandai masak! *sila muntah hijau*
Tengok punya segar ikan, mata jernih, badan kilat.
Biasanya sampai je rumah terus aku siang semua, bahagikan ikut portion sekali masak dan frozen kan. yang mana cadang nak goreng tu terus aku lumur garam kunyit. Nanti nak goreng defrost dalam microwave, campak dalam kuali. Jimat masa kan..dan rasanya masih sangat ok.

Tu yang kalau aku balik Klang tu aku jarang nak membeli ikan..bukan la sombong tapi tekak tak berapa nak lalu derr..

SUSU OH SUSU

Ni cerita Riefqi plak lah...kat taska sekarang ni cuma minum 2 botol je tapi dah up ke 4oz. Cikgu kata bagi 3oz dia mcm tak cukup tapi nak panaskan 2 botol terus dia tak habis. So cikgu ambil dari botol yang lain topup.. kesian pulak kat sikgu..jadi aku buat la 2 botol 4oz bawak bekal. Kalau tak cukup nanti dia telefon lah. Agaknya dah besar, dah banyak makan, dah banyak main. Pastu dak riefqi ni asal masuk kereta menyusu, asal menyusu masuk kereta.

Cikgu cakap dia tidur sampai pukul 10 camtu, bangun minum sebotol, pastu main, makan tghri pastu tidur. Bangun tidur lagi sebotol dan makan lagik. Petang aku amik dah. Selalunya ada cikgu panaskan susu sblh petang tapi asyik tak habis sebab dah nampak aku. Jadi baik tak payah membazir. Umur 1 tahun lebih ni susu cuma sebagai pelengkap je, jadi aku tak risau orang kata minum sikit sangat ke hapa. Sebab balik je memang selang sejam la menyusu. Selalunya aku yang offer sebab rasa nenen dah penuh. Berat dowh bawak haha..malam2 pun dalam 3 kali dia bangun menyusu.

Jadi hasil tuaian kat opis adalah surplus, masuk freezer buat stok lah. Sekarang ni 3 kali perah aku boleh dpat purata 20oz. Memang banyak berlebih kan, tapi takpe. Dah banyak kali jadi stok ini la penyelamat waktu2 kritikal mcm masa period. Sebab aku ni kalau period susu adalah merudum sket. Oh..aku dah period buat pertama kalinya pada bulan lepas. Maknanya kena la berhati2 semasa aktiviti..eh..

Oh dia lebih suka chilled EBM banding gan frozen, jadi aku memang bekalkan yang chilled saja.

MAKANAN ANAK

Aku dah tak masak bubur untuk Riefqi sebab gigi geraham dia dah ada 4 batang dan dia pun ingat diri sendiri dah big boy..nak makan family food. Maka dia sekarang makan nasi (nasib la satu family makan nasi lembut sket), aku cuma masak sup dia je. Biasanya aku buat sup sayur (kentang/karot/kobis bunga/brocoli etc) yang aku potong bite size, yang dia boleh pegang dan suap sendiri. Campur jugak ngan isi ikan / isi ayam / tofu telur etc) untuk aku suapkan. Jadi budak ni biasanya akan pegang sayur2 tu suap sendiri sambil aku suap nasi ngan kuahnya. Tau la budak besar ni kan cerdik nak suap sendiri. So the trick works.

Kengkadang aku bagi pasta ngan sup. Kengkadang angin rajin mariiiii aku buat la macaroni n cheese ke, spegeti ke, atau homemade chicken fingers ke, begedil ke...cuma begedil adalah dibakar.

As for kudapan plak, dia makan buah, roti, biskut dan favourite budak ni ialah tamar. Anak2 aku suka tamar. Jangan tak percaya, sebulan adalah 2 kilo!

Ada je yang cakap ala bakpe la susah2 masak bagi untuk baby ngan budak kecik ni, bagi je nestum / makanan kita tu kan senang. Ye memang susah sikit tapi aku kan mak dia. Dah tanggungjawab aku la buat semua ni kan. Bukan tak boleh bagi nestum masa dia baby tapi aku nak anak aku makan natural food, yang aku sediakan sendiri. Dah besar camni aku masih masakkan lauk lain sebab aku tak letak garam dalam makanan dia. Aku cuma letak bilis kisar. dan sup tu aku guna stok ayam/bilis yang aku sediakan sendiri. Kesian kat dia..buah pinggang belum mampu nak proses semua tu.

Terpulang la pada masing2. Nak bagi apa pun kat anak. Cuma boleh tak hormat pilihan aku sebagaimana aku tak pernah persoal pilihan orang lain dalam membesarkan anak.

Anak2 yang besar tu bawa bekal ke sekolah / tadika. As simple as sandwich / sosej roll / muffin / nugget..kalau rajin sket nasi goreng. Biasanya malas hahaha..Biasanya aku sediakan as requested a night before lah.

Bila tengok anak seronok makan, membesar dengan sihat hasil susu ibu dan masakan ibu..rasa puas sangat. Korang tak seronok ke tengok baby camni? Aku mesti la seronok dah anak aku! kaannnnn

12 comments:

ctpayong said...

rasa puaskan walau sekali pun penat.

oren said...

ha'ah..aku pon selalu tnya, depa nk bawak bekal apa utk sekolah esok..so, depa akan request ikut sedap mulut..hiks..

pagi td semua dh janji nak bawak fries dan sosej..sekali, bila naufal tgk fries, dia takmolah plak..nak yg mcm kawan dia punya (wrinkled)..adeehh..

yg si abang, mlm td cakap nak 1 jek sosej, sekali sudah amik 2 ketui..muncung jek mira, sbb dia punya kena amik..

huhuhu..bebudak nih..ada jek bahan nak gaduh..tak kira siang mlm, pepagi buta pon aku bleh jadi tarzan..

Angah said...

ct payong
haah sangat puas hati bila masak dengan kasih sayang

Oren
Sama jek kan bebudak ni..kengkadang tu malam rekues bagai nak rak..sekali dah masak tetiba takmo bawak..

mamalisa said...

sapalah yg bongok nak persoalkan ibu yg rajin dan bertanggungjawab macam ko ni..ape daaaa...dah ko rajin masak utk anak2 ko ape salahnya..yg menyibuk tu rajin/terror sgt ke?

walaupun aku pemalas, tapi aku respek ko..bagi makanan nutral dan dari air tgn sendiri utk anak2 dan suami..good job Angah!

Dinas Aldi said...

Bab sedap dipeluk & memeluk dalam selimut waktu hujan2 tu best gak baca..eh..kihkihkih!

jojoe said...

angah tgn ada empat.. 2 lagi sorok dlm baju. camne kerisi x buang sisik kalo goreng bole ngap sume ke?

hanya mkn kerisi kalo mak masak.. x suka handle ikan bersisik

Papa, Mama & Azra said...

Aku pun masak sendiri untuk Azra. Sejak masuk sekolah ni je aku bekalkan breakfast je. Dulu memang senang lenang la baysitter tinggal suap sebab everything aku bawak dari rumah. Orang lain letak bahan perisa sama macam makanan orang besar tapi aku taknaklah anak aku consume garam, gula aji kecik2 lagi. Dah besar ni pun aku letak sikit je sekadar taknak kasi tawar sangat. Mengalir sekali kasih sayang dalam msakan yang kita sediakan sendiri. Ada gak masanya rasa eyh senang je orang tu bagi nestume takyah nak masakkan kan? Tapi tula, buka sapa2 paksa pun, aku yang rela nak buat jadi jangan merungut boley? Hehe.

Kalau balik Kuantan, aku sellau kecoh ajak husband beli ikan segar tapi sampai la ni, dah 2 tahun kawen, belum lagi tertunai hajat aku. Kesian kan?

nonie said...

neves gak nak start bagi baby makan next month... takut gaduh ngan mak pasal nak bagi makan... kita takmo buh garam perasa apa semua, pernah gak dedulu dia ada bising sesikit, tapi masa tu baby tinggal ngan babysitter so takde hal sbb baby sitter ikut cakap kita... moga2 kali ni mak lembut hati sket paham kenapa kita cerewet sket bab2 makan huhu... apapun angah memang sgt rajin... :)

Ummi said...

akak pun dah jadi mak yang rajin skrg ni, masuk slow cooker macam tak best sangat bubur nasi tu, so akak masak rice cooker malam-malam, then pagi2 panaskan blend dan bagi kat baby sitter, any suggestion pasal slow cooker tak angah, air dia macam banyak dan macam tak gebu sangat compare dengan rice cooker

tapi yang akak marah sangat boleh baby sitter masukkan dalam botol dan bagi, akak ni naklah ajar anak akak makan dengan sudu tapi dah dia wat camtu, dah mengamuk nufah kalau akak suap pakai sudu, geram tahap gaban sungguh

ikan tu nampak segar, best plak makan masa panas-panas :)

Arena said...

Aku kalau balik Kuantan akan beli ikan dan seafood dekat tanjung api. Dekat situ ada jual ais dan ice box sekali, senang. Bebaru ni tak beli sangat sebab tak banyak sangat choice. Musim hujan kan. Tapi tetapla tenggiri canti2k. Bila balik KL, napsu membeli ikan jatuh sebab ikan err tak fresh dan err ikan jenis yang sama tapi quality dia lain. Contohnya ikan bawal hitam di Kuantan isinya putih, tapi di KL isinya gelap sikit dan kekadang hanyir sikit. Kerisi di KL leper dan isi keras. Kerisi Kuantan, sedap gila isinya pon lembut. Kerisi pon aku goreng tak buang sisik. Joe, masa dah masak tu, ko remove le sisik tu ala2 remove jaket ikan jaket tu. Tapi serius sisik ikan kerisi tu takdelah horror pon kalau termakan.

Irfa said...

siyes aku kagum ngan ko angah.dalam sibuk ke sana sini ps; keje menten boleh buat bukur dan bekfes utk anak2..aku ni vitamin M terlebih sudah

Mummy Rizq said...

Rizq tak makan sayur. Umur dah 8 tahun but still asyik makan nasi + ayam goreng or nasi + telur goreng. No sayur and no kuah. Cemana nak latih dia utk makan cam org dewasa?? Huhu...